omniture

OPPLE Lighting Ditonjolkan di Ekspo 2020 Dubai, Perlihatkan Dunia "Cahaya China"

OPPLE
2021-10-02 13:54 541

DUBAI, UAE, 2 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo 2020 dibuka secara besar-besaran hari ini di Dubai, iaitu ibu kota perdagangan dunia. Sebagai jenama lampu Cina yang terkemuka, OPPLE Lighting merupakan rakan kongsi rasmi Astaka China di Ekspo ini. Di samping menyediakan pelbagai jenis penyelesaian lampu untuk Astaka China semasa berlangsungnya Ekspo ini, OPPLE Lighting juga mengadakan pertunjukan interaktifnya sendiri, "Like a Shadow by Your Side", menunjukkan komitmennya terhadap "Light of China" dengan teknologi lampu lestari serta inovasi AI.

OPPLE Lighting highlighted the China Pavilion at Dubai Expo
OPPLE Lighting highlighted the China Pavilion at Dubai Expo

Reka bentuk seni bina Astaka China di Ekspo 2020 Dubai diinspirasikan oleh tanglung tradisional Cina dan dikenali sebagai "Light of China" atas implikasinya terhadap harapan dan cahaya. Dengan bergantung pada kepakaran dan inovasinya, OPPLE Lighting menjadikan bulatan sebagai titik permulaan sementara cahaya sebagai medium untuk menghapuskan sempadan antara individu serta kumpulan dan juga masa kini dan masa depan. Di Astaka China, bermula daripada lampu restoran hingga ruang sambutan, kawasan rehat atau pameran bebasnya sendiri, OPPLE Lighting menunjukkan keunikan Astaka China dan juga konsep utamanya iaitu "Inovasi, Senang, Penuh Tenaga."

The leaders of the Chinese Pavilion and the Chief Representative of the Saudi Arabia Pavilion visited the Interactive Smart Lighting System “Like a Shadow by Your Side” by OPPLE Lighting
The leaders of the Chinese Pavilion and the Chief Representative of the Saudi Arabia Pavilion visited the Interactive Smart Lighting System “Like a Shadow by Your Side” by OPPLE Lighting

Menyamai tema Ekspo "Connecting Minds, Creating Future" ("Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan"), "Like a Shadow by Your Side" Sistem Lampu Pintar Interaktif OPPLE Lighting memberikan tetamu rasa penyertaan yang imersif melalui pengecaman cahaya dan AI, mendemonstrasikan sepenuhnya penerokaan berterusan OPPLE Lighting terhadap lampu dan manusia masa depan, serta keupayaan aplikasi penyelesaian lampu.

The preface hall of China Pavilion at Dubai Expo
The preface hall of China Pavilion at Dubai Expo

"Membina masa depan bersama" bukan sahaja tema Astaka China, tetapi juga contoh unggul budaya tradisional Cina dan aspirasi sejagat seluruh umat manusia. Ditubuhkan di China dan menyasarkan pasaran global, OPPLE Lighting memperluas jejaknya merentas kelengkapan rumah, kejuruteraan perbandaran, pendidikan, penjagaan perubatan, industri dan sebagainya, dalam usaha tanpa henti untuk mencapai pertumbuhan mampan. Pada masa lalu, OPPLE Lighting merupakan yang pertama menembusi pasaran lampu LED menjimatkan tenaga, kini OPPLE Lighting sekali lagi menerima trend baharu seperti infrastruktur baharu, 5G dan lampu pintar, memperkasa pelanggan dan rakan kongsi untuk mencapai matlamat penjimatan tenaga dan pengurangan emisi mereka di bawah kerangka strategik "dwi-karbon" negara. Lampu mesra alam, yang sentiasa menjadi matlamat OPPLE Lighting akan menjadi bahagian penting dalam "pembangunan hijau" demi "membina masa depan bersama untuk umat manusia".  

Cik Ma Xiuhui, Pengasas dan Presiden OPPLE Lighting berkata, "Sebagai sebuah perusahaan yang berpangkalan di Shanghai dan peneraju dalam industri lampu, serta salah sebuah syarikat terawal dalam industri ini yang berkembang ke pasaran antarabangsa, OPPLE Lighting merupakan satu-satunya pengeluar lampu yang mengadakan pameran di Astaka Perusahaan Persendirian di Ekspo 2010 Shanghai. Kini, kami amat berbesar hati kerana sekali lagi dapat menyertai Ekspo Dunia dan menjadi rakan kongsi rasmi Astaka China di Ekspo 2020 Dubai. Penglibatan OPPLE Lighting selama sepuluh tahun di Ekspo Dunia memperlihatkan pertumbuhan 25 tahun syarikat ini sejak penubuhannya dan juga merupakan contoh unggul yang penting dalam inisiatif "menuju global" China. Sebagai jenama lampu yang terkemuka di China, OPPLE Lighting mendukung konsep jenamanya untuk 'See Beyond' (Melihat Dengan Langkauan Jauh), menyediakan penyelesaian lampu profesional yang dibezakan untuk kelengkapan rumah dan komersial, terus mencipta nilai daripada cahaya dan memenangi kepercayaan pelanggan di dalam dan luar negara. Pada masa akan datang, kami akan melakukan sedaya upaya untuk membangunkan sepenuhnya kelebihan kami sendiri untuk inovasi, terus mengembangkan perniagaan luar negara, mengenali lebih ramai rakan kongsi dan menyumbang kepada pembangunan 'dwi-peredaran' China dan matlamat 'Puncak Emisi Karbon dan Keneutralan Karbon' agar Cahaya China dapat dipersembahkan kepada dunia."

Latar Belakang OPPLE Lighting 

Ditubuhkan pada tahun 1996, OPPLE Lighting terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan sumber cahaya, lekapan dan kawalan lampu, beroperasi di lebih 70 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika Selatan. Sebagai syarikat gregasi industri dengan keupayaan R&D dalaman dan memfokuskan produk lampu, OPPLE Lighting sentiasa memperluas barisan produknya kepada suis artistik, kelengkapan rumah disepadukan, perkakas serta aksesori dapur dan bilik mandi, dan memperluas semua unit perniagaannya menggunakan kumpulan peniaganya yang sangat besar, dengan tujuan untuk menjadi penyedia sistem lampu dan penyelesaian seluruh rumah bersepadu yang utama dalam industri ini. Dengan pasukan pemasaran yang hebat dan rangkaian pemasaran seluruh dunia yang mantap, kini ia mempunyai lebih 150,000 outlet jualan yang pelbagai jenis. OPPLE Lighting menjadi syarikat yang disenaraikan pada tahun 2016 (singkatan saham "OPPLE Lighting", kod saham 603515.SH). OPPLE Lighting meningkatkan kualiti ruang secara menyeluruh dan menerangi setiap perincian kehidupan buat anda.

Source: OPPLE
Related Stocks:
Shanghai:603515
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news