omniture

Lu International Dipuji Tinggi dalam Kategori 'Penyedia Teknologi Kekayaan Asia Keseluruhan' di The WealthTechAsia Awards 2021

LU International (Singapore) Financial asset exchange pte. ltd
2021-10-08 08:00 191

SINGAPURA, 8 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange (PTE) Ltd. ('Lu International'), subsidiari platform perkhidmatan kewangan peribadi diperkasakan oleh teknologi yang terkemuka di China Lufax Holding (NYSE: LU), telah mendapat pengiktirafan apabila dinamakan sebagai 'Pujian Tinggi' dalam kategori 'Penyedia Teknologi Kekayaan (WealthTech) Asia Keseluruhan' di The WealthTechAsia Awards 2021, yang mengiktiraf perniagaan teknologi yang mengkhusus dalam pengurusan kekayaan dalam pasaran Asia.

‘OVERALL ASIA WEALTHTECH PROVIDER’Award
‘OVERALL ASIA WEALTHTECH PROVIDER’Award

Lu International ditubuhkan di Singapura pada tahun 2017 sebagai cabang antarabangsa pertama Lufax Holding. Sejak itu, ia meluaskan operasi dan jangkauan pasaran secara progresif di Asia. Berpangkalan di Singapura, pintu masuk ke Asia Tenggara, serta menjadi salah satu platform pengurusan kekayaan pertama Singapura yang menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian hujung-ke-hujung dan juga operasi pelaburan, Lu International berkedudukan baik untuk menjadi pendorong pilihan teknologi kewangan untuk institusi kewangan tradisional di wilayah ini yang berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kewangan digital yang mudah, cekap, pintar dan diperibadikan kepada pelabur.

Lu International terus mengukuhkan jaringannya melalui kerjasama strategik dengan institusi-institusi kewangan tempatan di seluruh Asia Tenggara dengan memanfaatkan teknologinya yang canggih dan pengetahuan mengenai industri bagi memanfaatkan pendigitalan pengurusan kekayaan dan peluang pertumbuhan untuk perkhidmatan kewangan.

Mengulas mengenai kejayaan firma ini, Joanna Tang, Ketua Pegawai Eksekutif Lu International, berkata: "Kami berbesar hati kerana dianugerahkan oleh WealthTechAsia sebagai 'Penyedia Teknologi Kekayaan Asia Keseluruhan' dengan pujian yang tinggi. Kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang holistik terhadap cabaran pengurusan kekayaan dan bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk mempercepatkan kadar transformasi digital dalam industri institusi kewangan di Asia Pasifik."

Ketua Pegawai Eksekutif ClearView Financial Media dan Penerbit WealthBriefing, Stephen Harris, merupakan yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Beliau berkata: "Organisasi dan individu yang berjaya meraih anugerah ini kesemuanya merupakan pemenang yang layak dan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang dan kepada mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap penyerahan yang berjaya.

"Anugerah-anugerah ini dinilai secara bebas dan dengan kepakaran berasaskan semata-mata kepada penyerahan peserta dan respons mereka terhadap beberapa soalan tertentu yang dijawab dengan memfokuskan kepada pengalaman pelanggan dan bukannya semata-mata terhadap metrik prestasi kuantitatif. Saya percaya, itu merupakan ciri menarik yang unik. Anugerah-anugerah ini mengiktiraf pengendali yang terbaik dalam pengurusan kekayaan Asia, dengan 'kebebasan', 'integriti' dan ''pandangan sebenar' sebagai kata kunci bagi proses penilaian – sehinggakan anugerah-anugerah ini benar-benar mencerminkan kecemerlangan dalam pengurusan kekayaan Asia."

Latar Belakang Lufax Holding Ltd

Lufax Holding Ltd ialah platform perkhidmatan kewangan peribadi yang diperkasakan oleh teknologi yang terkemuka di China. Lufax Holding Ltd sebahagian besarnya menggunakan tawaran produk bertumpukan pelanggannya dan saluran luar-talian-ke-dalam-talian untuk menyediakan perkhidmatan pemudahan kredit runcit kepada pemilik perniagaan kecil-kecilan dan pekerja bergaji di China serta penyelesaian pengurusan kekayaan yang disesuaikan untuk kelas pertengahan yang semakin berkembang pesat di China. Syarikat ini melaksanakan model perniagaan yang unik, modal-ringan, hub-and-spoke yang menggabungkan aplikasi teknologi dibina khas, data yang luas serta kepakaran perkhidmatan kewangan untuk memudahkan produk yang tepat kepada pelanggan yang sesuai dengan berkesan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lufaxholding.com.

Latar Belakang Lu International

Lu International (Singapore) Financial Asset Exchange Pte. Ltd.("LUI") (No. Pendaftaran Syarikat 201702479G) memegang lesen perkhidmatan pasaran modal yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan (Cap. 289 Singapura) ("SFA") yang berkaitan dengan perniagaannya dalam aktiviti yang dikawal selia oleh SFA dalam mengurus sekuriti, pengurusan dana dan menyediakan perkhidmatan jagaan untuk sekuriti kepada pelanggan yang layak.

Lu Global ialah platform pengurusan kekayaan dan pelaburan mudah alih dalam talian yang dikendalikan oleh LUI serta beribu pejabat di Singapura. Ia menawarkan akses dalam talian 24/7 kepada pelbagai jenis pelaburan yang berkualiti tinggi dan peluang untuk melabur dalam jumlah yang sedikit dengan mudah dan dengan tempoh komitmen yang singkat bagi memberi kefleksibelan maksimum di samping mendapat manfaat daripada pulangan yang menarik.

LUI ialah subsidiari Lufax Holding ("Lufax"), platform perkhidmatan kewangan peribadi yang diperkasa oleh teknologi yang terkemuka di China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.lu-global.com.

Latar Belakang ClearView Financial Media Ltd ("ClearView") 

ClearView Financial Media ditubuhkan oleh Ketua Eksekutif, Stephen Harris pada tahun 2004 bagi menyediakan maklumat berkualiti tinggi yang 'perlu diketahui' untuk komuniti pelanggan peribadi yang arif. Berpangkalan di London, namun dengan tumpuan yang benar-benar bersifat global, ClearView menerbitkan kumpulan berita kawat WealthBriefing berserta laporan kajian dan surat berita di samping turut menjalankan acara kepimpinan pemikiran dan program anugerah pan-global.

 

 

Source: LU International (Singapore) Financial asset exchange pte. ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology