omniture

Xperia(TM) Z Ultra Baharu: Paparan Telefon Pintar HD Ternipis dan Terbesar Dunia*

Ekspo Mudah Alih Asia
Sony Mobile Communications
2013-06-25 16:35 225

SHANGHAI, 25 Jun 2013 /PRNewswire/ --

  • Paparan 6.4" TRILUMINOS™ HD Penuh untuk telefon mudah alih dikuasakan oleh X-Reality™ untuk enjin mudah alih bagi pengalaman hiburan skrin besar terunggul
  • Rekaan tahan lasak yang ultra nipis, kalis air** dan kalis habuk (IP55/IP58)
  • Pemproses Qualcomm® Snapdragon 800 dengan CPU empat-teras 2.2 GHz dan 4G LTE untuk prestasi pantas.
  • Tulis dan lakar dengan sebarang pensel dan stylus atau pen terpilih
  • Ekosistem aksesori penuh bagi hiburan premium dan keterhubungan satu sentuhan
  • Mod Bateri STAMINA untuk jangka hayat bateri mengagumkan

Sony Mobile Communications ("Sony Mobile") hari ini mengumumkan revolusi seterusnya dalam hiburan telefon pintar Android berskrin besar yang premium. Xperia Z Ultra baharu adalah kalis air**, ultra-nipis dengan rekaan ringan supaya anda boleh menikmatinya bila-bila masa, di mana-mana saja. Ia merupakan telefon pintar pertama yang menggabungkan Paparan TRILUMINOS™ HD Penuh untuk mudah alih yang dikuasakan oleh X-Reality™ terbaharu Sony bagi enjin gambar mudah alih memberikan pengalaman menonton paling mengasyikkan yang terjangkau oleh minda. Tambahan lagi, Xperia Z Ultra juga akan menampilkan pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 800 yang bersepadu sepenuhnya dengan CPU empat-teras 2.2 GHz, 4GLTE dan suara HD bagi memberikan pengalaman hiburan terhubung yang lancar, prestasi bateri yang menerajui industri serta kepantasan mengagumkan.

"Xperia Z Ultra merupakan revolusi paling mengujakan bagi peranti hiburan telefon pintar berskrin besar dengan paparan telefon pintar HD Penuh ternipis dan terbesar di dunia* yang terbaik." kata Calum MacDougall, Pengarah Pemasaran Xperia di Sony Mobile Communications. "Kami membawakan yang terbaik dalam teknologi dan rekaan Sony merentasi rangkaian telefon pintar dan komputer tablet premium, dan kini kami menawarkan premium yang sama ini kepada segmen telefon pintar berskrin besar, dan menetapkan piawaian baharu agar menjadi ikutan yang lain."

Paparan telefon pintar HD Penuh terbesar di dunia*

Xperia Z Ultra mempunyai sebuah paparan HD Penuh skrin sentuh 6.4" dengan Paparan TRILUMINOS® unik Sony untuk mudah alih, mencipta palet lebih luas beraneka warna hasil kepakaran TV BRAVIA Sony. Teknologi penemuan cemerlang ini termasuklah X-Reality™ untuk mudah alih – teknologi paparan beresolusi super pintar Sony yang menganalisis setiap imej dan menghasilkan semula piksel yang kekurangan agar kualiti dioptimumkan bagi menghasilkan video yang paling jelas. Ia menganalisis unsur bergantung kepada pemandangan dan menyesuaikan mereka berdasarkan corak, garis bentuk dan komposisi warna. Ia juga menguatkan corak yang tidak ketara dan memaparkan dengan tepat rasanya yang terperinci, serta mengukuhkan garis bentuk yang tebal. Paparan HD Penuh besarnya telah dioptimumkan bagi pengalaman sekurang-kurangnya 60%*** lebih skrin berbanding telefon-telefon pintar lain.

