omniture

Winner Medical Sambut Ulang Tahun ke-30 dengan Tumpuan Berterusan terhadap Pembangunan Mampan

Winner Medical Co., Ltd.
2021-09-11 03:07 600

SHENZHEN, China, 11 September 2021 /PRNewswire/ -- Winner Medical Co., Ltd. (300888.SZ), pengeluar yang terkemuka bagi produk perubatan dan produk pengguna yang berkualiti tinggi, menyambut ulang tahun ke-30nya pada tahun ini berserta pelancaran laporan tanggungjawab sosial korporat tahunan pertamanya yang menekankan komitmen berterusannya terhadap pembangunan yang mampan, inovatif dan mesra alam.

Winner Medical Celebrates 30th Anniversary with Continued Focus on Sustainable Development
Winner Medical Celebrates 30th Anniversary with Continued Focus on Sustainable Development

Ketua Pegawai Eksekutif Winner Medical, Jianquan Li berkata, "'Kesedaran terhadap alam sekitar' oleh Winner Medical telah tertanam dalam DNA kami sejak dari mula lagi iaitu 30 tahun yang lalu, terbukti oleh komitmen mendalam kami untuk membina perusahaan yang mampan, hijau dan mesra alam. Melalui kepakaran teknologi dan saintifik kami, kami tekal mengurangkan penggunaan tenaga dan emisi karbon kami dalam seluruh rantaian pengeluaran. Kami akan terus mengekalkan set minda yang lestari dan berfokuskan ekologi yang sentiasa kami miliki."

Komitmen tersebut bermula daripada bahan mentah bagi tujuan pengeluaran. Produk-produk daripada Purcotton, subsidiari Winner Medical, kesemuanya diperbuat daripada kapas. Kapas, salah satu gentian semula jadi yang paling lestari, hanya memerlukan masa selama enam bulan bermula daripada menanam hingga menuai. Produk-produk kapas terbiodegradasi secara semula jadi dalam tempoh 3 bulan dan menjadi baja organik tanpa memberi beban yang tidak wajar kepada alam sekitar. Di samping itu, kapas merupakan salah satu tanaman yang paling mampu bertahan daripada kemarau dan penanamannya hanya memerlukan 2.3% air untuk pengeluaran pertanian dan 3% untuk kawasan tanaman yang berkaitan, menyediakan 36% daripada gentian dunia sekali gus dapat mengatasi hakisan tanah dan menangani penggurunan.

Menyedari sepenuhnya akan tanggungjawabnya terhadap alam sekitar, Winner Medical tekal meminimumkan kesan alam sekitar yang negatif dalam proses pembuatan produknya dengan menggantikan arang batu dengan gas asli, mengitar semula air dan langkah-langkah lain. Melalui pengoptimuman proses dan teknologi pengeluaran yang berterusan, penggunaan tenaga serta sumber telah dapat dikurangkan bagi mewujudkan sebuah syarikat yang mesra alam. Winner Medical menumpukan perhatian untuk memberi komitmen kepada pelanggan terhadap kepakaran dan ketenangan minda selaku peneraju industri yang dipercayai yang mematuhi prinsip utamanya iaitu "kualiti adalah lebih penting daripada keuntungan."

Pada bulan April tahun ini, Winner Medical mengeluarkan laporan tanggungjawab sosial korporat tahunan pertamanya yang menggariskan secara komprehensif amalan dan pencapaian syarikat dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG). Sejak awal tahun 2021, tinjauan telah dijalankan untuk mengira nilai penggunaan tenaga, penjimatan tenaga dan langkah-langkah perlindungan terhadap alam sekitar dalam seluruh syarikat termasuk subsidiari-subsidiarinya. Data yang disusun digunakan untuk merangka tempoh masa yang realistik dan boleh diukur bagi mencapai matlamat karbon puncak dan keneutralan karbon syarikat ini. Syarikat ini telah menggerakkan dan mengintegrasikan konsep pengurangan emisi dalam seluruh rantaian bekalannya.

Latar Belakang Winner Medical 

Winner Medical Co., Ltd. (kod saham: 300888), ditubuhkan pada tahun 1991 dan beribu pejabat di Shenzhen, China, ialah sebuah syarikat kesihatan berskala besar yang merealisasikan pembangunan terselaras untuk sektor perubatan dan pengguna melalui tiga jenama utamanya: "Winner", "Purcotton" dan "PureH2B". Syarikat ini komited untuk merealisasikan pilihan hidup yang lebih berkualiti tinggi kepada pengguna dan untuk mencipta nilai demi kehidupan yang lebih baik.

Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam pengeluaran bekalan perubatan, Winner merupakan jenama barang guna habis perubatan yang terkemuka dalam pasaran Cina serta jenama dengan visi global. Purcotton, sebagai jenama barang keperluan harian, telah mewarisi pengalaman syarikat selama 30 tahun dalam pembuatan bekalan perubatan. Menggunakan kapas tulen sebagai bahan mentah, jenama ini menyasarkan untuk mencipta pelbagai barang keperluan harian kapas berkualiti tinggi yang sihat, selesa dan mesra alam. PureH2B dicipta sebagai platform hayat untuk menawarkan pengguna dengan barang-barang terpilih yang berkualiti tinggi, sihat dan cantik dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.winnermedical.com/

Source: Winner Medical Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300888
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Mining/Metals Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research