omniture

Toku Ganding Bahu dengan Zoom Bawakan Sambungan dan Kefleksibelan Awan Lebih Luas untuk Perniagaan di Seluruh APAC

Toku
2021-09-17 09:56 185

SINGAPURA, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Toku, penyedia komunikasi awan khusus Asia Pasifik, hari ini mengumumkan satu kolaborasi strategik dengan Zoom Video Communications, Inc. (Zoom) untuk menghasilkan penyelesaian kerja jarak jauh yang terhubung dan fleksibel untuk perniagaan di seluruh APAC.

Toku telah menyertai Program Pertukaran Penyedia Zoom Phone yang memberi kefleksibelan kepada perniagaan untuk membawa dengan mudah pembawa PSTN (Rangkaian Telefon Suis Awam) mereka sendiri terus kepada platform kolaborasi yang popular. Sebagai pembawa pra-bersepadu, Toku akan dapat menyampaikan sambungan tempatan serta merta yang mendasari untuk kerja jarak jauh gred perusahaan di seluruh rantau APAC.

Permintaan terhadap kerja hibrid terus berkembang di seluruh APAC dan organisasi-organisasi di sini beralih ke awan dengan lebih cepat berbanding sebelum ini. Justeru itu, sememangnya penting untuk mereka menggantikan sistem legasi mereka tanpa mengorbankan kualiti panggilan yang diperlukan untuk kejayaan kolaborasi.

Sebagai penyedia telekomunikasi berlesen yang berpangkalan di Singapura, Toku berupaya menawarkan penggantian PSTN penuh di 15 negara di seluruh rantau ini. Sambungan awannya menyampaikan pariti ciri penuh dengan talian tetap legasi, berserta kesemua faedah pembekalan, pengurusan kos yang ditambah daripada platform natif-awan.

Toku akan disenaraikan dalam Zoom Provider Exchange sebagai pengkolaborasi Enhanced Cloud Peering, membolehkan pelanggan memilih pembawa dengan mudah untuk digunakan dengan platform Zoom Phone. Syarikat ini memanfaatkan kepakaran dan infrastruktur kawal selia tempatan bagi memenuhi pelbagai keperluan sambungan yang semakin berkembang di rantau ini.

"Toku merupakan penambahan yang hebat kepada ekosistem UCaaS Zoom terutamanya dengan kehadiran tempatannya yang mantap serta sambungan awan yang luas di seluruh APAC," kata Graeme Geddes, Ketua Zoom Phone & Rooms. "Memandangkan semakin banyak organisasi dapat melihat potensi komunikasi awan, penting agar kami menjadikan strategi pemindahan mereka selancar yang mungkin. Bersama-sama Toku, kami berharap dapat mengukuhkan penawaran komunikasi seragam kami dan membolehkan lebih banyak perniagaan di seluruh APAC menikmati sambungan awan yang berkualiti tinggi."

"Kerjasama bersama Zoom ini melambangkan satu lagi pencapaian dalam misi kami untuk menyokong perniagaan di seluruh APAC dalam perjalanan transformasi digital mereka. Kami amat teruja untuk membawa pemahaman mendalam kami terhadap kerumitan serantau industri ini serta pengetahuan teknikal dalam mengurus cabaran kawal selia ini kepada ekosistem Zoom Phone. Menambah keupayaan kolaborasi luas platform ini, kami menyediakan perniagaan dengan kemasukan ke lebih banyak destinasi di seluruh APAC dengan jauh lebih mudah berbanding sebelum ini," kata Thomas Laboulle, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Toku.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, Toku berharap dapat mengumumkan lebih banyak perkongsian dan peningkatan strategik untuk rangkaian penawaran produknya dan tetap fokus untuk menyediakan penyelesaian platform semua-dalam-satu untuk perniagaan berjaya dalam landskap komunikasi yang sentiasa berubah di rantau ini.

Latar Belakang Toku 

Beribu pejabat di Singapura, Toku ialah satu-satunya penyedia komunikasi awan khusus Asia Pasifik yang membantu perniagaan menangani kerumitan transformasi digital di rantau ini, meningkatkan pengalaman pelanggan mereka dan menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap kerja hibrid

Toku menggabungkan kepakaran tempatan, infrastruktur dalam-negara dan penyelesaian CPaaS, UCaaS dan CCaaS ditempah khas ke dalam satu pakej yang menarik – memperkasa perusahaan terbesar di rantau ini untuk menyelaraskan komunikasi mereka. Sejak penubuhannya pada tahun 2018, Toku bekerjasama dengan organisasi-organisasi yang pelbagai seperti Gojek, JCDecaux, Public Utilities Board Singapore dan foodpanda.

Dengan Toku, pemindahan ke awan tidak pernah menjadi semudah ini. Ketahui lebih lanjut di toku.co dan LinkedIn.

Hubungan Akhbar
media@toku.co

The Hoffman Agency bagi pihak Toku
TokuSG@hoffman.com

Source: Toku
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements