omniture

Cambridge English peroleh pengesahan kualiti daripada NEAS Australia

Cambridge Assessment English
2021-09-27 21:38 117

SINGAPURA, 27 September 2021 /PRNewswire/ -- Kelayakan mengajar (CELTA) dan ujian bahasa Inggeris dalam talian (LINGUASKILL) daripada Cambridge Assessment English telahpun diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi oleh NEAS Australia, peneraju global bagi jaminan kualiti untuk komuniti pengajaran bahasa Inggeris.

Kelayakan mengajar bahasa Inggeris popular CELTA dan CELTA Course dalam talian (kursus CELTA bersemuka dan dalam talian), telah mendapat pengesahan bersama-sama Linguaskill, iaitu ujian bahasa Inggeris Cambridge dalam talian yang berkuasa AI. Ia diiktiraf dalam kategori Produk dan Perkhidmatan Berkualiti, iaitu memenuhi kriteria jaminan kualiti ketat yang ditetapkan oleh NEAS, sebuah organisasi bebas yang telah memberi jaminan kualiti dalam sektor guru bahasa Inggeris selama 25 tahun.

Para pakar daripada Cambridge berkata pengiktirafan yang terkini ini menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam menilai kualiti apabila menghasilkan kursus serta peperiksaan.

Kelayakan mengajar CELTA tetap menjadi standard penting untuk sesiapa sahaja yang ingin mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa asing di seluruh dunia. Ia digunakan sebagai penanda aras utama apabila mencari tenaga pengajar. Pengurus-pengurus akademik sering mencari siswazah berkelulusan CELTA untuk mengisi jawatan tenaga pengajar. Kualiti dan keandalan kursus merupakan faktor-faktor penting apabila mempertimbangkan calon-calon yang berbeza. Kursus CELTA dalam talian membantu guru-guru yang bercita-cita tinggi mengambil kursus ini semasa pandemik.

CELTA ialah kelayakan mengajar bahasa Inggeris yang diiktiraf paling meluas di dunia dan kelayakan yang paling kerap diminta oleh majikan; tiga daripada empat tugas mengajar bahasa Inggeris memerlukan kelayakan CELTA. Ia memfokuskan untuk membangunkan teknik praktikal dan melibatkan latihan mengajar secara bersemuka atau dalam talian bersama kumpulan pelajar dan memberi keyakinan yang diperlukan untuk mula mengajar sesingkat empat minggu.

Ujian Linguaskill menggunakan teknologi canggih yang terkini dan merupakan ujian dalam talian yang pantas dan mudah untuk membantu organisasi menyemak tahap bahasa Inggeris individu dan kumpulan calon. Dikuasakan oleh teknologi Kecerdasan Buatan, ia menguji keempat-empat kemahiran berbahasa iaitu bertutur, menulis, membaca dan mendengar. Ia memberi keputusan yang tepat dalam tempoh 48 jam dan mudah dijalankan pada bila-bila masa atau di mana-mana, walaupun kepada calon yang berada di rumah. Keputusannya selaras dengan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR), iaitu piawaian antarabangsa untuk menggambarkan kemampuan berbahasa.

Pengiktirafan baharu ini memberi keyakinan yang lebih tinggi lagi terhadap pendekatan Cambridge. Ia membuktikan bahawa kualiti tetap menjadi keutamaan dalam segala-gala yang kami lakukan di Cambridge Assessment English. Fokus terhadap kualiti ini membantu kami memastikan bahawa kami memberi kesan yang positif ke atas pengajaran, pembelajaran dan penilaian di seluruh dunia.

Source: Cambridge Assessment English
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet