LONDON, 8 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Pelayan Bar Terbaik Tahunan dimahkotakan selepas cabaran sengit dan acara eksklusif selama seminggu meraikan yang terbaik dalam perniagaan itu
Hari ini, 44 pelayan bar terbaik di dunia – bersama-sama para elit industri minuman mewah, selebriti antarabangsa, dan pakar citarasa global – berkumpul di atas kapal persiaran mewah butik Azamara Journey, untuk pertandingan Akhir Global WORLD CLASS tahunan kelima, pertandingan seni mencampur minuman yang terbesar dan paling dihormati.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130704/625946 )
James Thompson, Pengarah Urusan Diageo Reserve, berkata, "Kami teruja kerana dapat mengalu-alukan jumlah pelayan bar yang mencatatkan rekod ke pertandingan Akhir Global WORLD CLASS tahun ini. Para pelayan bar WORLD CLASS sudah sebati dengan kecanggihan, perkhidmatan cemerlang dan melangkaui sempadan budaya koktel sezaman dan berasaskan pengalaman. Program ini [WORLD CLASS] meninggikan kemahiran seorang pelayan bar, menemui bakat-bakat baharu dan menjadi pratonton arah aliran terkini yang bakal dinikmati para pengguna apabila melawat bar-bar dengan pentauliahan WORLD CLASS di seluruh dunia."
Belayar sepanjang French Riviera di Nice dan Monte Carlo, pengembaraan itu juga akan singgah di beberapa destinasi Mediterranean yang paling ikonik dan bergaya termasuk St. Tropez dan Ibiza, sebelum berakhir di ibu negara Catalonia, Barcelona di mana Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS 2013 akan dimahkotakan. Ini adalah kali pertama pertandingan Akhir Global WORLD CLASS diadakan di atas sebuah kapal persiaran mewah, dan ini menggariskan usaha bersepadu oleh industri untuk meninggikan pengalaman kulinari dalam kapal persiaran.
Sepanjang program WORLD CLASS yang diadakan sepanjang tahun, setiap pelayan bar paling elit di dunia menjalani latih tubi sebelum bertanding dalam pertandingan akhir peringkat negara yang mencabar. Sejak dilancarkan pada tahun 2009, lebih 15,000 pelayan bar WORLD CLASS telah dilatih menggunakan minuman-minuman keras yang memenangi anugerah dalam portfolio Diageo Reserve - vodka KETEL ONE®, vodka CÎROC®, gin No.TEN™ TANQUERAY®, tequila DON JULIO®, rum ZACAPA®, Wiski Scotch Adunan GOLD LABEL RESERVE™ JOHNNIE WALKER®, Wiski Scotch Adunan PLATINUM LABEL™ JOHNNIE WALKER® dan Wiski Scotch Adunan BLUE LABEL™ JOHNNIE WALKER® - bagi mencipta ritual, hidangan sempurna dan pengalaman minuman mewah paling luar biasa dalam tempat-tempat minuman mewah terbaik seluruh dunia.
Semasa pertandingan Akhir Global WORLD CLASS, yang telah menjadi minggu terpenting dalam litar minuman mewah, lebih 600 pengunjung akan meraikan seni layanan bar dengan:
Pengiktirafan kesenian pelayan bar melalui sejarah lima tahunnya telah menjadikan WORLD CLASS minggu penting dalam litar seni mencampur minuman. Sesuatu yang bermula sebagai sekadar program latihan layanan bar, kini sudah menjadi acara tahunan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mengubah pengalaman minuman mewah dan budaya koktel seluruh dunia. Dilancarkan pada tahun 2009, WORLD CLASS merupakan platform antarabangsa yang mempamerkan bakat para pelayan bar terbaik seluruh dunia sementara mencipta sebuah ruang untuk pengalaman minuman mewah mekar.
Pada tahun 2012, Rancangan TV WORLD CLASS telah dilancarkan, sebuah rancangan TV istimewa yang menyerlahkan para pelayan bar WORLD CLASS dan meninggikan satu generasi pakar seni campuran minuman baharu kepada kedudukan masyur. Tahun ini, siri dengan 4 episod itu akan disiarkan di 20 buah rangkaian TV utama dalam lebih 100 buah negara dengan peluang untuk ditonton oleh 25 juta pengguna. Forum sosial WORLD CLASS di Facebook merupakan sebuah komuniti dengan penglibatan penuh oleh lebih 16,000 para pelayan bar elit yang bertemu untuk saling bertukar idea dan berhujah tentang arah aliran terbaharu dalam seni mencampur minuman.
Ikuti pertandingan ini di Facebook melalui laman 'Peserta Global WORLD CLASS': http://www.facebook.com/GlobalWorldClassFinals
MENGENAI DIAGEO RESERVE WORLD CLASS
Diageo Reserve WORLD CLASS sedang mengubah pengalaman minuman mewah dan budaya koktel seluruh dunia dan di negara tempatan. Sebagai pelaburan terbesar dan paling diyakini untuk pengalaman mewah yang diperdagangkan, ia menemui bakat layanan bar terbaik generasi seterusnya yang menetapkan arah aliran seni mencampur minuman terkini dan membawakannya ke bar-bar terbaik seluruh dunia. Di terasnya terdapat sebuah program latihan global yang hebat dan platform yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang meninggikan seni layanan bar dan membina kerjaya dalam industri yang berpuncak dengan minggu kemewahan tahunan yang penting di mana Pelayan Bar Terbaik Tahunan Diageo Reserve WORLD CLASS akan diumumkan. Dilancarkan pada tahun 2009, lebih 15,000 pelayan bar telah mendapat inspirasi dan dilatih dalam seni mencampur minuman menggunakan arak-arak terbaik dalam koleksi Diageo Reserve. Sebuah hubungan kerjasama dengan para pakar, media, rakan kongsi dan pemilik, Diageo Reserve WORLD CLASS diiktiraf ramai sebagai tanda kecanggihan dan mutu keunggulan budaya minuman mewah antarabangsa yang diperakui golongan pelayan bar serta para pelanggan.
Sebagai sebuah lanjutan daripada program latihan Diageo Reserve WORLD CLASS, pada tahun 2011 Diageo melancarkan Akademi Bar Diageo di Asia Pasifik, kursus layanan bar terbesar rantau itu yang ditauliahkan oleh Amanah Pendidikan Wain dan Arak (WSET), yang telah melatih 10,000 pelayan bar setakat ini.
Mengenai DIAGEO
DIAGEO merupakan peneraju perniagaan minuman premium dunia dengan koleksi jenama minuman beralkohol yang mengagumkan merentasi kategori arak, bir dan wain. Jenama-jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, Smirnoff, vodka Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Tanqueray dan Guinness.
DIAGEO merupakan sebuah syarikat global, dengan produk-produk yang dijual dalam lebih 180 buah negara seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Untuk maklumat lanjut mengenai DIAGEO, para kakitangannya, semua jenamanya dan prestasinya, lawati http://www.diageo.com. Untuk sumber global DIAGEO yang menggalakkan amalan minuman berhemah melalui perkongsian peralatan, maklumat dan inisiatif amalan terbaik, lawati http://www.DRINKiQ.com.
Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana jua.
Untuk maklumat lanjut mengenai Diageo, kakitangan, semua jenama dan prestasinya, lawati http://www.diageo.com atau hubungi:
ANDRE CHONG
Ketua Komunikasi Jenama
Global Reserve
Telefon: +65-6876-4446
Emel: andre.chong@diageo.com
JOANNA Good
Neville McCarthy Associates
Telefon: +44(0)20-7940-2900
Emel: Joanna@nevillemccarthy.com
Sumber: DIAGEO