omniture

CGTN: China berjanji perbaiki pengawalseliaan perdagangan rentas sempadan, suarakan sokongan untuk perusahaan kecil-kecilan dan sederhana

CGTN
2021-09-03 20:27 322

BEIJING, 3 September 2021 /PRNewswire/ -- China akan memperkenalkan idea "senarai negatif" untuk perdagangan perkhidmatan rentas sempadan di seluruh negara, satu langkah yang bakal meningkatkan ketelusan dan kebolehramalan persekitaran perniagaan di negara ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Presiden Xi Jinping di Sidang Kemuncak Perdagangan dalam Perkhidmatan Global di Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan (CIFTIS) tahun ini melalui pautan video.

Idea ini mula diperkenalkan pada bulan Julai tahun ini di Wilayah Hainan selatan China – satu-satunya pelabuhan perdagangan bebas perintis negara ini –  dan menetapkan langkah-langkah pengukuran dalam 11 kategori. Bagi bidang-bidang yang tidak dimasukkan ke dalam senarai ini, penyedia perkhidmatan domestik dan luar negara akan mendapat kedudukan yang setara dan menikmati akses pasaran yang sama rata di pelabuhan, kata pegawai tersebut.

"Kami akan membuka pada tahap yang lebih tinggi," kata Xi di pameran tersebut yang berjanji untuk mengukuhkan sokongan kepada sektor perkhidmatan buat mereka yang telah bersetuju untuk bersama-sama membangunkan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

China akan berkongsi hasil daripada perkembangan teknologinya bersama dunia, kata beliau, berharap untuk saling bekerjasama dengan dunia dalam tempoh pemulihan ekonomi pasca pandemik ini.

Menyebut perdagangan perkhidmatan sebagai bahagian penting dalam perniagaan antarabangsa dan aspek yang sangat diperlukan dalam perdagangan antarabangsa, Xi menggesa kemajuan pengawalseliaan dalam sektor ini.

Sokongan untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana 

Dalam ucapan beliau, Xi turut menyuarakan sokongan untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) yang didorong oleh inovasi. "[Kami akan] mengukuhkan reformasi Lembaga Ketiga Baharu (Bursa dan Sebut Harga Ekuiti Nasional)," ujar Xi.

Dilancarkan pada tahun 2013, lembaga tersebut bermatlamat untuk menawarkan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana dengan saluran pembiayaan baharu dengan kos yang rendah serta prosedur penyenaraian yang ringkas. Data rasmi menunjukkan bahawa kira-kira 70 peratus daripada PKS yang disenaraikan memperoleh keuntungan pada tahun 2020 di tengah-tengah kesan buruk akibat pandemik COVID-19.

Presiden Cina turut mengumumkan pewujudan bursa saham baharu di Beijing, berharap agar ia akan menjadi platform utama dalam menawarkan perkhidmatan kepada PKS yang berorientasikan inovasi. Ia akan menjadi bursa saham ketiga negara, susulan bursa saham di hab kewangan Shanghai dan di bandar bahagian selatan Shenzhen

Bursa saham baharu ini diharapkan agar dapat berperanan sebagai penghubung untuk pasaran modal berbilang peringkat, menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengawalseliaan Sekuriti China selepas ucapan oleh Xi.

Ia akan menyasarkan perusahaan milik negara dan menghormati trendnya yang semakin berkembang untuk meningkatkan keterangkumannya dan manyasarkan ketepatan, tambah kenyataan tersebut.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-02/President-Xi-Jinping-addresses-global-trade-in-services-summit-13eopRZ7Tc4/index.html   

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Domestic policy