omniture

Prima Food Solutions automasikan operasi dengan Nimbly Technologies dan catatkan penjimatan kos operasi sehingga 74%

PT Inti Prima Rasa, salah sebuah syarikat Makanan & Minuman yang terkemuka di Indonesia di sebalik jenama-jenama popular Delico dan Prima Food Solutions, dengan jayanya mengautomasikan proses perniagaan yang menghasilkan 74% penjimatan kos operasi, keselamatan makanan yang ditingkatkan dan pengalaman pelanggan yang lebih baik - kesemuanya dapat dijayakan oleh penyelesaian perisian mudah alih daripada Nimbly Technologies.
Nimbly Technologies
2021-09-02 11:32 147

SINGAPURA, 2 September 2021 /PRNewswire/ -- Nimbly Technologies hari ini mengumumkan bahawa Prima Food Solutions, peruncit makanan dan syarikat pembuatan yang terkemuka di Indonesia, merealisasikan penjimatan kos sebanyak 74% dalam seluruh kedai Delico mereka dalam tempoh 12 bulan. Susulan kejayaan ini, Prima Food Solutions memperluas penggunaan Nimbly ke bahagian pembuatan syarikat.

Yota Ogura, CEO of PT Inti Prima Rasa
Yota Ogura, CEO of PT Inti Prima Rasa

Prima Food Solutions telah melalui perjalanan transformasi digital yang mana Yota Ogura, Ketua Pegawai Eksekutif PT Inti Prima Rasa percaya merupakan asas yang membolehkan mereka berkembang dan menjadi tangkas pada hari ini. "Kami telah melabur dalam Nimbly sejak tahun 2019. Penyelesaian ini bukan sahaja meningkatkan operasi kami dengan ketara, tetapi juga membuatkan kami lebih bersedia untuk membuat keputusan pantas dan bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, lalu menjamin kualiti tertinggi secara tekal," kata Yota.

"Semua bahan mentah kami diproses di bawah pengawasan kebersihan ketat yang mengikuti Pensijilan Sistem Keselamatan Makanan 22000 (FSSC 22000). Khususnya semasa pandemik yang berlaku ketika ini, kami mengaplikasikan protokol yang ketat, baik untuk sumber manusia kami mahupun peralatan pengeluaran seperti yang disyorkan oleh kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kerjasama kami bersama Nimbly telah menjadikan proses audit kami lebih mudah, lebih cepat, lebih andal dan berkesan," sambung Yota.

"Prima Food Solutions faham bahawa pendigitalan dan automasi proses operasi adalah kritikal untuk menyampaikan standard yang konsisten dan berkualiti tinggi secara meluas," kata Daniel Hazman, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Nimbly Technologies." Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Prima Food Solutions untuk membantu memperhebatkan transformasi digital dan pertumbuhan mereka bagi memantapkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian makanan bersepadu di Indonesia."

Prima Food Solutions mempunyai seramai 600 pekerja dan jejak luas dengan lebih 800 kedai di seluruh Indonesia. Jenama sebutan ramai ini memiliki outlet runcit seperti Delico dan juga merupakan jenama di sebalik pastri di Starbucks dan IKEA. 

Latar Belakang Nimbly
Nimbly Technologies menyediakan penyelesaian mudah alih perintis untuk perusahaan merentas pelbagai industri untuk memantau, mengurus dan menilai operasi perniagaan dengan membolehkan pekerja barisan hadapan melaksanakan prosedur operasi standard dengan betul dan cekap. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.hellonimbly.com atau LinkedIn.

Source: Nimbly Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Food/Beverages Mobile Entertainment Retail Telecommunications