omniture

Shanghai Electric Lancar Platform Petrel Turbin Pacuan-Langsung 11 MW SEW11.0-208

Shanghai Electric
2021-10-16 05:44 580

SHANGHAI, 16 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727.HK) mengumumkan pelancaran model turbin angin luar pesisir terkininya, platform Petrel SEW11.0-208, di sebuah forum bertemakan sekitar "karbon sifar" yang menjemput pemimpin-pemimpin dalam industri kuasa angin China untuk memberi pencerahan mengenai peluang dalam konteks komitmen China terhadap pengurangan emisi karbon. Satu lagi langkah ke hadapan sepanjang perjalanan inovasi luar pesisirnya, turbin pacuan-langsung utama Shanghai Electric, yang mana syarikatnya memiliki hak harta intelek proprietari penuh, menampilkan kapasiti terkadar 11 MW – yang terbesar seumpamanya di Asia – melambangkan kejayaan besar untuk inovasi hasil negara sendiri dalam teknologi angin luar pesisir.


SEW11.0-208 merupakan turbin angin luar pesisir pertama yang memanfaatkan sepenuhnya kehandalan platform Petrel yang dibangunkan sendiri oleh Shanghai Electric yang dibina khas agar mampu bertahan daripada suhu yang tinggi, kelembapan dan garam selain persekitaran marin yang boleh berubah dan rumit seperti gempa bumi dan taufan. Berlatarbelakangkan matlamat karbon puncak dan keneutralan karbon China, SEW11.0-208 merupakan satu lanjutan daripada usaha Shanghai Electric untuk menjadikan tenaga angin sebagai sumber tenaga yang dominan dengan melancarkan produk kuasa angin pacuan-langsung yang sangat menjimatkan yang berupaya mengekalkan kecekapan penjanaan kuasa yang tinggi dan kadar kegagalan yang rendah di kawasan laut biasa dan taufan.


Menerima pakai reka bentuk digital kitaran penuh, pengeluaran, pengurusan O&M, SEW11.0-208 memanfaatkan sistem kawalan LeapX terkini Shanghai Electric untuk mengurangkan beban operasi dan meningkatkan kestabilan operasi unit. Syarikat gergasi luar pesisir baharu ini menggunakan bilah gentian karbon 102-meter S102 yang dapat memberi kekuatan yang luar biasa serta prestasi unggul hasil daripada reka bentuk aerodinamiknya yang utama di dunia. Sebagai turbin angin pintar yang didigitalkan sepenuhnya, SEW11.0-208 turut diperhebatkan oleh sistem Fengyun Shanghai Electric, platform pengurusan jarak jauh berasaskan awan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan keuntungan untuk pembangun.

"Sebagai peneraju global bagi angin luar pesisir, Shanghai Electric berdedikasi untuk membantu China mencapai karbon puncak dan keneutralan karbon dengan memanfaatkan teknologi terbuktinya yang luas dalam bidang tenaga boleh diperbaharui. Pelancaran platform Petrel kami merupakan satu pencapaian yang amat besar untuk Shanghai Electric yang merupakan satu lonjakan penting ke hadapan dalam perjalanan kami tatkala kami meneroka produk dan penyelesaian tenaga baharu yang lebih baik dan unggul yang memimpin dunia untuk melangkah ke arah masa depan yang lebih mesra alam," kata Jin Xiaolong, Naib Presiden Shanghai Electric.

Shanghai Electric, sebagai salah sebuah syarikat inovasi yang hebat dalam industri kuasa angin China, akan terus menerajui pembangunan teknologi boleh diperbaharui bagi menyokong matlamat keneuteralan karbon China menggunakan data raya, pengkomputeran awan, Internet Pelbagai Benda, kecerdasan buatan dan 5G, mempelopori inovasi teknologi bagi menubuhkan sistem kuasa karbon sifar yang canggih.

Shanghai Electric juga berada di kedudukan yang mantap untuk meraih manfaat daripada Shantou Offshore Wind Power Industry Alliance dalam usahanya untuk mewujudkan dan menggabungkan rantaian industri kuasa angin luar pesisir untuk bandar ini, menubuhkan ekosistem industri tenaga baharu dengan mensinergikan penggiat-penggiat industri. Dibangunkan berasaskan kejayaan Shanghai Electric dalam membina kilang karbon sifar yang pertama, ia akan terus meneroka teknologi dan model perniagaan baharu dengan tujuan untuk membantu China menyambut era emisi karbon sifar.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities New products/services