omniture

Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi, Keusahawanan Pelajar Kolej Bermula di Timur China

Ministry of Education of the People’s Republic of China
2021-10-14 22:53 236

NANCHANG, China, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Peringkat akhir Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan "Internet+" Pelajar Kolej Antarabangsa China kali ke-7 bermula pada 13 Oktober di Nanchang, ibu kota Wilayah Jiangxi, timur China. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China dan Kerajaan Wilayah Jiangxi.

 

Acara ini, diadakan secara dalam talian mahupun luar talian, dengan "Berani, Kreatif Semampunya Saya" sebagai temanya, telah menarik penyertaan seramai lebih 9.56 juta pelajar daripada 4,347 kolej dan universiti dari 121 negara serta wilayah dengan sejumlah 2.28 juta projek yang terlibat.

Pertandingan ini sebahagian besarnya telah meningkatkan semangat dan keinginan pelajar kolej terhadap inovasi dan keusahawanan menurut pihak penganjur, menambah bahawa penyertaan daripada pelajar kolej di seluruh dunia ini telah membantu mencapai matlamat pertandingan untuk menjadi "Lebih Bersifat Nasional, Lebih Global, Lebih Berpendidikan, Lebih Komprehensif dan Lebih Inovatif."

Dengan penubuhan "pasukan kreativiti peringkat sarjana muda" yang berasingan, penganjur pertandingan ini mencuba untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar kolej, memastikan penyertaan mereka yang mendalam agar lebih ramai "bintang masa depan" dalam inovasi dan keusahawanan dapat menonjol. Had umur peserta-peserta pertandingan ialah 35 tahun.

"Pameran Pencapaian Inovasi dan Keusahawanan" turut diadakan semasa berlangsungnya pertandingan ini dengan tujuan untuk menonjolkan pencapaian kolej serta universiti di seluruh negara ini dengan melaksanakan tugas asas untuk membina akhlak dan memupuk kekuatan baharu demi keusahawan dan inovasi secara besar-besaran.

Biarpun dengan situasi COVID-19, pelajar-pelajar dari 100 universiti terbaik dunia termasuk Oxford University, Cambridge University, Harvard University, Stanford University dan MIT membentuk pasukan untuk mendaftar dalam pertandingan ini. Melalui gabungan bentuk dalam talian dan luar talian, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dari dalam dan luar negara telah merealisasikan komunikasi antara individu, pertukaran budaya dan pertandingan. Acara ini telah membantu membina platform komunikasi yang terbesar untuk pendidikan inovasi dan keusahawanan global serta meningkatkan impak dan daya saing antarabangsa untuk pengajian tinggi China.

Selain mengekalkan trek pengajian tinggi utama, trek pendidikan vokasional dan trek baru muncul, pertandingan ini telah menambah trek proposisi industri dan perniagaan yang telah menarik perhatian banyak perusahaan yang terkenal seperti Huawei, Tencent, JD, ByteDance dan China Southern Airlines. Ini telah dapat menggalakkan transformasi pencapaian pertandingan dengan berkesan, memupuk ekosistem yang baik untuk latihan kolaboratif bakat-bakat yang inovatif dan berciri keusahawanan serta menggalakkan transformasi dan aplikasi pencapaian inovasi saintifik dan teknologi.

Dirasmikan pada tahun 2015, Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan "Internet+" Pelajar Kolej Antarabangsa China telah diadakan setiap tahun selama tujuh tahun berturut-turut.

Acara tahun ini bersama-sama ditaja oleh 12 kementerian termasuk Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangxi dan dianjurkan oleh Nanchang University serta kerajaan Rakyat Perbandaran Nanchang.

Pertandingan Inovasi, Keusahawanan Pelajar Kolej telah menjadi pembawa yang penting untuk memperkukuh pembaharuan pendidikan inovasi dan keusahawanan di China, sebuah pentas untuk membantu pelajar kolej di seluruh dunia merealisasikan impian inovasi dan keusahawanan mereka serta platform pertukaran budaya antara China dan negara-negara asing.

The finals of the 7th China International College Students' "Internet+" Innovation and Entrepreneurship Competition kicked off on October 13th in Nanchang, capital of east China’s Jiangxi Province.
The finals of the 7th China International College Students' "Internet+" Innovation and Entrepreneurship Competition kicked off on October 13th in Nanchang, capital of east China’s Jiangxi Province.

Source: Ministry of Education of the People’s Republic of China
Keywords: Education Higher Education Internet Technology Telecommunications