PISCATAWAY, New Jersey, 8 Julai 2013 /PRNewswire/ -- GenScript, penyedia gen sintetik terbesar dunia, membantu syarikat peneraju biofarmaseutikal, Novavax, Inc. (NASDAQ: NVAX), mengembangkan calon vaksin demam selesema burung A/H7N9, dengan mensintesiskan tiga gagasan kompleks yang mengandungi gen yang mengekod protein vaksin penting hanya dalam 6 hari bekerja. Pada 10 Mei 2013, Novavax mengumumkan calon vaksinnya dibangunkan dan dimasukkan dalam percubaan pra-klinikal dalam hanya 28 hari, kurang daripada 6 minggu selepas laporan awal jangkitan H7N9 pada 1 April.
Pengeluaran gagasan kompleks yang digunakan dalam calon vaksin H7N9 Novavax diperkasakan oleh Rush Gene Service GenScript, yang mensintesiskan jujukan gen dalam masa seawal 4 hari sahaja. GenScript juga menawarkan pengoptimuman jujukan gen percuma, yang berfaedah untuk pengeluaran vaksin dan hasil biologi berasaskan protein. Biasanya, para penyelidik yang menggunakan kaedah makmal tradisional mengambil masa dua minggu atau lebih untuk menyusun gagasan kompleks seperti yang digunakan untuk menghasilkan vaksin H7N9. Namun begitu, seperti yang ditunjukkan oleh pembangunan pantas calon vaksin Novavax, gabungan pengoptimuman gen, sintesis gen yang dipercepatkan dan pengklonan tersuai khusus, dibantu oleh platform perkhidmatan sehenti GenScript, boleh mengurangkan masa penyusunan secara drastik, lalu mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan.
"Misi kami adalah untuk menyelamatkan nyawa dengan membantu para saintis mempercepatkan penyelidikan mereka. Dalam kes ini, Rush Gene Services kami merupakan contoh yang sempurna komitmen terhadap misi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif GenScript Frank Zhang, Ph. D. "Kemajuan yang dibuat oleh para saintis di Novavax dengan calon vaksin H7N9 mereka dalam masa yang begitu singkat merupakan sebab mengapa kami begitu berdedikasi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi setiap hari."
Mengenai GenScript
Ditubuhkan pada tahun 2002, GenScript ialah peneraju CRO biologi yang mengkhusus dalam perkhidmatan biologi tersuai khusus termasuk sintesis gen dan peptid, ungkapan protein, penjanaan antibodi dan penemuan/pembangunan ubat. Ibu pejabat GenScript terletak di Piscataway, NJ, dan mempunyai syarikat subsidiari di Eropah, Jepun, dan China serta mempunyai lebih 1,300 orang kakitangan, yang dikhususkan untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan biologi kepada 86 negara seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut di www.genscript.com.
Mengenai Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) merupakan sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang mencipta vaksin untuk menangani pelbagai penyakit berjangkit seluruh dunia. Dengan menggunakan teknologi nanopartikel rekombinan yang inovatif, serta pendekatan pengeluaran yang cekap, Novavax menghasilkan calon vaksin bagi memerangi penyakit, dengan matlamat membenarkan negara-negara membuat persediaan lebih rapi untuk bertindak balas terhadap penyakit berjangkit yang tersebar pantas. Ketahui lebih lanjut di www.novavax.com.