omniture

Ketuhar Penggoreng Kering 6-dalam-1 14-Liter EPEIOS Menjadikan Memasak Sangat Mudah

EPEIOS
2021-09-16 17:52 246

TOKYO, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Pandemik global sejak tahun 2020 menjadikannya sukar untuk makan di luar. Kos untuk sentiasa membuat pesanan penghantaran atau pengambilan boleh bertambah dengan pantas, berserta kalori yang berpunca daripada lemak, gula dan garam yang tidak diperlukan.

Memandangkan semakin ramai orang memberi keutamaan untuk memasak di rumah, EPEIOS menjadikannya jauh lebih mudah untuk mengelakkan pilihan makanan yang tidak sihat tanpa menghilangkan rasa oleh CP247A EPEIOS – model terkini dalam siri Ketuhar Penggoreng Kering Epicure+, penggoreng kering yang berfungsi tinggi dengan kapasiti yang jauh lebih besar seperti ketuhar.

Ketuhar penggoreng kering CP247A EPEIOS merangkumi 6 fungsi: penggoreng kering, ketuhar, pembakar roti, pengering makanan, penyahfros dan penaik doh. Kesemua ini hampir dapat memenuhi kebanyakan keperluan memasak anda. Tidak ketinggalan mod dwipemanasan yang membolehkan anda memilih dengan bebas antara pemanasan atas dan bawah mengikut makanan.

Epeios 6-in-1 air fryer oven
Epeios 6-in-1 air fryer oven

Ketuhar penggoreng kering CP247A Epeios menggunakan edaran udara panas 360-darjah untuk memasak makanan dan suhu boleh meningkat sehingga 220 °C (428 °F). Ia menggunakan sehingga 75% kurang minyak dan sekurang-kurangnya 20% masa yang lebih sedikit berbanding dengan penggoreng biasa. Ini bermakna anda dapat memasak versi masakan dan snek kegemaran anda dengan lebih sihat.

Faster and healthier by using much less oil
Faster and healthier by using much less oil

Memadangkan kebanyakan penggoreng kering dalam pasaran didatangkan dengan kapasiti terhad yang mungkin hanya sesuai untuk hidangan makanan sehingga 2 orang, ketuhar penggoreng kering EPEIOS, sebagai jenis penggoreng kering khusus, menawarkan secara inovatif kapasiti yang lebih besar dengan hanya mengambil ruang kaunter yang sedikit. Oleh kerana itu ia digelar KETUHAR penggoreng kering.

Kapasiti 14L (14.8 QT) yang mengagumkan membolehkan anda untuk menggoreng kering atau membakar hingga 15 keping roti sekali gus, membakar 2.9 paun ayam atau memasak 10-inci piza. Ia cukup besar untuk memuatkan 3 rak secara serentak yang paling banyak, yang melaluinya anda boleh memasak hidangan utama dan hidangan sampingan secara serentak untuk hidangan makanan keluarga yang cepat.

EPEIOS Air Fryer + Oven
EPEIOS Air Fryer + Oven

Sekiranya anda masih baharu dalam memiliki penggoreng kering, atau bahkan masih baharu dengan dapur, 16 program pratetap iaitu kentang goreng, kepak ayam, stik, kerepek, ikan, sayur-sayuran, bertih jagung, ayam, kek, pencucuk, piza, roti bakar, biskut, nyahfros, nyahhidrat dan kekal panas, akan membawa anda melalui peringkat yang sudah biasa sebelumnya.

Beginner-Friendly 16 Presets
Beginner-Friendly 16 Presets

Latar Belakang EPEIOS 

Dengan menyediakan perkakas rumah pintar berpandukan pengalaman, inovatif dan berguna dengan nilai estetika minimalis, EPEIOS ditubuhkan untuk menjadikan kehidupan harian pengguna EPEIOS mudah, menyenangkan dan bergaya.

EPEIOS sedang meninjau kerjasama dengan pengedar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi EPEIOS LinkedIn atau laman sesawang: www.xepeios.com / www.epeios.jp

Hubungan Media
Spencer Dai
marketing@xepeios.com

Source: EPEIOS
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services