Telefon pintar HD Penuh ternipis di dunia*

Xperia Z Ultra adalah sangat nipis dan ringan dengan badan senipis 6.5mm buatan halus dan hanya seberat 212 gram untuk kemudahalihan terunggul. Mutu keterampilan Sony dalam rekaan dan perincian teliti ditampilkan dengan garisan rapi dan bahan-bahan premium – depan dan belakangnya dibuat daripada kaca bajaan, mencipta permukaan yang rata dengan panel OptiContrast™ yang diletakkan dalam sebuah kerangka logam padu berinovatif yang tampak menawan dari semua sudut. Ia mempunyai rekaan OmniBalance yang diminati ramai, sama seperti Xperia Z dan Tablet Z. Xperia Z Ultra boleh didapati dalam pilihan kemasan warna hitam, putih atau ungu.

Satu-satunya telefon pintar HD Penuh yang kalis air**

Xperia Z Ultra adalah anggun dan tahan lama. Pemeringkatan IP55 dan IP58 yang mengagumkan bukan sahaja menjadikan telefon pintar ini rintang debu, malah kalis air** – memberi anda kebebasan untuk menikmati penggunaannya di mana-mana sahaja. Malah anda boleh merakam rakaman HD Penuh bawah air, membawa pengalaman telefon pintar berskrin besar anda ke tahap seterusnya. Kamera ini mempunyai ciri "Exmor RS untuk mudah alih", HDR untuk gambar dan rakaman, serta mod Superior Auto yang secara automatiknya mengaktifkan HDR dan pengurangan gangguan bila diperlukan, supaya anda mendapat pengimejan yang menawan walaupun dalam keadaan pencahayaan malap.

Pengalaman hiburan unggul

Xperia Z Ultra berada dalam kedudukan unik bagi menawarkan pengalaman hiburan telefon skrin besar yang terunggul untuk menonton filem, bermain permainan, membaca buku dan melayari internet.

Aplikasi media "WALKMAN", Album dan Wayang Gambar SONY membolehkan penemuan kandungan dalam dan luar talian melalui titik akses tunggal dengan cara-cara baharu bagi menikmati dan berkongsi kandungan itu.

Aplikasi "WALKMAN" menggunakan kelebihan enjin audio Sony dan penyepaduan Facebook bagi berkongsi dan menerokai muzik baharu. Aplikasi ini juga unik kerana memberikan akses bersepadu yang lancar kepada semua muzik muat turun anda serta akses kepada perpustakaan global yang mengandungi lebih 20 juta2 lagu daripada perkhidmatan langganan muzik berasaskan awan Sony, Music Unlimited3.  

Aplikasi Wayang Gambar membawa cara-cara intuitif baharu untuk menerokai, menguruskan dan memainkan wayang gambar, beserta akses mudah kepada perpustakaan cerita-cerita wayang pecah panggung yang luas serta episod-episod TV terbaharu daripada perkhidmatan Video Unlimited2.

Aplikasi Album menyediakan penyepaduan lancar dengan perkhidmatan PlayMemories Online2 yang membenarkan anda mengakses semua gambar dan album anda daripada app Album dengan mudah dan serta-merta, tidak kira tempat anda berada. Malah anda boleh menetapkan muat naik automatik gambar-gambar anda kepada perkhidmatan PlayMemories Online untuk mengakses dan menikmatinya daripada sebarang peranti Sony kegemaran anda.

App Sony Reader2 menyediakan akses kedai Reader2 yang lancar agar anda boleh memuat turun dan menikmati buku-buku terkini yang laris dijual – malah ia membenarkan anda menyegerakkan buku-buku yang dibeli dalam format-format popular dan terus membaca daripada halaman yang sama.

Xperia Z Ultra akan mempunyai tawaran kandungan hiburan percuma yang eksklusif, termasuk percubaan percuma untuk perkhidmatan Music Unlimited(tertakluk pada ketersediaan).

Prestasi terunggul dengan pemproses telefon pintar terpantas dunia****

Xperia Z Ultra mempunyai pemproses telefon pintar terpantas dunia**** – pemproses Qualcomm Snapdragon 800 dengan suara HD, yang jika digandingkan dengan mod audio Sony ClearAudio+ Sony dan peningkatan kekuatan bunyi Xloud, bukan sahaja memberikan kepantasan dan prestasi luar biasa, malah kualiti suara dan audio yang tiada tandingan.

Mod Bateri STAMINA memperbaiki masa tunggu sedia secara signifikan untuk telefon pintar anda sebanyak empat kali ganda atau lebih1 lagi kerana ia mengesan apabila paparan melahu dan secara automatiknya mematikan fungsi yang anda tidak perlukan, sambil mengekalkan pemberitahuan yang anda mahukan. Sebaik sahaja anda menekan butang kuasa untuk menyedarkan skrin anda,  semuanya akan berfungsi semula.

Dibina untuk perniagaan

Xperia Z Ultra ialah rakan perniagaan ideal berbekalkan skrin yang teramat responsif dan pengenalpastian tulisan tangan yang sesuai dengan sebarang pensel dan stylus atau pen terpilih (stylus kapasitif atau pen logam dengan hujung berdiameter lebih 1mm). Malah anda boleh menulis nota atau membuat lakaran semasa panggilan agar anda sentiasa bersedia menangkap idea anda sebaik sahaja ia muncul. Papan kekunci yang mudah togol membuatkannya ideal untuk input sebelah tangan dan bila melakukan pelbagai tugasan serentak, dengan app-app kecil bagi membantu anda memperbaiki produktiviti agar anda tidak membuang masa bertukar-tukar tetingkap paparan.

Senibina keselamatannya yang utuh melindungi data korporat dan peribadi anda, dengan sokongan  akaun berbilang yang pantas dan mudah disediakan. Aplikasi selanjutnya berorientasikan perniagaan akan disediakan pada masa hadapan sebagai kemas kini perisian dan memastikan anda mengalami pengalaman telefon pintar terbaik – sama ada untuk bekerja atau bersantai.

Keterhubungan ultra

Fungsi satu sentuhan membolehkan anda berkongsi muzik, gambar dan video dengan pantas dan serta-merta daripada telefon pintar anda kepada rangkaian luas peranti Sony yang dibolehkan NFC, termasuk pembesar suara, SmartWatch, set kepala tanpa wayar dan TV. Terdapat beberapa aksesori baharu dan inovatif yang bakal menyertai rangkaian peranti terhubung yang popular ini.

SBH52 ialah sebuah Gagang Bluetooth™ Pintar yang dinamik dan memberikan pengendalian panggilan tanpa tangan yang mudah dengan satu tekanan tunggal, tanpa memerlukan anda mengeluarkan telefon daripada beg anda pun. Paparan OLED membenarkan anda melayari log panggilan anda, melihat teks pesanan dan melihat siapa yang menghubungi anda dengan mudah. Gunakannya sebagai set kepala muzik dengan stereo berkualiti bagi mendengar lagu-lagu anda atau radio FM berfungsi sendiri yang terbina dalam dengan RDS. Memasangkannya dan menghubungkannya dilakukan dengan hanya menyentuhnya kepada Xperia Z Ultra anda atau peranti dibolehkan NFC lain. Rekaannya yang rapi dan minimal juga kalis percikan air, bermakna anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja, dalam apa-apa cuaca.

Generasi SmartWatch terbaharu, SmartWatch 2 SW2, membantu anda menjejak segala-galanya tanpa mengeluarkan telefon pintar anda daripada poket atau beg anda. SmartWatch 2 ialah sebuah jam tangan digital dengan fungsi berbilang dan alat kawalan jauh telefon yang membolehkan anda menerima pemberitahuan, mengawal muzik anda, dan menghubungkan NFC satu sentuhan dengan set kepala Bluetooth™ anda untuk pengendalian panggilan lebih mudah. Rekaan yang kalis air membuatkannya lebih versatil untuk digunakan dan boleh disuai khusus dengan mana-mana tali jam standard. Gunakannya sebagai jam tangan berfungsi sendiri atau gandingkan dengan telefon pintar anda. Terdapat lebih 200 app bagi generasi pertama kita dan dengan API terbuka kita jangkakan aplikasi baharu akan dibangunkan dengan pantas dan mudah untuk SmartWatch 2.

Dok Pengecasan Magnetik DK30 mempunyai pin magnetik inovatif yang membolehkan anda meletakkan Xperia Z Ultra anda dengan selesa di dalam dok menggunakan sebelah tangan, sama ada dengan atau tanpa sarung telefon itu. Sementara telefon anda mengecas, ia berdiri pada sudut pandangan yang selesa dan ini membolehkan anda terus menonton cerita wayang kegemaran anda walaupun ia sedang mengecas.

