omniture

CGTN: Xi Jinping perkenal langkah-langkah baharu di COP15 untuk berusaha membina China yang indah

CGTN
2021-10-15 00:04 183

BEIJING, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Selasa, Beijing memperkenalkan pelbagai langkah untuk meneruskan usaha negara ini bagi membina China yang indah ketika mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) diadakan di Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China.

Bertemakan "Tamadun Ekologi: Membina Masa Depan Bersama untuk Semua Hidupan di Bumi," COP15 merupakan persidangan global pertama yang diadakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengetengahkan tamadun ekologi, satu falsafah yang dicadangkan oleh China.

Dana biodiversiti, taman negara dan rancangan untuk mencapai matlamat karbon

China akan menjadi peneraju dengan melabur sebanyak 1.5 bilion yuan (kira-kira $233 juta) untuk menubuhkan Kunming Biodiversity Fund.

Presiden Cina Xi Jinping membuat pengumuman semasa berucap di sidang kemuncak pemimpin-pemimpin COP15 melalui pautan video di Beijing pada hari Selasa.

Dana ini akan digunakan untuk menyokong negara-negara yang sedang membangun untuk perlindungan biodiversiti, kata Xi, menambah bahawa China menyeru dan mengalu-alukan semua pihak untuk menyumbang kepada dana ini.

Bagi mengukuhkan perlindungan biodiversiti, China melangkah lebih pantas untuk menubuhkan sistem kawasan terlindung dengan taman negara sebagai teras utama, ujar Xi.

Dari masa ke masa, kawasan-kawasan dengan kepentingan terbesar terhadap ekosistem alam semula jadi dan dengan landskap semula jadi yang paling unik, warisan semula jadi yang paling berharga dan kawasan simpanan biodiversiti terbesar akan dimasukkan dalam sistem taman negara ini, kata beliau.

Bagi mencapai sasaran puncak dan keneutralan karbonnya, China akan memperkenalkan rancangan pelaksanaan untuk mencapai puncak emisi karbon dioksida dalam bidang dan sektor penting serta beberapa langkah sokongan dan akan menyediakan kerangka dasar "1+N" untuk puncak karbon dan keneutralan karbon, seperti yang diumumkan oleh presiden.

China akan terus menlaraskan semula struktur industri dan campuran tenaganya, membangunkan tenaga boleh diperbaharui dengan bersungguh-sungguh serta melaksanakan kemajuan yang lebih pantas dalam merancang dan membangunkan tapak janakuasa angin dan fotovota yang besar di kawasan berpasir, kawasan berbatu dan padang pasir, ujar Xi.

Kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan Alam

Manusia dan Alam perlu wujud bersama dengan harmoni, kata Xi dalam ucapan beliau, menegaskan bahawa "Apabila kita berusaha menjaga untuk melindungi Alam, Alam akan memberi ganjaran kepada kita dengan banyak sekali; apabila kita mengeksploitasi Alam dengan rakus, ia menghukum kita tanpa belas kasihan."

"Kita perlu mempunyai rasa sanjung yang tinggi terhadap Alam, menghormati Alam, mengikut hukum Alam dan melindungi Alam, agar dapat membina tanah air dengan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan Alam," kata presiden.

Perairan jernih dan gunung ganang menghijau merupakan aset-aset yang tidak ternilai, Xi mengulangi konsep penting yang dicadangkan oleh beliau pada tahun 2005.

Ekologi dan persekitaran yang baik bukan sahaja merupakan aset semula jadi, tetapi juga aset ekonomi dan ia mempengaruhi potensi dan momentum pembangunan ekonomi dan juga sosial, beliau menghuraikan.

Xi menyeru lebih banyak usaha untuk memupuk kaedah pembangunan yang mesra alam dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang saling menguntungkan serta perlindungan terhadap alam sekitar, agar dapat membina tanah air dengan kemajuan ekonomi dan persekitaran yang diselaraskan.

Xi menyeru usaha bersama untuk pembangunan berkualiti tinggi umat manusia

Xi menyeru negara-negara di serata dunia untuk berganding bahu dan memulakan perjalanan baharu dalam pembangunan yang berkualiti tinggi untuk umat manusia.

Pembangunan tamadun ekologi harus diambil sebagai panduan untuk menyelaraskan hubungan antara manusia dan Alam, tegas Xi, menambah bahawa aktiviti-aktiviti manusia perlu dijaga dalam batasan ekologi dan persekitaran.

Xi menggesa usaha untuk membolehkan peralihan yang mesra alam mendorong usaha orang ramai untuk memudahkan pembangunan mampan yang bertaraf global dan menyeru untuk menggiatkan kerjasama antarabangsa mesra alam untuk berkongsi hasil pembangunan yang mesra alam antara semua negara.

Menegaskan keperluan untuk meningkatkan kesejahteraan orang ramai bagi menggalakkan ekuiti dan keadilan sosial, Xi menyatakan bahawa undang-undang antarabangsa harus menjadi asas bagi menegakkan sistem tadbir urus antarabangsa yang adil dan saksama.

Xi turut berkata bahawa sasaran perlindungan alam sekitar baharu yang ditetapkan oleh orang ramai perlu bercita-cita tinggi dari satu segi serta pragmatik dan juga seimbang di satu sisi yang lain.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-12/Xi-addresses-COP15-leaders-summit-via-video-link-14iuyQtyg48/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Utilities Conservation/Recycling