omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo Produk & Aplikasi AI Global 2021 bermula di Suzhou tingkatkan pembangunan industri AI

Xinhua Silk Road
2021-09-23 02:47 214

BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Produk & Aplikasi AI Global 2021 bermula pada hari Khamis di Suzhou, Wilayah Jiangsu, timur China, memfokuskan kepada pencapaian teknologi yang terkini dan aplikasi kecerdasan buatan (AI).

The opening ceremony for the 2021 Global AI Product & Application Expo is held Thursday in Suzhou.
The opening ceremony for the 2021 Global AI Product & Application Expo is held Thursday in Suzhou.

Acara ini akan berlangsung hingga 18 September dan "AI berserta pembuatan", "AI berserta perubatan", "AI berserta kewangan", "AI berserta pelancongan budaya" dan bidang-bidang lain dengan ciri-ciri tempatan Suzhou akan ditonjolkan.

Majlis perasmian untuk Ekspo Produk & Aplikasi AI Global 2021 diadakan pada hari Khamis di Suzhou.

Lebih daripada 200 perusahaan dan pasukan yang terkenal termasuk Huawei, Baidu, Microsoft, iFLYTEK, SenseTime dan AISpeech akan mengambil bahagian dalam pameran ini dan berkongsi pengalaman penyelidikan serta bertukar-tukar idea mengenai pembangunan pembuatan pintar, perjalanan pintar, ekonomi pintar, "AI berserta undang-undang", "AI berserta pendidikan" dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Semasa berlangsungnya ekspo ini, lebih daripada sepuluh produk yang inovatif akan dilancarkan buat julung kalinya.

Suzhou telah menjadikan industri AI sebagai industri utama dalam pembangunan masa depannya dan mempercepatkan pembinaan pencapaian baharu untuk pembangunan industri AI generasi baharu, kata Wu Qingwen, timbalan ketua Parti dan pemangku datuk bandar Suzhou, menambah bahawa Suzhou berharap dapat menyumbang lebih banyak pengalaman dalam penerokaan transformasi dan pembangunan ekonomi berpandukan AI melalui ekspo ini.

Suzhou telah membentuk rantaian industri AI yang agak lengkap menerusi usaha tanpa henti dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Taman Industri Suzhou, kawasan perintis yang utama, telah menghimpunkan hampir 660 perusahaan AI termasuk sepuluh perusahaan yang disenaraikan dan mencapai nilai output AI 46.2 bilion yuan pada tahun 2020, lalu mendorong penilaian industri-industri yang berkaitan melebihi 100 bilion yuan.

Di majlis perasmian, satu laporan telah dikeluarkan bersama-sama oleh Pusat Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China Suzhou (Suzhou Center of China Economic Information Service) dan Perikatan Strategik Inovasi Teknologi Industri Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence Industry Technology Innovation Strategic Alliance). Memfokuskan kepada ciri-ciri dan trend baharu pembangunan AI di seluruh dunia sejak tahun 2020, laporan berkenaan menjalankan analisis mendalam terhadap peluang untuk penyelidikan dan pembangunan, aplikasi dan inovasi teknologi AI serta menawarkan beberapa pandangan mengenai pembangunan AI di China.

Ekspo Produk & Aplikasi AI Global merupakan jendela yang penting untuk mempamerkan pencapaian zon perintis China yang melibatkan inovasi dan pembangunan AI generasi baharu dan telah diadakan di Suzhou selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2018.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/323869.html  

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news