Ciri-ciri Xperia Z Ultra

  • Paparan 6.4" TRILUMINOS™ HD Penuh untuk mudah alih yang dikuasakan oleh X-Reality™ untuk enjin mudah alih bagi pengalaman menonton terunggul
  • Rekaan tahan lasak yang ultra nipis, kalis air dan rintang habuk (IP55/IP58)
  • Pemproses Qualcom Snapdragon™ 800 dengan CPU teras empat 2.2 GHz dan 4G LTE untuk prestasi pantas.
  • Tulis dan lakar dengan sebarang pensel dan stylus atau pen terpilih (stylus kapasitif atau pen logam dengan hujung berdiameter lebih 1mm).
  • Kamera 8 megapiksel dengan pengesan "Exmor RS untuk mudah alih" dan HDR untuk video dan gambar
  • Ekosistem aksesori penuh untuk hiburan dan keterhubungan premium
  • Mod Bateri STAMINA untuk jangka hayat bateri yang mengagumkan

Xperia Z Ultra akan dilancarkan seluruh dunia mulai suku ketiga tahun 2013 (masa ketersediaan yang tepat akan berbeza-beza mengikut pasaran).

Untuk kit media penuh dan spesifikasi terperinci, sila lawati:
http://blogs.sonymobile.com/wp-content/uploads/2013/06/Xperia_Z_Ultra_press_release.pdf

* Spesifikasi disahkan oleh perkhidmatan SpecTRAX Strategy Analytics,  setakat 24 Jun 2013 Xperia Z Ultra ialah telefon pintar ternipis dengan paparan HD Penuh, untuk maklumat lanjut mengenai hasil keputusan analitik Strategy Analytics sila layari: www.sonymobile.com/testresults

** Setakat 24 Jun 2013, di luar Jepun, Xperia Z Ultra ialah satu-satunya telefon pintar kalis air dengan paparan HD Penuh yang diedarkan seluruh dunia. Mematuhi IP55 dan IP58, Xperia Z Ultra dilindungi daripada kemasukan habuk dan kalis air. Jika semua bukaan dan penutup ditutup sepenuhnya, telefon itu (i) dilindungi daripada pancutan air bertekanan rendah daripada semua arah yang mungkin, mematuhi IP 55; dan/atau (ii) boleh disimpan bawah air tawar sedalam 1.50 meter selama 30 minit, mematuhi IP58. Telefon ini tidak direka untuk terapung atau berfungsi apabila ditenggelamkan dalam air sepenuhnya di luar julat pengelasan IP55 atau IP58 yang boleh menyebabkan waranti anda tidak diterima. Ketahui lebih lanjut di www.sonymobile.com/testresults

*** Kawasan paparan sedia ada dibandingkan dengan telefon pintar yang mempunyai paparan 5" atau lebih kecil

**** Spesifikasi pemproses 2.2GHz Qualcomm Snapdragon 800 empat-teras disahkan oleh perkhidmatan SpecTRAX Strategy Analytics setakat 24 Jun 2013, untuk maklumat lanjut mengenai hasil keputusan Strategy Analytics sila pergi ke: www.sonymobile.com/testresults

1 Berdasarkan ujian yang dijalankan dengan seting tersedia, akaun tersedia dan aplikasi Skype™ dan Twitter yang dimuat turun ke dalam telefon. Lebih banyak aplikasi yang dipasang, kesannya lebih besar ke atas Mod Bateri STAMINA.

2 Bilangan lagu tersedia daripada katalog ini berbeza-beza mengikut Negara dan mungkin lebih sedikit.

3    Perkhidmatan Sony Entertainment Network tertakluk kepada ketersediaan mengikut rantau. Sila lawati www.sonyentertainmentnetwork.com untuk maklumat lanjut.

UNTUK MAKLUMAT MEDIA SILA HUBUNGI:

Untuk maklumat lanjut, imej dan video sila lawati: www.sonymobile.com/pressreleases
Sony Mobile Communications, Jabatan Komunikasi Global dan Perhubungan Awam
Akhbar Umum: +44 208 762 5858

Source: Sony Mobile Communications
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news