omniture

Shanghai Tempat Pesta Buku Kanak-kanak Baharu Yang Meriah Mempromosi Perdagangan Hak Cipta

Reed Exhibitions (China) Co., Ltd.
2013-07-08 08:30 152

SHANGHAI, 8 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Buku Kanak-kanak Antarabangsa Shanghai China (CCBF) yang ulung, bakal diadakan di Pusat Pameran ShanghaiMart pada 7-9 November 2013, akan bersifat 'dagang sahaja' untuk dua hari pertama dan terbuka kepada awam pada hari ketiga. Acara yang Diuruskan secara Eksklusif oleh Reed Exhibitions dan disokong oleh Pentadbiran Am Akhbar dan Penerbitan, Radio, Filem & Televisyen, dikhususkan kepada perdagangan hak cipta, penerbitan, percetakan dan pengedaran kandungan/buku disasarkan untuk golongan muda berusia 0 hingga 16 tahun.

China, negara yang berpenduduk berumur bawah 16 tahun seramai 230 juta orang, mempunyai sektor penerbitan kanak-kanak yang pesat berkembang yang dinilaikan pada USD $5 bilion, dengan USD $340 juta datang daripada pelesenan, menjadikannya sektor yang paling pantas membangun dalam industri penerbitan China. Antara 2011 dengan 2012 bilangan penerbitan kanak-kanak meningkat sebanyak 35%, dengan 20% daripada jualan hak cipta penuh dalam industri buku China dating daripada segmen ini.

"Kuasa pembelian ibu bapa China muda sangat besar. 70% ibu bapa membeli buku setiap bulan," kata Randy Wang, Pengurus Projek Kanan di Reed Exhibitions, sementara 90% daripada kandungan kanak-kanak di China diimport. "Statistik daripada peruncit buku dalam talian yang paling besar di China, Dangdang.com, menunjukkan bahawa 80% dan 90% daripada 10 buku kanak-kanak paling laris yang terbaik pada 2012 dan 2011 masing-masing telah diimport. Ibu bapa dan kanak-kanak lebih meminati judul-judul buku import, sementara para pendidik China menyatakan keperluan yang mendesak bagi bahan pengajaran tempatan baharu."

En. Wang menyambung lagi, "Dipacu oleh tema 'Kandungan Tanpa Batasan', CCBF bertumpu terhadap memudahkan interaksi lebih rapat antara pengamal industri tempatan dengan pengamal industri antarabangsa. Pempamer dan pengunjung akan menemui pelbagai buku yang dicetak secara asli dan buku kandungan digital, e-buku, perisian pendidikan dan produk didik hibur lain.

"Mengadakan acara ini di Shanghai merupakan tindakan yang wajar. Shanghai ialah hab penerbitan dan pusat budaya China yang paling sibuk." Perdagangan hak cipta aktif Asia-Pasifik membentuk 20% pasaran buku kanak-kanak global.

Penerbit-penerbit China peneraju yang menguasai 70% daripada pasaran tempatan komited untuk menyertai CCBF. Namun, pesta itu juga akan memaparkan satu adunan antarabangsa. Wadah Judul Baharu Shanghai, sebagai contoh, melibatkan kerjasama antara CCBF dengan Pameran Buku Tergabung. "Wadah ini menyediakan tempat berkos rendah untuk para penerbit meneroka pasaran kanak-kanak China serta mempromosi buku-buku mereka dalam pasaran pembelian hak cipta yang paling aktif di dunia," kata Jon Malinowski, Presiden Pameran Buku Tergabung.

Reed akan menggunakan kelebihan kepakarannya, yang diperoleh melalui penerbitan acara antarabangsa yang melibatkan LBF, BEA, TIBF, Bienal do Livro Sao Paulo dan Salon du Livre, bagi memudahkan perdagangan hak cipta bilateral dengan China. Reed juga akan berusaha memberi para peserta capaian terus kepada golongan professional pada setiap peringkat perdagangan sepanjang rantaian industri itu.

Acara-acara lain di lokasi akan berlangsung serentak dengan pesta itu. Acara-acara ini termasuklah Sidang Kemuncak Penerbitan Buku Kanak-kanak Antarabangsa, Anugerah Buku Kanak-kanak Terbaik, Sidang Kemuncak Perdagangan Hak Cipta Penerbitan Kanak-kanak Antarabangsa, Promosi Antarabangsa bagi Bengkel Pengarang Sastera Kanak-kanak dan banyak lagi. Acara yang disusun rapi ini menyediakan para peserta dengan peluang yang baik untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan mereka, memperluas jenama mereka kepada pasaran, berkongsi dan mencari maklumat yang tepat.

CCBF juga akan menawarkan peluang untuk interaksi muka ke muka dengan pengarang, penterjemah dan pengilustrasi. Syarikat-syarikat boleh meneroka kemasukan ke dalam pasaran China melalui jualan di tapak pada Hari ke-3. Pertunjukan itu dijanjikan menjadi persembahan dinamik bagi buku-buku kanak-kanak dan produk-produk terbitan yang sudah tentu mengujakan golongan professional penerbitan dan pembaca muda yang bersemangat.

Hubungi:

Jennifer Wang 
T: +86 10 5933 9366
E: Jennifer.wang@reedexpo.com.cn 
W: www.ccbookfair.com

 

Source: Reed Exhibitions (China) Co., Ltd.
Keywords: Books Education Publishing/Information Service