omniture

Shanghai Electric Raih Kedudukan ke-51 dalam Senarai Kontraktor Antarabangsa 250 Teratas 2021 ENR

Shanghai Electric
2021-09-21 18:31 149

SHANGHAI, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (601727.SS dan 02727.HK) mengumumkan bahawa Syarikat ini telah disenaraikan di tempat ke-51 dalam senarai Kontraktor Antarabangsa 250 Teratas 2021 yang diterbitkan oleh Engineering News-Record (ENR), bahan penerbitan yang terkenal di dunia untuk berita serta analisis kejuruteraan dan pembinaan. Dengan sejumlah 22 projek luar negara, Shanghai Electric menyaksikan lonjakan terbesar dari segi senarai kedudukan antara rakan-rakan setara Cinanya tahun ini walaupun dengan impak yang masih berlarutan akibat pandemik COVID-19 ke atas projek-projek kejuruteraan global yang berskala besar.

Dianggap secara meluas sebagai barometer industri, senarai ENR menyenaraikan syarikat-syarikat pembinaan global berdasarkan kepada hasil yang dijana oleh projek-projek luar negaranya. Menurut senarai tahunan, tahun 2020 merupakan satu lagi tahun yang sukar untuk firma-firma pembinaan infrastruktur global, memenuhi pasaran ini dengan ketidaktentuan serta risiko jangka pendek. ENR melaporkan bahawa jumlah hasil kontrak antarabangsa bagi 250 Teratas menurun 11.1% kepada $420.4 bilion pada tahun 2020, daripada $473.1 bilion pada tahun 2019, yang merupakan penurunan setahun terbesar yang dicatatkan dalam data kontrak antarabangsa ENR bermula pada tahun 2003. Di tengah-tengah iklim pasaran yang rumit dan mencabar ini, Shanghai Electric melaksanakan strategi perniagaan yang proaktif di dalam dan luar negara sebagai usaha untuk melindungi kakitangan di lapangan dan dalam masa yang sama mengekalkan kadar pertumbuhan hasil yang tinggi untuk projek-projek antarabangsa utamanya termasuk Dubai CSP, Projek Lombong Arang Batu dan Kuasa Bersepadu Thar Block-1 Pakistan, Pančevo Serbia, Forte Vietnam, projek fotovolta Greece dan projek penyelenggaraan Huashide Iraq.

Mengimbau kembali pada tahun 2020 ketika mana Shanghai Electric bangkit semula daripada pandemik COVID-19, seorang jurucakap Shanghai Electric menyatakan bahawa sekali lagi Shanghai Electric menunjukkan ketahanannya pada waktu sukar untuk industri kejuruteraan global. "Dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah-ubah dan tinjauan industri yang tidak menentu sepanjang tahun lalu, Shanghai Electric mengambil tindakan pantas untuk meminimumkan kelewatan pembinaan, mengatasi tahap keselamatan dan kekurangan pekerja di lapangan dan memastikan perolehan tinggi dalam projek-projek luar negaranya. Pengiktirafan daripada ENR merupakan satu lagi bukti usaha luar biasa yang kami lakukan serta pengurusan cekap kami dan juga kualiti produk yang utama dalam industri hasil daripada semangat mengejar kecemerlangan kita yang tidak berbelah bahagi," kata beliau.

Sementara itu, pembinaan bagi projek-projek luar negara utama Shanghai Electric sedang dijalankan dengan semua kemajuan dicapai mengikut jadual.

  • Peringkat pertama 300MW bagi Fasa 5 900MW di Mohammed bin Rashid Al Maktoum Solar Park (MBR Solar Park) menyelesaikan ujian prestasi selama 10 hari pada lewat bulan Julai tahun ini dan memulakan operasi komersial lebih awal daripada jadual pada pertengahan Ogos.
  • Akuifer pertama lombong arang batu lubang terbuka bagi Projek Lombong Arang Batu dan Kuasa Bersepadu Thar Block-1 Pakistan telahpun disiapkan pada penghujung Jun.
  • Stesen suis 220 kV di loji janakuasa kitaran gabungan gas Pančevo di Serbia menyempurnakan suapan belakang (backfeeding) pada 19 Ogos. Status operasi kesemua peranti yang terlibat adalah stabil dan menunjukkan keputusan yang membawa harapan, yang memberi persediaan asas untuk penjanaan kuasa disambung ke grid.

Di samping itu, Unit -1 300 MW bagi Stesen Janakuasa Terma Deenbandhu Chhotu Ram (DCRTPP), Haryana Power Generation Corporation Limited (HPGCL) Yamuna Nagar telah memecah rekod dengan menyelesaikan operasi berterusan selama 145 hari pada 19 April 2021, dijalankan oleh jurutera Shanghai Electric.

Misi penyelenggaraan dibuat di tengah-tengah waktu yang mencabar ini apabila India mengalami gelombang baharu COVID-19. Bertugas dengan tekanan yang sangat tinggi dan walaupun dirasakan mustahil, jurutera-jurutera HPGCL dan Shanghai Electric berganding bahu untuk menjalankan baik pulih untuk unit berkenaan yang membolehkan unit tersebut beroperasi tanpa sebarang masalah teknikal sepanjang lima bulan akan datang. Pada Mac 2021, unit berkenaan mencatatkan Faktor Beban Loji (PLF) bulanan mencecah 86.32 peratus yang merupakan antara penanda aras loji janakuasa berprestasi terbaik di negara ini.

Unit 4 daripada loji janakuasa arang batu 4X300MW Jindal di India turut mencatatkan operasi tanpa gagal selama 711 hari pada September 2020, memecahkan rekod terdahulu dengan operasi tanpa kerosakan selama 684 hari dan menetapkan standard baharu untuk seluruh negara ini. Pada Januari 2021, projek loji janakuasa arang batu 2X300 MW Warora India merangkul "Anugerah Prestasi Terbaik" yang merupakan tahun ketiga berturut-turut loji janakuasa ini menerima pengiktirafan berkenaan.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities