omniture

Hugo Boss Mendapat Liputan Media Sosial Terbesar Dalam Sejarah Minggu Fesyen Dengan 4 Bilion Tanggapan Dalam Masa 4 Hari

Hugo Boss
2021-10-11 15:00 30

METZINGEN, Jerman, 11 Oktober 2021  /PRNewswire/ -- Susulan strategi pertumbuhan baharunya untuk meningkatkan jenama dan menyasarkan kumpulan pelanggan yang lebih muda, HUGO BOSS meraikan pelancaran koleksi pakaian kapsul BOSS X Russell Athletic yang kedua dengan pengalaman 'phygital' yang penuh aksi. Peragaan koleksi pakaian secara fizikal di stadium besbol di Milan ini hanya permulaan kepada pengaktifan yang meluas di media sosial. Acara ini direka untuk menjadi momen yang "boleh disiarkan" di media sosial pada setiap masa. Dengan penstriman global di seluruh saluran BOSS, semua pelanggan diberi tempat duduk barisan hadapan digital.  

Courtesy of Hugo Boss
Courtesy of Hugo Boss

Barisan artis dan penonton dipilih secara strategik berdasarkan profil dan status Instagram atau TikTok mereka: Antara model-modelnya ialah Gigi Hadid, Irina Shayk, Joan Smalls, Cindy Bruna, Alton Mason dan Adut Akech, ahli sukan Alica Schmidt, Trenten Merrill dan Race Imboden termasuk bintang K-pop, Big Matthew dan selebriti TikTok, Khaby Lame (@khaby.lame) yang meraikan penampilan debut mereka di pentas peragaan. Khaby Lame yang membuat penampilan eksklusif sebagai penutup acara peragaan ini, merupakan salah seorang pencipta TikTok yang paling berjaya dengan 113 juta pengikut dan BOSS merupakan jenama fesyen pertama yang pernah disiarkan di salurannya. Di samping itu, bintang media sosial seperti Chiara Ferragni, Fedez, Fai Khadra, Avan Jogia dan Benji Krol turut berkongsi pengalaman mereka pada hari tersebut. 

Sambutan hangat digital yang luar biasa yang tercipta di seluruh dunia ini telah melangkaui semua pencapaian jenama ini yang pernah disaksikan sebelum ini. Ia menjadikan acara yang berlangsung pada hari Khamis lepas sebagai acara sosial yang terbesar buat pertama kali dalam sejarah HUGO BOSS.  

"Acara ini merupakan penanda aras kepada pengalaman yang bakal kami sampaikan kepada para pelanggan di seluruh dunia setakat hari ini. Ia menggariskan potensi dan kekuatan jenama global BOSS yang hebat serta mencapai sasaran kami untuk mengubah para pelanggan menjadi peminat. Saya amat teruja untuk memasuki perjalanan ini dengan lebih jauh bersama-sama dengan pasukan ini", kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif HUGO BOSS AG. 

Kejayaan Media Sosial acara ini boleh dilihat dalam semua aspek, saluran dan KPI:

  • Sebanyak 3.9 bilion tanggapan telah dicapai dalam masa 4 hari  
  • Lebih 25 juta penglibatan dicapai di semua saluran media sosial dalam tempoh 4 hari pertama   
  • Dalam tempoh beberapa hari pertama, terdapat 2.2 bilion tontonan pada cabaran #BOSSMOVES Tiktok yang menyaksikan ribuan penggiat TikTok mencipta kandungan untuk menyertainya bagi memenangi salah satu daripada lima jaket bomba NFT yang eksklusif 
  • Dalam masa seminggu, cabaran tanda pagar ini telah mencapai 3 bilion tontonan 
  • 1.3 juta video berkaitan cabaran tersebut telah dicipta daripada khalayak TikTok
  • #BOSSMoves menjadi sohor kini pada TikTok 
  • Penglibatan sosial pada akaun Instagram BOSS telah meningkat hampir 1600% 

Kempen TikTok yang turut disertakan menampilkan cabaran tanda pagar #BossMoves yang membolehkan para peminat memenangi lima helai jaket kolej Boss x Russell Athletic NFT yang unik serta kembar setiap rekaan dan penapis yang boleh dipakai yang boleh ditebus. Kempen antara BOS dan TikTok ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam bentuk ini. Melalui NFT, BOSS menerapkan konsep 'dunia maya' dan menggunakannya secara khusus untuk berhubung dengan kumpulan sasaran yang baharu.   

Kempen Instagram yang khusus ini merangkumi produksi tayangan istimewa dan kandungan menarik untuk komuniti saluran. Sembilan tayangan individu, IGTV, pelbagai suapan dan hantaran cerita telah dicipta dalam masa nyata, yang menghasilkan penglibatan dan perhatian yang tinggi sebelum, semasa dan selepas acara tersebut. Secara keseluruhan, 14 Pencipta terlibat dalam memperagakan pakaian mereka dengan cara yang unik dan menghiburkan melalui tayangan Instagram - termasuk Khaby Lame, Alica Schmidt, The Elevator Boys, Futuristix dan Olivia LVS serta Eva Apio. Kesemua gaya dan produk BOSS x Russell Athletic yang ditampilkan turut disepadukan ke dalam tayangan masing-masing melalui fungsi beli-belah serta siaran lain untuk membolehkan khalayak membuat pembelian dengan lancar semasa penemuannya. 

Selain daripada kedudukan jenama BOSS yang telah sedia kukuh di media sosial sebelum acara ini, kempen khusus TikTok dan Instagram merupakan unsur penting dalam meningkatkan lagi jenama ini dan menjangkau golongan pelanggan yang lebih muda dan baharu.  

"Pada bulan Ogos, kami telah memperkenalkan strategi baharu bersama-sama dengan visi kami untuk menjadi platform fesyen berasaskan teknologi premium yang terkemuka di seluruh dunia. Hanya enam minggu kemudian, kami membuktikan bahawa kami amat bersedia untuk mengambil tempat ini dalam industri fesyen pada masa akan datang", tambah Daniel Grieder

Pada bulan lepas, Lembaga Pengarah Pengurusan HUGO BOSS telah memperkenalkan strategi 5 TUNTUTAN baharu kepada para pelabur dan orang awam, yang menekankan potensi besar syarikat itu untuk mengukuhkan perniagaannya di semua rantau dan saluran di seluruh dunia. Walaupun dikenali sebagai jenama sut, HUGO BOSS melihat potensi yang besar untuk turut menguasai pasaran segmen pakaian kasual yang penting bagi golongan lelaki dan wanita dengan menawarkan pakaian gaya hidup 24 jam sehari kepada para pelanggan untuk dipakai sepanjang hari bagi sebarang acara. Dalam hal ini, kerjasama BOSS X Russell Athletic yang ditunjukkan di Milan merupakan satu lagi pencapaian besar bagi syarikat ini dan dalam menyasarkan khalayak yang lebih muda, seperti GenZ dan generasi milenium.  

Hubungan Media: Dana Deutsch, dana.deutsch@purplepr.com, 646-531-6043

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1655567/BOSSxRussellAthletic_Event_007.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1655568/Hugo_Boss_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Hugo Boss
Keywords: Advertising Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Social Media Textiles New products/services