omniture

RECMA Meletakkan Kumpulan Starcom MediaVest sebagai Rangkaian Media Global #1

Starcom MediaVest Group
2013-07-31 09:35 112

NEW YORK, 31 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Agensi penyelidikan yang berpusat di Perancis RECMA (Syarikat Penyelidikan yang Menilai Industri Agensi Media) telah mengiktiraf Kumpulan Starcom MediaVest sebagai rangkaian media global nombor satu dalam Laporan Pemeringkatan Pengebilan Global 2012 untuk tahun ketiga berturut-turut. Laporan ini menilai aktiviti keseluruhan, termasuk pengebilan pembelian dan khidmat dikhusus, untuk semua agensi media global merentasi 61 buah negara.

RECMA juga meletakkan Kumpulan Starcom MediaVest sebagai nombor satu dalam pemeringkatan "14 Negara Teratas" yang merupakan carta penting dalam laporan keseluruhan yang melibatkan 81% daripada industri agensi media. SMG meningkatkan pengebilannya sebanyak 13.3% pada tahun 2012 dan mengekalkan kedudukan rantaunya sebagai agensi nombor satu di Amerika Utara.

"Kami sangat bangga kerana mengungguli Laporan Pemeringkatan Global RECMA untuk tahun ketiga berturut-turut," kata Laura Desmond, Ketua Pegawai Eksekutif Global SMG. "Kami berterima kasih dapat bekerja dengan beberapa jenama terhebat di dunia dan pemeringkatan ini mencerminkan kejayaan kami dalam menggunakan kreativiti dan teknologi untuk meletakkan pengguna di tengah semua perkara yang kami lakukan."

"Dari segi kadar pertumbuhan tahun 2012 lawan 2011, SMG mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding purata dalam industri (10%) dan menerajui liga global dengan saham industri sebanyak 11.5% (bertambah sebanyak 0.5 mata berbanding tahun 2011)," kata Olivier Gauthier, Rakan Kongsi, Ketua Penyelidikan RECMA. "SMG juga mempunyai dominasi kuat di Amerika Utara dengan saham industri sebanyak 17.4% iaitu enam mata lebih tinggi berbanding pesaingnya yang terdekat."

SMG mengalami tahun 2012 yang mengagumkan, memenangi lebih 300 anugerah industri termasuk anugerah Lions Cannes, anugerah Festival Media dan anugerah Effie, ditambah kepada beberapa kemenangan Agensi Terbaik Tahun Ini. Sehingga Julai 2013, SMG telah memenangi lebih 240 anugerah untuk kerja kreatifnya.

Tentang Kumpulan Starcom MediaVest
Kumpulan Starcom MediaVest ialah Syarikat Pengalaman Manusia. Kami percaya pengalaman adalah penting. Pengalaman mempertingkatkan kehidupan dan membina jenama. Kami menghidupkan pengalaman jenama melalui tiga jenama agensi global SMG: MediaVest, Starcom, dan Spark. Berada di kalangan kumpulan komunikasi terbesar di dunia, SMG (www.smvgroup.com) merangkumi sebuah rangkaian bersepadu ahli strategi pengalaman manusia, pakar pelaburan, pencipta kandungan dan pakar digital. Dengan hampir 6,500 kakitangan dalam 110 pejabat seluruh dunia, SMG bekerjasama dengan syarikat peneraju dunia termasuk The Coca-Cola Company, Kraft Foods, P&G, Samsung, Walmart, antara lainnya. Pada tahun 2010, Adweek mengiktiraf SMG sebagai "Agensi Media Terbaik Dekad Ini."

Source: Starcom MediaVest Group
Related Links:
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Awards