omniture

Frost Radar (TM) iktiraf Tata Communications dengan kedudukan #1 bagi perkhidmatan SD-WAN Terurus APAC

Ditanda aras sebagai Peneraju Pertumbuhan dan Inovasi
Tata Communications
2021-09-27 10:00 152

SINGAPURA, 27 September 2021 /PRNewswire/ -- Tata Communications, pendorong ekosistem digital global, mengumumkan Frost & Sullivan dalam laporannya, bahawa Frost Radar™ 2021 telah memberi pengiktirafan kepada Syarikat ini dengan gelaran 'peneraju Pertumbuhan dan Inovasi' dan kedudukan 'peneraju' keseluruhan di Rantau APAC untuk pasaran perkhidmatan SD-WAN terurus. Laporan ini memfokuskan kepada penyedia telekomunikasi utama yang mempunyai tawaran SD-WAN terurus yang mantap dalam pasaran ini.

Laporan Frost Radar menyatakan bahawa Tata Communications dapat menampung keperluan yang semakin berkembang untuk SD-WAN melalui portfolionya yang komprehensif dengan menyediakan model perkhidmatan terurus berbilang vendor dan agnostik-rangkaian. Tata Communications membangunkan keupayaan untuk meningkatkan pengalaman pelanggannya dengan menawarkan pasukan khas yang dapat memeriksa penggunaan SD-WAN dan mengambil langkah-langkah pembetulan seperti yang diperlukan. Pelanggan mendapat akses kepada makmal maya untuk bukti konsep atas-permintaan, demonstrasi dan pengujian SD-WAN. Bagi meningkatkan lagi keupayaan SD-Wan dan memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang, Tata Communications telah melabur dalam Kecerdasan Buatan/ Pembelajaran Mesin, pemprosesan bahasa tabii, perkhidmatan proksimiti fungsi rangkaian dan juga peralatan premis pelanggan sejagat.

"Portfolio komprehensif SD-WAN terurus Tata Communications membolehkannya mewujudkan kedudukan yang mantap di Asia-Pasifik. Ia menawarkan perkhidmatan SD-WAN terurus kepada vertikal bermula daripada rawatan kesihatan hinggalah pembuatan serta BFSI. Dengan tumpuan terhadap inovasi, peningkatan ciri-ciri keselamatan, pilihan penggunaan yang luas serta ekosistem rakan kongsi yang mantap, syarikat ini menawarkan rangkaian luas penyelesaian SD-WAN yang unggul dan unik dalam pasaran." - Divya Prasad, Penganalisis Industri Kanan, Frost & Sullivan.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf sebagai 'Peneraju Pertumbuhan dan Inovasi' oleh Frost Radar™ dan kedudukan #1 kami dalam pasaran perkhidmatan SD-WAN terurus APAC merupakan gambaran sebenar dari segi tumpuan kami dalam menjalin kerjasama dengan perusahaan untuk meningkatkan transformasi digital mereka dengan pesat," kata Srinivasan CR, Ketua Pegawai Digital, Tata Communications. "Sebagai pendorong ekosistem digital, kami telah membangunkan keupayaan yang mantap untuk menyokong perusahaan dengan keperluan mereka yang spesifik tanpa menjejaskan keselamatan dan keandalan."

Seperti yang dilaporkan oleh Frost & Sullivan, pasaran perkhidmatan SD-WAN Terurus berkembang pada CAGR 43% dan dianggarkan mencecah US$1.2 bilion menjelang tahun 2025 di rantau APAC.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengiktirafan ini, sila klik di sini

Source: Tata Communications
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards