omniture

Whirlpool India Meterai Perjanjian Peroleh Pegangan Majoriti Elica PB India

Whirlpool Asia
2021-09-29 10:31 257

GURUGRAM, India, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Whirlpool of India Ltd. (NSE: WHR; BSE: 500238) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan Elica S.p.A (MTA: ELC) untuk memperoleh pegangan tambahan dalam Elica PB India.  Elica PB India akan menjadi subsidiari milik majoriti Whirlpool India dan penyata kewangannya akan disatukan dalam Whirlpool India. Urus niaga ini dijangka selesai menjelang penghujung September 2021. Kedua-dua organisasi ini akan terus menjalankan operasi mereka sama seperti keadaan semasa.

Ketika ini, Whirlpool India memiliki 49% pegangan dalam Elica PB India Private Limited dan akan memperoleh tambahan ~38% kepentingan ekuiti bernilai ~US$57 juta untuk menjadikan pemilikan ekuiti keseluruhannya kepada ~87%. Pada mulanya, Whirlpool India memperoleh 49% kepentingan ekuiti dalam Elica PB India pada tahun 2018.

"Kami amat teruja dengan urus niaga ini dan ia selari dengan cita-cita kami untuk mempercepatkan pertumbuhan yang menguntungkan di India," kata Vishal Bhola, Pengarah Urusan, Whirlpool India. "Peralatan memasak dan perkakas terbina dalam merupakan kategori-kategori yang kurang ditembusi dan permintaannya kini meningkat dengan pengguna memilih memasak sebagai satu minat dan melabur lebih banyak dalam dapur mereka. Pengguna kami sentiasa menjadi keutamaan dalam perniagaan kami dan kini dengan kedua-dua jenama Elica dan Whirlpool, kami berada di kedudukan yang lebih baik untuk meningkatkan kehidupan di rumah buat mereka."

Mengulas mengenai urus niaga ini, Pralhad Bhutada, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Elica PB India berkata, "Sepanjang dekad yang lalu, Elica PB India telah membangunkan portfolio produk dan rangkaian pengedaran yang sangat kukuh di India, yang telah dimanfaatkan olehnya sejak tiga tahun yang lalu untuk membina jenama-jenama Elica dan Whirlpool dalam kategori memasak. Saya yakin bahawa dengan hubungan berterusan kami, kami akan dapat menawarkan pengguna dengan rangkaian penyelesaian memasak inovatif dan premium yang lebih komprehensif untuk kedua-dua jenama ini."

Whirlpool ialah jenama ikonik dan salah satu peneraju industri bagi dobi dan penyejukan di India. Elica terkenal dengan tumpuannya terhadap nilai estetika, inovasi dan kualiti dalam pembangunan produk dan pelbagai pandangan mengenai keperluan memasak pengguna. Sejak bermulanya usaha sama ini, Elica PB India turut membawa rangkaian pengedarannya yang mantap dan menjadikan produk memasak Whirlpool boleh dicapai secara meluas dalam pasaran. Whirlpool India dan Elica PB India bersama-sama mencipta nilai dan sinergi dengan menawarkan penyelesaian memasak dan terbina dalam yang relevan untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah dan mereka boleh meluangkan lebih banyak masa menjaga keluarga mereka.

#whirlpoolindia #everydaycare #elicapbindia  #improvinglivesathome  #kitchenappliances

Latar Belakang Whirlpool India 

Whirlpool of India Limited beribu pejabat di Gurugram, merupakan salah satu pengeluar dan pemasar yang terkemuka bagi peralatan rumah utama di negara ini. Whirlpool memasuki India pada lewat tahun 1980-an sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan globalnya dan ketika ini memiliki tiga kemudahan pembuatan canggih di Faridabad, Pondicherry dan Pune. Setiap aturan pembuatan membawakan infrastruktur yang menyaksikan komitmen Whirlpool untuk menyediakan penggunanya dengan penyelesaian berpandangan jauh. Maklumat tambahan mengenai Syarikat ini boleh ditemui di https://www.whirlpoolindia.com

Latar Belakang Elica PB India Private Limited 

Elica SpA membentuk satu usaha sama, Elica PB India Private Limited di India, pada tahun 2010. Unit pembuatan di India ini terletak di Pune, Maharashtra. Kilang pembuatan ini benar-benar dilengkapi dengan jentera, barisan pemasangan automatik dan peralatan yang diimport dari Itali. Setiap proses pembuatan menerima bantuan teknikal dari Itali, dengan kapasiti pembuatan untuk mengeluarkan pelbagai model iaitu hud dapur, tungku dan dapur memasak.

Maklumat Tambahan Whirlpool Corporation

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan mengenai Whirlpool yang hanya disebut setakat tarikh ini. Whirlpool menolak apa-apa kewajipan untuk mengemas kini kenyataan ini. Kenyataan pandang ke hadapan dalam dokumen ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berkenaan pertumbuhan dan kepimpinan jenama di India. Banyak risiko, kontingensi dan ketidaktentuan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada kenyataan pandang ke hadapan Whirlpool. Maklumat tambahan berkaitan risiko ini, kontigensi, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain boleh ditemui dalam pemfailan Whirlpool Corporation dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan tahunan paling terkini dalam Borang 10-K, laporan suku tahunan dalam Borang 10-Q dan laporan semasa dalam Borang 8-K.

Maklumat tambahan berhubung risiko, kontingensi, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain boleh ditemui dalam pemfailan Whirlpool of India dengan Lembaga Sekuriti dan Bursa India.

 

Source: Whirlpool Asia
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics