omniture

Clé De Peau Beauté Berusaha Di Serata Dunia Jadikan Pendidikan STEM Menyeronokkan

Perubahan bermula di rumah - Clé de Peau Beauté percaya semua orang mempunyai peranan untuk dimainkan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti, terutamanya dalam menghadapi cabaran global hari ini.
Clé de Peau Beauté
2021-10-11 09:00 220

TOKYO, 11 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Satu setengah tahun yang lalu telah membawa perubahan yang cukup besar dan ketidaktentuan di dunia – kanak-kanak peringkat sekolah terjejas khususnya dengan sekatan pergerakan global yang mempengaruhi pendidikan dan keupayaan mereka untuk hadir ke sekolah. Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah global, menegaskan lagi komitmen mereka untuk menyokong bidang pendidikan dengan melancarkan permainan berfokuskan STEM untuk membantu menghidupkan semula kegembiraan untuk belajar dalam kalangan kanak-kanak kecil. Berdasarkan kepada kepercayaan bahawa kunci untuk masa depan yang lebih gembira terletak dengan menyerlahkan kehebatan kanak-kanak perempuan melalui pendidikan, pada tahun 2019 Clé de Peau Beauté memulakan kerjasamanya dengan UNICEF dan melancarkan inisiatif kedermawanannya, 'The Power of Radiance', sebagai wadah untuk mengiktiraf usaha individu yang telah mengambil tindakan untuk mendorong perubahan yang positif dalam komuniti mereka melalui pendidikan, pembangunan kemahiran dan pemerkasaan. Tahun ini, program 'Power of Radiance' Clé de Peau Beauté akan membawa visi global jenama ini ke peringkat tempatan untuk merangsang perubahan dalam komuniti-komuniti di serata dunia.


Semasa berlakunya pandemik ini, lebih daripada 180 negara berhadapan dengan penutupan sekolah secara sementara. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh UNICEF, UNESCO dan Bank Dunia, penutupan sekolah yang berkaitan dengan pandemik dan kurangnya kelangsungan pendidikan boleh membawa kepada kehilangan pendapatan kerja sebanyak $10 trilion berbanding kehidupan bekerja pelajar ketika ini[1]. Apabila melibatkan kesan-kesan jangka masa yang lebih pendek, pelajar menghadapi peningkatan kerisauan mengenai sekolah – terutamanya kanak-kanak perempuan. Satu kajian oleh UNICEF menunjukkan bahawa COVID-19 meningkatkan tekanan psikososial dan masalah kesihatan mental kanak-kanak perempuan, lalu menjejaskan keupayaan mereka untuk belajar[2]. Tahun ini, Clé de Peau Beauté mengambil inspirasi daripada Penerima Anugerah 'Power of Radiance' 2021, Alyona Tkachenko dan rekod kejayaan beliau dalam mencapai keputusan untuk melanjutkan pendidikan STEM. Memanfaatkan pengalaman secara langsung Cik Tkachenko bersama kanak-kanak dan apa yang membuatkan mereka sibuk belajar, Clé de Peau Beauté telah mencipta alat bantu pendidikan yang boleh diakses di dalam dan luar bilik darjah untuk membuatkan kanak-kanak perempuan berasa teruja dan selesa dengan subjek STEM sekali lagi.

Alyona Tkachenko diiktiraf sebagai pemula bagi Hour of Code di Kazakhstan – membawa program ini ke negara beliau untuk memberi inspirasi kepada pelajar, terutamanya kanak-kanak perempuan untuk belajar pengaturcaraan. "Saya sangat yakin bahawa apabila kanak-kanak berseronok atau berasa gembira, mereka mampu belajar dengan lebih baik. STEM sering dijadikan stigma sebagai satu subjek, maka saya berasa teruja untuk melihat Clé de Peau Beauté memanfaatkan daya kreativiti dan teknologi untuk membantu merapatkan jurang untuk menggembirakan pelajar muda," kata Alyona Tkachenko. "Saya berbesar hati kerana dapat menjadi penerima anugerah 'Power of Radiance' tahun ini dan berasa rendah diri kerana pengalaman saya sendiri telah menjadi inspirasi untuk program tahun ini."

