omniture

XCMG Perkenal Produk Peralatan Kecemasan dan Menyelamat Canggih di China Fire 2021

XCMG
2021-10-14 23:13 203

BEIJING, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ) mempamerkan penyelesaian kecemasan dan menyelamat dalam empat kategori utama, iaitu bencana geologi, operasi menyelamat bertingkat tinggi, kebakaran petrokimia dan bencana banjir di China Fire 2021 yang membuka tirainya pada 12 Oktober di Beijing. Tersenarai antara tiga pameran terunggul di dunia bagi perlindungan kebakaran dan menyelamat kecemasan, pameran perdagangan selama empat hari ini merupakan platform antarabangsa untuk produk yang utama dalam industri dan juga teknologi yang canggih.

XCMG Unveils Advanced Emergency and Rescue Equipment Products at China Fire 2021.
XCMG Unveils Advanced Emergency and Rescue Equipment Products at China Fire 2021.

Pelancaran penyelesaian dan produk menyelamat kecemasan XCMG pada hari perasmian China Fire 2021 menonjolkan platform pengurusan digital pencegah kebakaran terkininya yang merealisasikan pengurusan dan kawalan digital di tempat menyelamat, pengurusan visual data peralatan menyelamat dan penaiktarafan maklumat pengurusan logistik melalui IoT.

Sorotan penting pameran XCMG di China Fire 2021 ialah robot pencegah kebakaran dengan fungsi-fungsi persepsi persekitaran pintar, penentududukan berautonomi dan penghindaran halangan automatik.

"Bagi memastikan keselamatan kebakaran kawasan-kawasan penting seperti stesen penukar sistem kuasa voltan tinggi dan taman petrokimia selain melindungi keselamatan dan kesihatan bomba, kami menginovasi dan membangunkan robot pencegah kebakaran ini untuk membawakan kaedah menyelamat kebakaran perintis," kata Li Qianjin, Pengurus Besar Peralatan Keselamatan Pencegah Kebakaran XCMG.

Ia dilengkapi dengan sistem penentududukan kejituan tinggi GNSS-RTK, kamera kedalaman binokular dan unit pengukuran inersia (IMU) serta mencapai kecerdasan persepsi persekitaran tiga dimensi dengan teknologi gabungan berbilang sensornya. Robot ini mempunyai keupayaan penentududukan tahap sentimeter dan keupayaan penghindaran halangan yang menyeluruh, membuatkannya tidak gentar dengan sebarang perubahan dalam pencahayaan sekeliling dan memenuhi keperluan senario menyelamat kebakaran untuk semua cuaca.

Kenderaan menyelamat berbilang fungsi JY20G2 memukau penonton dengan teknologi "penukaran pantas" apabila model tersebut menjalankan beberapa tugas mengosongkan halangan termasuk memecahkan, mericih, memperluas, memotong, mencengkam, mengangkat dan mengangkut dengan lancar dan mudah.

"China ialah sebuah negara yang kerap terjadinya bencana alam dan kejadian yang mengancam keselamatan masyarakat yang mengakibatkan kerugian ekonomi berbilion-bilion setiap tahun. XCMG memanfaatkan kelebihan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan komprehensif kami untuk membangunkan produk yang profesional termasuk peralatan keselamatan kebakaran, peralatan menyelamat kecemasan, jentera kerja udara, peralatan pembuangan ais/salji, mesin pengorek berjalan, kenderaan penyingkiran halangan berbilang fungsi dan peralatan perlombongan tanpa pemandu," kata Li.

Kini, XCMG mempunyai lebih daripada 200 paten teknikal dan produknya dieksport ke lebih daripada 70 negara dan wilayah termasuk Rusia, Korea Selatan, Ukraine, Indonesia dan Filipina. XCMG ialah satu-satunya pengeluar Cina yang mengeksport jentera bomba jangkauan ultra tinggi secara berkelompok.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news