SEOUL, Korea Selatan, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," telahpun diiktiraf untuk inovasinya yang diperbaharui di Anugerah Kecemerlangan Reka Bentuk Antarabangsa IDEA 2021.
Siri pembersih udara Coway Noble (AP-2021A, AP-3021D, AP-1521B) memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori Kediaman manakala pembersih udara Coway AP-1720H diberi pengiktirafan sebagai Finalis.
IDEA merupakan anugerah reka bentuk berprestij ketiga untuk pembersih udara Noble pada tahun ini. Kini, ia mencapai 'grand slam' di tiga upacara anugerah reka bentuk antarabangsa terunggul di dunia dengan kemenangan yang lalu di Anugerah iF Design 2021 dan Anugerah Red Dot: Reka Bentuk Produk 2021
Siri pembersih udara Coway Noble merupakan barisan pembersih udara menara yang dicipta dengan visi untuk mentransformasikan pembersih udara daripada perkakas fungsian kepada karya seni. Diinspirasikan oleh seni bina, reka bentuk jenis menara dengan paparan yang diterangi dengan indah ini menambah nilai estetik premium dan keanggunan kepada sebarang ruang. Rupanya yang unik memadankan persekitarannya secara semula jadi.
Selain daripada reka bentuk luaran, produk ini turut menerima pujian untuk fungsinya yang mudah. Beberapa sorotan termasuk boleh dilipat, penapis yang mudah diganti untuk pengambilan udara yang lebih cekap dan kemudahalihan serta sistem bolong plat udara yang membolehkan aliran udara secara langsung dan tidak langsung agar sesuai dengan keperluan pengguna.
"Kami berbesar hati kerana siri pembersih udara Coway Noble membawa pulang 'Grand Slam' anugerah reka bentuk yang paling berprestij dalam industri ini," kata Hyun Joo Song, ketua Pusat Produk di Coway. "Kami memahami bahawa pelanggan kami menghargai reka bentuk berkemahiran dan atas sebab inilah ia merupakan teras dalam nilai syarikat kami. Dengan terus memperkenalkan reka bentuk yang inovatif, kami menyasarkan untuk mengukuhkan nilai jenama Coway."
Dianjurkan setiap tahun oleh Industrial Designers Society of America (IDSA), IDEA ialah salah satu program anugerah reka bentuk yang paling berpengaruh di Amerika Utara. IDEA mengiktiraf kecemerlangan dalam reka bentuk dan memberi anugerah kepada produk yang mendorong industri ini ke hadapan dengan cara baharu untuk memperbaiki kehidupan sehari-hari.
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia dan Vietnam berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/