omniture

Visi Hijau, Masa Depan Biru: Midea Anjur Persidangan untuk Lancar Penyelesaian Rumah Pintar NZEC

Syarikat turut meraikan pencapaian pengeluaran baharu produk berkuasa R290
Midea
2021-10-15 13:29 53

FOSHAN, China, 15 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada 11 Oktober , Midea (000333.SZ), jenama rawatan udara No.1 di dunia, menganjurkan sebuah persidangan yang bertema "Visi Hijau, Masa Depan Biru" ("Green Vision, Blue Future"), yang menyatukan pakar-pakar industri serta para peneraju bagi dasar perdagangan dan iklim di bawah bumbung yang sama untuk menyaksikan pelancaran penyelesaian rumah pintar "Rumah Hijau" ("Green House") yang terkini daripada Midea yang direka bentuk untuk membantu dunia mencapai emisi NZEC (Penggunaan Tenaga Hampir Sifar) dan pencapaian syarikat untuk menyokong sasaran dunia bagi meningkatkan kecekapan tenaga serta membendung pemanasan global.

En. Zhang Jianyu, Pengarah Eksekutif BRI Green Development institute, menyatakan bahawa perniagaan-perniagaan Cina digalakkan untuk mengintegrasikan pembangunan mesra alam dalam seluruh proses pelaburan dan kerjasama luar negara yang merupakan langkah yang sangat baik untuk mempercepatkan pembangunan mesra alam baik di China mahupun di peringkat antarabangsa. Beliau turut memuji pengeluar-pengeluar Cina seperti Midea yang melangkah maju menuju bidang rendah karbon dan melancarkan inisiatifnya sendiri secara proaktif untuk menangani perubahan iklim.

"Rumah Hijau" Midea merupakan integrasi yang lancar tiga sistem pintar dan saling beroperasi yang mencakupi penjanaan kuasa, pengurusan tenaga dan pengurusan rumah. Lebihan tenaga dapat dihantar ke sistem simpanan yang bukan sahaja dapat digunakan sebagai sumber kuasa utama pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang tidak baik, tetapi juga dapat membantu seluruh kejiranan dengan menghantar kuasa elektrik ke isi rumah yang lain.

Dengan algoritma termaju Midea, sistem pengurusan tenaga pintar menggunakan dan menyelaraskan dengan pintar penjanaan kuasa solar, penyimpanan tenaga, pengecasan dan penyahcasan yang dapat berfungsi seiring dengan sistem MSmartLife untuk memberi kuasa kepada semua perkakas rumah pintar di dalam rumah, termasuk penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan dapur. Hasilnya ialah sebuah rumah bebas tenaga yang memanfaatkan seluruh rangkaian teknologi canggih Midea bagi mencapai NZEC dan memaksimumkan penggunaan tenaga, selaras dengan cita-cita syarikat untuk mengurangkan sepenuhnya karbon daripada isi rumah.

Green Vision, Blue Future: Midea Holds Conference to Launch its NZEC Smart Home Solution
Green Vision, Blue Future: Midea Holds Conference to Launch its NZEC Smart Home Solution

Sebuah majlis turut diadakan semasa berlangsungnya acara tersebut bagi meraikan pengeluaran penyaman udara (AC) Midea R290 ke-2,100,000, unit AC pertama seumpamanya yang diberikan ekolabel Blue Angel Jerman.

En. Kristian Mao-Chang Wilkening, Pengarah Projek di Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ) menyatakan penghargaan beliau atas usaha dan sumbangan syarikat terhadap pembangunan rendah karbon. Beliau berkata, "Bagi R290, Midea merupakan pengeluar pertama yang memperoleh sijil Blue Angel. Ini membuktikan bahawa Midea memenuhi standard alam sekitar yang tertinggi. Pengeluaran unit ke-2,100,000 adalah sangat mengagumkan."

Dianugerahkan oleh Pertubuhan Pembangunan Industri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO) atas sumbangan luar biasanya untuk memerangi perubahan iklim, Midea telah menerajui projek sepanjang sedekad lamanya untuk membangunkan penyelesaian yang dapat dikeluarkan secara besar-besaran, cekap dan andal dengan menggantikan HCFC-22 dengan propana (R-290). Statistik daripada UNIDO pada tahun 2020 menunjukkan bahawa produk-produk berkuasa R-290 Midea telah membantu menghapuskan potensi penipisan ozon dan mengurangkan lebih 970,000 tan CO2 yang setara setiap tahun.

Source: Midea
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news