omniture

Kajian Global Baharu Menyokong Bangunan Sihat Sebagai Strategi Kesihatan Awam yang Penting

Carrier Global Corporation
2021-09-11 02:13 405

Kajian ini mengesahkan penemuan sebelum ini yang menyatakan peningkatan kualiti udara dalaman mempertingkatkan fungsi kognitif dan kesihatan penghuni bangunan

PALM BEACH GARDENS, Florida, 11 September 2021 /PRNewswire/ -- Buat kali pertamanya pada skala global, penyelidikan baharu telah mendapati bahawa bangunan sihat dengan pengudaraan yang dipertingkatkan dapat memperbaiki fungsi kognitif dan kesihatan para penghuni, mencadangkan bahawa pengudaraan dan penapisan adalah strategi bangunan sihat yang paling penting. Kajian yang bertajuk 'COGfx Study 3: Global Buildings' (Kajian COGfx 3: Bangunan Global) diterajui oleh para penyelidik dari Harvard T.H. Chan School of Public Health sebagai sebahagian daripada siri kajian COGfx yang terkenal, yang mengkaji kesan kualiti udara dalaman terhadap pemikiran dan perasaan orang ramai. Kajian terkini ini menyokong penemuan kajian makmal dan A.S. sebelum ini serta menyokong bahawa kualiti udara dalaman bukan sahaja baik untuk kesihatan dan keselamatan orang ramai malah ia baik pada asasnya – melalui peningkatan produktiviti, hari sakit yang lebih rendah dan fungsi kognitif yang lebih baik.

Results across the COGfx studies show that, with the right strategies in place, buildings can play a significant role in improving cognitive function, health and productivity, while delivering bottom line benefits to businesses and health benefits to society.
Results across the COGfx studies show that, with the right strategies in place, buildings can play a significant role in improving cognitive function, health and productivity, while delivering bottom line benefits to businesses and health benefits to society.

"Apabila lebih ramai orang kembali ke pejabat dan sekolah serta melakukan aktiviti rekreasi, maka kesihatan, keselamatan dan kecerdasan persekitaran dalaman menjadi tumpuan yang lebih besar," kata Dave Gitlin, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Carrier. "Kajian COGfx ini terus menunjukkan bahawa pengudaraan dan penapisan persekitaran dalaman yang betul memainkan peranan penting di seluruh dunia dalam memupuk strategi kesihatan yang proaktif. Di Carrier, kami memberi tumpuan kepada penyampaian penyelesaian dan perkhidmatan inovatif yang memberi kesan positif kepada prestasi kesihatan, produktiviti dan kognitif para penghuni di kesemua bangunan."

Kajian COGfx 3: Bangunan Global ini mengkaji kesan kualiti udara dalaman terhadap fungsi kognitif para pekerja pejabat di enam buah negara - China, India, Mexico, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Penyelidikan ini mendapati bahawa fungsi kognitif merosot apabila tahap jirim zarahan halus (PM2.5) dan karbon dioksida (CO2) meningkat. Kehadiran CO2 yang lebih tinggi boleh menjadi petunjuk kepada pengudaraan yang lemah di dalam bangunan.

Yang penting, pengudaraan mekanikal seperti sistem HVAC dengan penapisan yang cekap dapat membantu melindungi para penghuni bangunan daripada kesan kognitif negatif PM2.5 dan CO2. Selain daripada kesan akut pada fungsi kognitif, pengurangan pendedahan kepada PM2.5 dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan yang lain termasuk pengurangan penyakit kardiovaskular, serangan asma dan kematian pramatang.

Walaupun penyelidikan ini memberi tumpuan kepada para pekerja pejabat dalam bangunan komersial, penemuan ini terpakai untuk kesemua persekitaran dalaman. Carrier menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang mengoptimumkan kualiti udara dalaman termasuk rangkaian penyelesaian canggih melalui Program Bangunan Sihat Carrier kepada syarikat utama seperti penjagaan kesihatan, hospitaliti, pendidikan, peruncitan dan marin. Program Bangunan Sihat Carrier menawarkan inovasi termasuk:

  • Abound – Sebuah platform natif awan digital yang mengumpulkan data daripada sistem dan sensor yang berbeza serta memberikan ketelusan maklumat tentang data kualiti udara, keselesaan suhu dan prestasi yang lain.
  • Mesin Udara Negatif & Pembersih Udara Dua Mod OptiClean™ – Sebuah mesin udara negatif mudah alih yang membersih dan menyingkirkan udara yang berkemungkinan tercemar dengan koronavirus.
  • Penilaian Kualiti Udara Dalaman (IAQ) – Rangkaian penilaian IAQ untuk mengenal pasti strategi bangunan sihat yang boleh diguna pakai untuk bangunan pada masa sekarang dan memastikan penyelesaian yang berkesan untuk masa depan.

Penyelidikan terkini ini dibina berdasarkan kajian COGfx terdahulu yang menunjukkan pemikiran dan kesihatan yang lebih baik boleh diperoleh di dalam bangunan yang lebih sihat. Kajian pertama mendapati markah ujian fungsi kognitif meningkat dua kali ganda apabila mengkaji para peserta yang berada dalam simulasi persekitaran bangunan hijau dengan pengudaraan yang dipertingkatkan berbanding persekitaran bangunan konvensional. Kajian COGfx 2 memeriksa persekitaran bangunan dunia sebenar di A.S. dan menunjukkan bahawa para pekerja dalam bangunan yang diperakui hijau menunjukkan markah ujian fungsi kognitif sebanyak 26% lebih tinggi serta mengalami gejala penyakit bangunan sebanyak 30% lebih rendah berbanding di bangunan yang tidak diperakui hijau.

Kajian COGfx 3 boleh didapati di sini dan laporan penuh tersedia di www.theCOGfxStudy.com. Ikuti perbincangan di Twitter dengan menggunakan tanda pagar #TheCOGfxStudy.

Sokongan utama untuk kajian ini diperoleh daripada Carrier Global Corporation (NYSE:CARR).

Tentang Carrier 

Sebagai penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rantaian sejuk dan bangunan pintar, lestari, selamat dan sihat, Carrier Global Corporation komited dalam menjadikan dunia ini lebih selamat, lestari dan lebih selesa untuk generasi yang akan datang. Sejak awal lagi, kami telah menerajui dalam penciptaan teknologi baharu dan industri yang serba baharu. Pada hari ini, kami kekal sebagai peneraju kerana kami mempunyai tenaga kerja yang pelbagai dan bertaraf dunia yang meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Corporate.Carrier.com atau ikuti kami pada media sosial di @Carrier.

Sila hubungi:

Danielle Canzanella


860-221-8457


Danielle.Canzanella@carrier.com

PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1612992/Corporate_Carrier_COGfx_Study_3_Results_Infographic_0921.pdf

 

Source: Carrier Global Corporation
Related Stocks:
NYSE:CARR
Keywords: Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics HVAC Survey, Polls & Research