omniture

Kedudukan Kebolehpasaran Graduan QS 2022

Universiti Terbaik di Dunia Untuk Pengambilan Kerja Graduan
QS Quacquarelli Symonds
2021-09-25 03:21 260

LONDON, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, penganalisis pengajian tinggi global, mengeluarkan kajian tahunan mereka yang mendalam tentang hubungan yang terhasil antara universiti pilihan dengan pekerjaan siswazah. Hasilnya ialah Kedudukan Kebolehpasaran Graduan QS 2022: satu senarai bebas institusi terbaik di dunia untuk pelajar yang berfokuskan kerjaya.

 

 

Massachusetts Institute of Technology dinobatkan sebagai institusi yang menerajui kebolehpasaran global dengan memperoleh skor yang sempurna dalam tiga daripada lima petunjuk yang digunakan oleh QS untuk menyusun jadual tersebut.

Kedudukan Kebolehpasaran Graduan QS menawarkan pemeriksaan perbandingan yang lebih terperinci tentang usaha yang sedang dilakukan oleh universiti untuk memupuk laluan yang baik ke arah pekerjaan yang berkualiti tinggi. Universiti-universiti dinilai berdasarkan kerjasama dengan majikan (termasuk latihan amali), bilangan pemimpin sektor dalam kalangan alumni, kekerapan majikan hadir di kampus dan kadar pekerjaan siswazah yang diselaraskan di lokasi.

Sorotan ini merangkumi:

  • Stanford University (tempat ke-2) dan University of California, Los Angeles (tempat ke-3) melengkapkan tiga kedudukan terbaik oleh universiti di Amerika.
  • University of Sydney merupakan institusi bukan Amerika terbaik (tempat ke-4). Ini disertai oleh University of Melbourne (tempat ke-8) dalam senarai 10 terbaik.
  • Pemimpin untuk Asia ialah Tsinghua University, China (tempat ke-6).
  • Hanya satu Universiti Britain yang mencapai kedudukan sepuluh terbaik: Universiti Oxford (tempat ke-7, naik dari tempat ke-10).
  • University of Hong Kong berada di tempat ke-10.
  • Institut Polytechnique de Paris (peserta baharu di tempat ke-12) menduduki tempat #1 untuk benua Eropah.
  • Peneraju di Kanada ialah University of Toronto (tempat ke-21). Ia disertai oleh University of Waterloo (tempat ke-24) dalam senarai kedudukan 25 terbaik.
  • Tecnológico de Monterrey Mexico (ke-26) muncul sebagai peneraju untuk Amerika Latin.
  • Wilayah Arab menempatkan salah satu daripada 100 institusi terbaik: American University of Beirut (tempat ke-73).

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan QS, berkata: "Dengan pelajar yang semakin peka terhadap daya saing dalam pasaran pekerjaan graduan di seluruh dunia dan kos kewangan yang semakin meningkat dalam pelaburan pendidikan mereka, penting untuk menyediakan data bebas seperti ini kepada mereka untuk memberikan maklumat agar mereka dapat membuat keputusan tentang pendidikan masa depan mereka berdasarkan maklumat ini. Dengan institusi Australia yang menunjukkan prestasi lebih baik daripada universiti Britain dan pelbagai universiti di Amerika Latin dan Asia yang mengatasi kedudukan mereka secara keseluruhan, jelas menunjukkan bahawa maklumat tentang prestasi kebolehpasaran yang cemerlang ini amat berharga – sesuatu yang memberi ganjaran kepada institusi kerana telah berjaya memenuhi aspek yang penting dalam misi mereka."

Kebolehpasaran Graduan QS 2022: 10 Terbaik

 

Kedudukan 2022 

Kedudukan 2020 

QSWUR 2022 

Institusi 

Lokasi 

1

1

1

Massachusetts Institute of Technology

Amerika Syarikat

2

2

 3=

Stanford University

Amerika Syarikat

3

3

40

University of California, Los Angeles

Amerika Syarikat

4

4

38

University of Sydney

Australia

5

5

5

Harvard University

Amerika Syarikat

6

6

17

Tsinghua University

China (Tanah Besar)

7

10

2

Universiti Oxford

UK

8

7

37

University of Melbourne

Australia

9

12

21

Cornell University

Amerika Syarikat

10

9

22

University of Hong Kong

SAR Hong Kong

 

© QS Quacquarelli Symonds 2004-2021 https://www.TopUniversities.com/.

Metodologi: https://www.topuniversities.com/employability-rankings/methodology.

Kedudukan penuh:www.TopUniversities.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1503777/QS_World_University_Rankings_Logo.jpg?p=medium600

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service New products/services Survey, Polls & Research