"Dengan kelangsungan pendidikan sedang mengalami krisis, kami dengan gembiranya mengambil semangat program 'The Power of Radiance' dan mencetuskan perubahan yang nyata dan bermakna dengan memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk meneroka subjek STEM dengan bermain. Kami telah dapat menyaksikan kehebatan mengajar subjek STEM dengan cara yang menyeronokkan dan menarik melalui pengalaman dan kejayaan Alyona dalam komuniti beliau sendiri. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk memainkan peranan mereka dan menyertai kami untuk membuka jalan demi masyarakat yang lebih gembira dan saksama," kata Cik Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Acara-acara akan diadakan oleh pasaran serantau Clé de Peau Beauté yang mana pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak akan dijemput untuk mempelajari lebih lanjut mengenai kepentingan pendidikan STEM dan meneroka permainan STEM. Program 'Power of Radiance Awards' pada tahun ini bertujuan untuk merangsang perubahan dalam masyarakat setempat dan memberi inspirasi kepada setiap pelajar untuk meneroka subjek STEM melalui kaedah yang biasa untuk mereka: bermain.

Geran program 'Power of Radiance Awards' akan dibiayai daripada penjualan global The Serum Clé de Peau Beauté.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi: https://www.cledepeau-beaute.com/int/powerofradiance-2021.html.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté
Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 22 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com 
Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté : https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/  

Latar Belakang Alyona Tkachenko
Cik Tkachenko berminat dengan bidang STEM semasa belajar fizik dan matematik serta ketika bekerja dengan syarikat-syarikat teknologi pada peringkat awal kerjaya beliau. Beliau ingin menyebarkan kesedaran dan meluaskan akses kepada pendidikan STEM di negara asal beliau maka beliau bersama-sama menubuhkan Love to Code, sebuah pusat latihan pengaturcaraan untuk kanak-kanak. Semasa menyokong misi Love to Code bagi memberi peluang kepada setiap kanak-kanak di Almaty dan akhirnya di seluruh Kazakhstan untuk belajar mengenai pengekodan, Alyona melancarkan satu inisiatif sosial yang dikenali sebagai Hour of Code Kazakhstan untuk memberi lebih perhatian terhadap subjek pengekodan dan Sains Komputer. Sejak ia mula dilancarkan, program Hour of Code Kazakhstan berkembang daripada 60,000 orang pelajar kepada 350,000 orang menjelang tahun 2019. Program Hour of Code serta merta menjadi inisiatif STEM yang terbesar di Kazakhstan – memperkenalkan lebih 500,000 kanak-kanak perempuan Kazakhstan dengan STEM dan melatih lebih daripada 200 orang guru wanita mengenai kurikulum STEM. Alyona juga bersama-sama menubuhkan Nommi, syarikat pemula sambungan selamat yang dikendalikan oleh Kazakhstan, yang menyediakan data LTE yang pantas untuk pekerja jarak jauh di seluruh dunia. Nommi telah memperluas dan menandatangani perjanjian korporat dengan beberapa Syarikat Fortune 500. Beliau merupakan pengasas teknologi wanita pertama dari Asia Tengah yang dimasukkan ke dalam Senarai Forbes 30 Under 30 Asia (2019).

[1] https://blogs.worldbank.org/education/how-could-covid-19-hinder-progress-learning-poverty-some-initial-simulations

[2] https://www.unicef.org/eap/media/7146/file/Issue_Brief%3A_Issue_Brief%3A_COVID-19_and_Girls%E2%80%99_Education_in_East_Asia_and_Pacific.pdf

 

 

 

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news Corporate Social Responsibility Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)