omniture

Persidangan Antarabangsa Pelancongan Gunung dan Sukan Luar 2021 bermula

Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan Guizhou ke-16 berlangsung serentak
Huanqiu.com
2021-09-29 19:34 119

GUIZHOU, China, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Antarabangsa Pelancongan Gunung dan Sukan Luar 2021 dan Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan Guizhou ke-16 bermula di Tongren, wilayah Guizhou di barat daya China pada 26 September 2021. Tumpuan acara tahun ini adalah bagaimana untuk membina model yang dapat mencipta sinergi antara sektor pelancongan dan sektor-sektor berkaitan dengan matlamat untuk meningkatkan pengalaman pelancongan kepada pelancong ke wilayah ini dengan memperdalam integrasi industri. Perlu dinyatakan bahawa ini merupakan satu-satunya persidangan dengan tema yang menggabungkan antara pelancongan gunung dan sukan luar bukan sahaja di China, tetapi di seluruh dunia.

Persembahan di Majlis Perasmian
Persembahan di Majlis Perasmian

"Guizhou ialah taman landskap yang hebat, taman budaya yang luar biasa, taman kesihatan yang boleh didiami dan taman sukan atletik," kata Li Bingjun, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah CPC dan Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Guizhou di majlis perasmian.

Di samping itu, bagi memudahkan pembangunan industri pelancongan budaya kelas pertama yang berkualiti di Segitiga Barat China (wilayah Sichuan, wilayah Guizhou dan bandar Chongqing), pihak berkuasa pelancongan budaya ketiga-tiga kawasan ini menandatangani perjanjian kerjasama dan mengumumkan penubuhan rasmi Perikatan Kerjasama Pelancongan Budaya Segitiga Barat di majlis perasmian.

Acara tersebut menggamit perhatian yang luas daripada outlet media antarabangsa dan wakil dewan perdagangan. Laman sesawang publisiti berbahasa Inggeris wilayah Guizhou "Explore Best in Guizhou" menjemput wartawan daripada kumpulan media yang terkemuka di China termasuk People's Daily, China Media Group dan huanqiu.com, serta daripada organisasi-organisasi media luar negara termasuk PR Newswire, Polskie Radio, UK's CultureTrip, International Daily News, Il Tempo Cina Europa dan  La Voz China, selain wakil daripada dewan perdagangan termasuk mereka daripada International Business Agency of North Rhine-Westphalia, Jerman dan Konrad Adenauer Foundation, untuk melawat Guizhou dan memerhatikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa pelancongan untuk membangunkan industri ini di seluruh wilayah ini, dengan matlamat utama untuk mentransformasikan wilayah ini menjadi destinasi yang "harus dikunjungi" untuk pelancong dari seluruh dunia.

Source: Huanqiu.com
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Publishing/Information Service Transportation Travel Trade show news