omniture

Casio bakal Lancar Model Kolaborasi EDIFICE bersama Honda Racing, Bawakan "Putih Kejuaraan"

CASIO COMPUTER CO., LTD
2021-09-24 09:00 237

Gelang Luar Muka Jam Dihiasi dengan Cat Putih Kejuaraan Asli 

TOKYO, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran Edisi Putih Kejuaraan Honda Racing ECB-S100HR, kerjasama yang terkini bersama Honda Racing menerusi barisan kronograf logam berprestasi tinggi EDIFICE yang berasaskan kepada konsep jenama "Kelajuan dan Kepintaran."

ECB-S100HR
ECB-S100HR

Honda Racing merujuk kepada aktiviti sukan bermotor yang diusahakan oleh Honda Motor Co., Ltd. (selepas ini "Honda") di seluruh dunia. Kerjasama antara Honda Racing dan EDIFICE, yang mana kedua-dua berasal dari Jepun, berkembang sejak tahun 2018 daripada dedikasi bersama untuk memanfaatkan keupayaan yang berteknologi tinggi dalam semangat global mereka.

ECB-S100HR memberi penghormatan kepada sejarah tersohor Honda dan pencapaian dalam F1 dengan mengambil inspirasi rekaannya daripada Honda RA271. Pada tahun 1964, RA271 merupakan kemasukan pertama oleh pembuat auto Jepun dalam perlumbaan F1™ dengan badannya yang berwarna putih dan warna merah matahari terbit. Warna badan kenderaan ini, yang digelar "Putih Kejuaraan" ("Championship White") menjadi lambang semangat perlumbaan Honda. Gelang luar muka jam pada ECB-S100HR dihiasi dengan cat Putih Kejuaraan asli manakala muka jam inset dan butang ditonjolkan dengan warna merah. Pinggir kaca mempunyai corak bercetak yang menonjolkan bendera kotak-kotak, satu pengiktirafan kepada banyak kemenangan Honda. Tali jam kulit asli mempunyai skema warna dua ton, dengan sisi luarnya diberi warna putih manakala bahagian bawah berwarna merah.

ECB-S100HR menawarkan padanan yang selesa pada pergelangan tangan dengan ciri-cirinya yang nipis, muka jam bersaiz sederhana dan berguna termasuk sistem kuasa Tough Solar yang menukarkan dengan cekap cahaya untuk memberi kuasa kepada jam tangan, serta sambungan Bluetooth® dan cahaya LED berganda dengan kilauan tinggi. Jam tangan ini dapat dipasangkan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi khas untuk menyesuaikan secara automatik waktu yang betul dan membolehkan pengguna memilih dari mana-mana lebih 300 bandar untuk waktu dunia. ECB-S100HR didatangkan dengan fungsi Masa & Tempat yang merekodkan tarikh/masa dan kedudukan semasa pada peta dalam aplikasi dengan hanya menekan butang pada jam tangan bagi membolehkan pengguna menyemak di mana mereka berada dan bila. Penunjuk muka jam inset di kedudukan pukul 9 membilang bawah ke waktu penggera atau waktu sasaran, bermula 30 minit lebih awal.

ECB-S100HR / Gelang luar muka jam dihiasi dengan cat Putih Kejuaraan asli
ECB-S100HR / Gelang luar muka jam dihiasi dengan cat Putih Kejuaraan asli

 

Tali jam nilon tambahan / Honda RA271: Kereta F1TM pertama oleh pembuat kereta Jepun, berlumba untuk pasukan Honda pada tahun 1964.
Tali jam nilon tambahan / Honda RA271: Kereta F1TM pertama oleh pembuat kereta Jepun, berlumba untuk pasukan Honda pada tahun 1964.

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Auto Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Transportation