omniture

Binance mengalu-alukan Pengarah Audit dan Siasatan baharu Aron Akbiyikian

Binance
2021-09-12 23:48 89

 

SINGAPURA, 12 September 2021 /PRNewswire/ -- Binance, sebuah syarikat penyedia ekosistem blok rantai dan infrastruktur kriptowang terkemuka di dunia, telah mengalu-alukan Aron Akbiyikian ke pasukan Audit dan Siasatan. Beliau akan membantu memastikan Binance dan industri kripto yang lebih besar menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pengguna dengan penekanan yang kukuh terhadap penghapusan unsur-unsur terburuk dunia daripada ekosistem tersebut. Tugasnya akan tertumpu pada usaha mengenal pasti pelaku jahat yang cuba menggunakan platform Binance dan menjejaki pergerakan mereka di seluruh blok rantai untuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia meruntuhkan kegiatan mereka. Pelantikan beliau merupakan satu langkah penting dalam memastikan Binance sentiasa berada di hadapan dalam usaha melindungi kripto untuk semua orang.

Director of Audit and Investigations Aron Akbiyikian
Director of Audit and Investigations Aron Akbiyikian

 

Aron mempunyai pengalaman yang luas, bermula dari TRM Labs. Sebelum itu, beliau telah mengetuai siasatan di Chainalysis, dan bertanggungjawab menyiasat serta membantu mencegah penjenayah menggunakan blok rantai. Terdahulu, beliau menunjukkan komitmennya untuk memerangi jenayah sebagai Detektif di Mariposa County, California, yang memberikan fokus utama pada analisis forensik media digital.

Aron telah menyiasat sejumlah kes berprofil tinggi termasuk 'Welcome2Video'. Hasil siasatannya berperanan membantu agensi penguatkuasaan undang-undang global membawa penjenayah ke muka pengadilan. Beliau sangat gemar meningkatkan kolaborasi dengan orang lain yang berjuang dengan matlamat yang sama, dari pekerja kerajaan hinggalah organisasi bukan untung dan perkhidmatan sektor swasta lain dalam ruang teknologi kewangan, dan sentiasa mengembangkan sistem dalaman yang secara proaktifnya mencegah pemudahan operasi haram dan bertindak balas terhadap insiden yang telah berlaku.

Aron Akbiyikian berkata: "Saya terpaksa bersara daripada penguatkuasaan undang-undang selepas kemalangan malang melibatkan helikopter yang mematahkan agak banyak tulang sehingga tidak mampu meneruskan kerjaya tersebut. Itulah pemangkin saya dalam menyertai dunia kripto dan saya benar-benar menganggap diri saya bernasib baik kerana dapat terus membantu menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik disebabkan kemalangan itu, dan saya berharap agar dapat meneruskan usaha ini di Binance.

"Setiap kali kita berusaha untuk mengeluarkan unsur-unsur terburuk di dunia daripada ekosistem kripto, kita membantu melindungi keseluruhan ruang. Tiada siapa yang mahu terkait dengan pelaku jenayah yang keji, dan mengeluarkan mereka daripada kripto akan memastikan pengguna kripto selamat daripada berhubung dengan mereka secara tidak sengaja. Pada masa yang sama, pengguna kripto boleh berasa lebih selamat apabila mereka dan orang tersayang kurang cenderung menjadi mangsa jenayah tertentu disebabkan oleh usaha ramai individu berdedikasi yang cuba untuk menjadikan ruang kripto dan dunia ini lebih selamat."

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1613288/binance.jpg?p=medium600

 

Source: Binance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Blockchain Financial Technology