omniture

IMF Memuji Strategi Menangani Penyesuaian dan Pengurangan Kesan Iklim oleh Dominica

CS Global Partners
2021-09-10 17:22 1890

LONDON, 10 September 2021 /PRNewswire/ -- Ia adalah mustahil untuk menonton berita pada masa kini tanpa menyaksikan bencana alam sekitar baharu yang berlaku setiap hari. Pada minggu ini sahaja, kita telah menyaksikan gangguan iklim di AS dan Jerman hingga ke Turki dan China ketika pembuat dasar di seluruh dunia cuba melaksanakan strategi tahan cuaca untuk pembinaan semula. Kini, sebuah institusi kewangan antarabangsa telah menjadikan penyelesaian iklim yang digunakan oleh Komanwel Dominica sebagai contoh untuk dipelajari oleh semua pihak.

Matlamat Dominica yang besar dalam era perubahan iklim telah mengatasi saiz negaranya yang kecil. Negara ini yang bersaiz lebih kurang Austin, Texas, terletak pada rangkaian Kepulauan Caribbean di sepanjang Puerto Rico menghala ke arah Amerika Selatan. Penduduknya yang berjumlah seramai 70,000 orang menetap di tengah-tengah kawasan taufan. Profil bencana di wilayah ini bertambah buruk disebabkan ribut tropika yang semakin dahsyat serta kekerapan dan kekuatan taufan yang berlaku setiap tahun. Walau bagaimanapun, Dominica dengan pantas menjadi peneraju global dalam memperbaiki daya ketahanan melalui undang-undang dan tadbir urus.

"Usaha yang dilakukan memberi tumpuan kepada menaik taraf dan memperluas rangkaian jalan raya termasuk membuat jambatan yang lebih tinggi bagi membolehkan limpahan air dan serpihan, membina bangunan yang berdaya tahan dalam sektor perumahan serta menaik taraf hospital dan pusat kesihatan. Pelaburan juga menyokong pertanian yang berdaya tahan untuk jaminan makanan, pendidikan, penghutanan semula dan latihan kesediaan komuniti serta berbagai-bagai lagi," kata Dana Kewangan Antarabangsa iaitu organisasi yang membantu strategi "build back better" (membina semula dengan lebih baik) pulau ini.

Setelah Taufan Maria melanda pantainya pada tahun 2017, Perdana Menteri Roosevelt Skerrit dengan tegasnya telah berjanji untuk membina semula Dominica sebagai negara yang berdaya tahan iklim yang pertama di dunia. Negara ini menggunakan pembiayaan daripada Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) untuk melancarkan Agensi Pelaksanaan Daya Tahan Iklim Dominica (CREAD) pada tahun 2018, iaitu pembentukan sebuah agensi kerajaan baharu untuk menjadikan daya ketahanan sebagai keutamaan dalam semua bidang pertumbuhan negara ini.

Kesemua pembangungan infrastruktur yang penting telah dibuat melalui CBI, daripada hospital canggih hinggalah rumah untuk 5,000 keluarga dengan mematuhi kod pembinaan berasaskan daya ketahanan. "Ini merupakan bukti yang anda boleh lihat bahawa kami boleh membina infrastruktur yang mampu bertahan walaupun berhadapan dengan taufan kategori 5 yang kuat," kata Francine Baron, Ketua Pegawai Eksekutif CREAD.

Sejak tahun 1994, para pelabur asing telah memilih Dominica untuk memperoleh kewarganegaraan kedua yang dipercayai bukan sahaja kerana ia memberikan akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 75 peratus destinasi di dunia tetapi kerana mereka tahu bahawa sumbangan mereka membantu penduduk tempatan. Setelah pemohon lulus proses saringan yang ketat, mereka boleh melabur sebanyak USD100,000 ke dalam dana kerajaan dan menjadi warganegara Dominica secara umumnya dalam tempoh tiga bulan.

www.csglobalpartners.com, pr@csglobalpartners.com 

 

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Environmental Issues