omniture

1-800 Contacts Umum Pengambilalihan Syarikat Teknologi Percubaan Pemakaian Secara Maya Terkemuka, Ditto

Ditto
2021-10-07 23:27 87

Pengambilalihan ini memperluas tawaran B2B 1-800 Contacts yang sedang berkembang dan membolehkan inovasi baharu untuk syarikat percubaan pemakaian secara maya dan cadangan peralatan mata global 

DRAPER, Utah, 7 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- 1-800 Contacts, Inc., perintis dalam bidang penglihatan DTC, hari ini mengumumkan pengambilalihan Ditto Technologies, Inc., sebuah syarikat peneraju global dalam teknologi percubaan pemakaian peralatan mata secara maya. Syarikat yang berpangkalan di Oakland, California ini bekerjasama dengan rakan niaga dalam industri penglihatan untuk memudahkan pengalaman membeli-belah para pengguna di seluruh dunia melalui tawaran teknologi yang inovatif.

Lebih 60 juta orang setiap tahun telah mendapat manfaat daripada teknologi canggih Ditto yang membolehkan para pembeli mencuba pemakaian peralatan mata secara realistik dan menerima cadangan bingkai yang bermaklumat secara peribadi dan dalam talian. Sejak penubuhannya pada tahun 2011, jenama e-Dagang terbaik, pengeluar bingkai, peruncit dan profesional penjagaan mata yang lain telah menggabungkan teknologi inovatif Ditto untuk memperibadikan dan memperkemas pengalaman mencari bingkai. 

Sejak beberapa tahun yang lalu, syarikat sekutu 1-800 Contacts iaitu Premium Vision telah bekerjasama dengan pelanggan korporat bagi menawarkan perkhidmatan penyumberan, pengedaran, e-dagang dan teleperubatan. Pada tahun 2019, 1-800 Contacts mengambil alih 6over6 Vision, Ltd., sebuah syarikat teknologi revolusioner yang menawarkan ujian optik yang tepat dan boleh dipercayai dengan hanya menggunakan komputer atau telefon pintar sahaja. Ditto akan bergabung tenaga dengan Premium Vision dan 6over6 untuk mewujudkan tawaran B2B serah kunci bagi syarikat-syarikat lain dalam industri penglihatan.

"Para pelanggan kami telah meminta untuk mendapatkan penyelesaian teknologi tambahan daripada kami selama bertahun-tahun. Melalui penggabungan Premium Vision, 6over6 dan Ditto, kami dapat menyampaikan tawaran perkhidmatan dan teknologi yang bersepadu," kata Kate Doerksen, Pengasas Bersama Ditto. "Pengambilalihan ini membantu merealisasikan visi kami pada skala yang lebih besar untuk menjadikan pembelian peralatan mata yang mudah dan boleh diakses."

"Matlamat Ditto untuk memudahkan pengguna mencari dan membeli peralatan mata yang hebat amat sejajar dengan misi kami untuk memudahkan penjagaan penglihatan," kata Kellen Fowler, Naib Presiden Kanan Strategi dan Pembangunan Perniagaan 1-800 Contacts. "Kami teruja untuk bergabung tenaga dengan Kate dan pasukannya yang berbakat di Ditto ketika kami mencari cara yang lebih baik dalam penjagaan penglihatan."

Tentang Ditto
Ditto ialah platform teknologi percubaan pemakaian secara maya dan cadangan peralatan mata yang terkemuka untuk peruncit, jenama dan profesional penjagaan mata di seluruh dunia yang berpandangan ke hadapan. Ditto yang berpangkalan di Oakland, California, menyampaikan teknologi canggih seperti personalisasi berasaskan AI dan visualisasi AR kepada industri peralatan mata. Syarikat ini telah diambil alih oleh 1-800 Contacts pada bulan Ogos 2021 dan akan bekerjasama dengan Premium Vision dan 6over6 untuk mewujudkan tawaran perkhidmatan dan teknologi serah kunci kepada para pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ditto.com

Tentang 1-800 Contacts
1-800 Contacts merupakan inovator asal industri penglihatan dan telah berusaha mencari cara yang lebih baik untuk penjagaan penglihatan dan pengalaman pelanggan sepanjang 26 tahun yang lalu. Jenama ini telah menyokong secara berterusan bagi pihak pelanggan dengan memperoleh undang-undang persekutuan yang memberikan hak kepada para pelanggan terhadap preskripsi mereka dan membuka laluan kepada syarikat permulaan generasi seterusnya. Sebagai penjual kanta lekap terbesar, 1-800 Contacts memberikan perkhidmatan yang lancar kepada jutaan pelanggan setia setiap bulan yang telah memberi ganjaran kepada jenama tersebut dengan Skor Bersih Promoter melebihi 80 markah.

1-800 Contacts mempunyai seramai 1,000 orang pekerja di kampusnya di Utah, Carolina Utara dan Texas serta merupakan sebahagian daripada 500 Syarikat Peruncit Internet Terbaik.

Kate Doerksen, Cofounder of Ditto
Kate Doerksen, Cofounder of Ditto

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1654832/Ditto_Logo.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1654834/Kate_Doerksen.jpg?p=medium600

Source: Ditto
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Acquisitions, mergers, takeovers