omniture

Angel Yeast Lancar Saccharomyces Boulardii Bld-3 Berpaten, Strain Probiotik Yis Berkesan Terhadap Diarea

Angel Yeast
2021-09-03 20:33 327

YICHANG, China, 3 September 2021 /PRNewswire/ -- Angel Yeast Co., Ltd ("Angel Yeast" atau "Angel"), syarikat yis berteknologi tinggi yang disenaraikan di China, mengumumkan bahawa pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pemakanannya telah membangunkan strain probiotik yis baharu, Saccharomyces boulardii Bld-3 (S. boulardii Bld-3) dan teknologi pengeluaran inovatif untuk produk baharu tersebut. Probiotik yis berpaten ini dihasilkan untuk merawat diarea dan menguatkan sistem pencernaan dan imun yang sihat dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Angel Yeast announced it has developed a new strain of yeast probiotic, Saccharomyces boulardii Bld-3 (S. boulardii Bld-3) to treat diarrhea and strengthen healthy digestive and immune systems in children and adults.
Angel Yeast announced it has developed a new strain of yeast probiotic, Saccharomyces boulardii Bld-3 (S. boulardii Bld-3) to treat diarrhea and strengthen healthy digestive and immune systems in children and adults.

"Saccharomyces boulardii (S. boulardii) ialah sejenis probiotik yang telah dianggap sebagai intervensi pemakanan yang amat penting bagi merawat diarea. Strain probiotik yis baharu yang dihasilkan oleh Angel Nutrition & Health Technical Center, S. boulardii Bld-3 merupakan satu lagi penambahan perintis kepada keluarga S. boulardii yang telah terbukti berkesan dalam mempercepatkan penyembuhan daripada diarea akut dan bermanfaat untuk kesihatan usus dalam tempoh jangka panjang," kata Dr. Zhang Yan, Ketua Pegawai Operasi Angel Nutritech, ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Angel Yeast yang memfokuskan kepada pemakanan & kesihatan manusia untuk membangunkan dan membekalkan produk siap yang diketengahkan kepada industri-industri penjagaan manusia global.

COVID-19 telah mendorong lebih ramai orang untuk memberi perhatian terhadap kesihatan mereka serta peningkatan tumpuan terhadap langkah berjaga-jaga serta produk penjagaan kesihatan yang dapat mencegah penyakit dan menyokong sistem imun mereka. Di Google Trends, pertanyaan carian "kesihatan usus" dan "probiotik" telah menyaksikan beberapa lonjakan semasa berlakunya pandemik ini. Bagi penjagaan kesihatan gastrousus, carian kata kunci yang berkaitan dengan probiotik turut mendaki ke paras tertinggi tahun ini, menandakan peningkatan pengiktirafan terhadap keupayaannya yang mantap untuk memulihkan dan mengekalkan sistem pencernaan yang sihat untuk manusia.

Penggunaan S. boulardii bagi merawat orang dewasa dan kanak-kanak yang mengalami diarea telah dipreskripsikan secara meluas oleh doktor dan pakar gastroenterologi selama berdekad-dekad dan keberkesanannya untuk merawat pelbagai keadaan gastrousus didokumentasikan dengan baik dalam literatur perubatan. Satu kajian yang diterbitkan dalam Chinese Journal of Pediatrics menyimpulkan bahawa sesetengah jenis probiotik dapat mengurangkan tahap teruk dan tempoh diarea. Antaranya, Lactobacillus rhamnosus GG dan S. boulardii merupakan dua probiotik yang paling berkesan bagi rawatan anti-diarea.

Tidak seperti probiotik Lactobacillus, S. boulardii Bld-3 Angel dibangunkan menggunakan proses lapisan terbendalir suhu rendah. Teknologi perlindungan unik syarikat membolehkannya membentuk cangkerang yis padat dengan cepat yang meliputi probiotik yis aktif yang terperangkap di dalamnya. Proses ini dapat menguatkan rintangan yis terhadap asid gastrik dan garam hempedu, lalu membolehkannya diaplikasikan dalam pelbagai jenis produk akhir probiotik.

S. boulardii Bld-3 Angel ialah ramuan yang sesuai untuk tambahan diet probiotik yang pelbagai. Hasil daripada saiz probiotik yis yang lebih besar iaitu sepuluh kali ganda lebih besar daripada probiotik Lactobacillus, ia lebih cenderung membentuk kesan yang menempati ruang dalam saluran usus dan tahan terhadap antibiotik.

Salah satu pembekal derivatif yis yang terbesar di dunia, Angel Yeast mempunyai pengalaman selama lebih tiga dekad dalam pembangunan dan pengeluaran produk yis. Selain daripada S. boulardii Bld-3, Angel Yeast turut menghasilkan probiotik Saccharomyces cerevisiae dan rangkaian luas ramuan yis fungsian yang lain, dengan beberapa produk baharu yang sedang diusahakan termasuk Kluyveromyces marxianus. Ketika ini, produk probiotik yang dihasilkan oleh Angel Yeast telah dijual ke Eropah dan Amerika Utara.

Latar Belakang Angel Yeast 

Ditubuhkan pada tahun 1986, Angel Yeast Co., Ltd mengkhusus dalam pengeluaran yis dan derivatif yis. Rangkaian produknya merangkumi yis roti dan ramuan, penyelesaian dim sum Cina, ekstrak-savouri yis, kesihatan manusia, pemakanan haiwan, penjagaan tumbuhan, pembiran & biobahan api, pemakanan mikrob dan enzim. Ketika ini, Angel Yeast memiliki 11 tapak pengeluaran canggih bertaraf antarabangsa di China, Mesir dan Rusia serta menyediakan produk dan perkhidmatan kepada lebih daripada 150 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Source: Angel Yeast
Keywords: Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine New products/services Patent Law