omniture

17LIVE bakal Pindahkan Ibu Pejabat Global ke Jepun, Sasar Jadi Peneraju Siaran Langsung Global

17LIVE Inc.
2021-09-15 03:10 200

-- Nama dan Misi Syarikat Baharu Diperkenalkan --

TOKYO, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- 17LIVE Inc., pengendali bagi platform siaran langsung yang terbesar* di Jepun, mengumumkan bahawa subsidiari Jepun 17LIVE Group akan mengambil alih peranan ibu pejabat global menjelang penghujung tahun 2021. Jepun akan memainkan peranan yang strategik dalam pertumbuhan masa depan 17LIVE dan pandangan yang diperoleh dari negara ini kemudiannya dapat dimanfaatkan bagi mewujudkan kehadiran jenama yang mantap dalam pasaran baharu.

Logo Baharu 17LIVE
Logo Baharu 17LIVE

 

Logo Lama 17LIVE
Logo Lama 17LIVE

17LIVE Group mempunyai enam subsidiari di serata dunia dan secara keseluruhan platform ini mempunyai lebih daripada 50 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat global yang berpangkalan di Jepun, pejabat Jepun akan menyediakan pemangkin kepada pembangunan perniagaan yang ditingkatkan di setiap wilayah dan akan bertanggungjawab untuk mengembangkan perniagaan platform siaran langsung ini ke kawasan-kawasan lain di dunia.

Selaras dengan objektifnya, nama, logo dan kenyataan misi syarikat telah diperbaharui sebagai 17LIVE berkuat kuasa pada hari Jumaat, 10 September 2021 dan syarikat ini terus menggalakkan pengembangan globalnya sebagai peneraju bagi siaran langsung.

Nama Syarikat Baharu:

17LIVE (disebut sebagai "one seven live") Inc.

17LIVE -- syarikat dan nama jenama kami -- disebut secara berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebagai contoh, ia disebut "ichi-nana live" di Jepun dan "yi-qi live" di Taiwan. Di A.S. dan pasaran lain yang bertutur dalam Bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai LIVIT. Menuju ke hadapan, nama ini akan ditetapkan sebagai 17LIVE, disatukan dalam semua pasaran dan disebut sebagai "one seven live" bagi tujuan kedudukan jenama global. Nama bagi platform siaran langsung kami juga akan menjadi "17LIVE (one seven live)" di seluruh dunia.

Misi Baharu:

Untuk memperkasa hubungan insan melalui teknologi langsung.

Logo Baharu:

Penekanan logo pada nombor 1 dan 7 mewakili idea untuk "berhubung bersama-sama merentas tujuh benua, di bawah satu langit." Warna merah melambangkan dinamisme dan keseronokan siaran langsung manakala warna putih menandakan aspek "sebenar" persembahan langsung yang tidak dirancang dan tanpa skrip. Di samping itu, warna merah mengingatkan imej tanda "KE UDARA" yang menunjukkan bahawa siaran langsung sedang berjalan. Sebagaimana televisyen dan radio memupuk budaya yang popular pada masa lalu, 17LIVE berusaha untuk menjadi platform yang mencipta budaya abad ke-21.

Kenyataan daripada Hirofumi ONO, Ketua Pegawai Eksekutif Global 17LIVE Global:

"Ditubuhkan di Taiwan pada tahun 2015, kami telah menyediakan perkhidmatan di Jepun sejak tahun 2017 dan berkembang menjadi sebuah syarikat yang memiliki pejabat di 6 negara/wilayah serta lebih daripada 900 pekerja di seluruh dunia. Kini kami menyambut ulang tahun ke-4 pelancaran kami di Jepun dan dengan memindahkan ibu pejabat kami ke Jepun, kami dapat menjadi sebuah syarikat bertaraf global dari Jepun. Dengan tujuan untuk mencapai pertumbuhan platform siaran langsung yang selanjutnya, kami akan terus mencipta kaedah komunikasi baharu yang membolehkan orang ramai berhubung dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa, sekali gus meneroka kuasa teknologi yang terus berkembang seiring dengan peredaran zaman."

Bagaimana Menonton 17LIVE

Sila muat turun aplikasi 17LIVE secara percuma** di: https://17apps.onelink.me/i7CY/17LivePR

Latar Belakang 17LIVE

17LIVE (one seven live) ialah platform siaran langsung terbesar* Jepun dan terletak di Tokyo, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Global, Hirofumi ONO. Dengan misi untuk "Memperkasa Hubungan Insan melalui Teknologi Langsung", kami bermatlamat untuk mewujudkan dunia yang membolehkan pengguna menikmati setiap detik kehidupan mereka di tujuh benua di bawah satu langit. Platform ini mencapai 50 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia setakat September 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat ini, sila kunjungi https://jp.17.live/ 

Laman Sesawang Rasmi 17LIVE: https://jp.17.live/
Twitter: https://twitter.com/17livejp
Facebook: https://www.facebook.com/17LIVEJP/
Instagram: https://www.instagram.com/17livejp/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCFf5qroAMTQ6x32YVjOcQBw

* Data daripada App Annie mengenai muat turun dan jualan (Januari-Disember 2020)

** Terdapat beberapa menu dan kandungan berbayar dalam aplikasi ini. Bayaran penggunaan akan dikenakan kepada pengguna

Hubungan Media

HUBUNGAN MEDIA UNTUK SEMUA PERTANYAAN AKHBAR jimukyoku@prk.co.jp

17LIVE Inc.
Takako Wada
Pengarah Komunikasi Korporat
takako.w@17.live

Source: 17LIVE Inc.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Telecommunications Corporate Expansion