omniture

Kejohanan Maraton Tasik Hengshui & Maraton Kebangsaan 2021 (Stesen Hengshui) bermula

Acara ini meraikan ulang tahunnya yang ke-10
Hengshui Lake International Marathon Organizing Committee
2021-10-19 19:28 119

HENGSHUI, China, 19 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kejohanan Maraton Tasik Hengshui & Maraton Kebangsaan "Bank of Hengshui Cup" 2021 (Stesen Hengshui) bermula di Dataran Maraton Tasik Hengshui pada jam 7:30 PAGI pada 17 Oktober bersama kira-kira 20,000 pelari dari seluruh negara ini mengambil bahagian dalam acara ini. Gaya anggun yang ditunjukkan oleh para atlet ketika mereka memulakan larian mereka berlatarbelakangkan pemandangan bandar yang mengagumkan menghasilkan gambar-gambar mempesonakan dengan kegembiraan dan keterujaan diekspresikan sempena ulang tahun ke-10 Maraton Tasik Hengshui.

Perlumbaan ini sekali lagi dijalankan di laluan sekitar tasik yang bermula di Dataran Maraton Tasik Hengshui. Garisan penamat untuk kedua-dua acara maraton penuh dan acara separuh maraton ditetapkan di Dataran Maraton Tasik Hengshui, manakala acara Larian Kesihatan (Health Run) berakhir di pagar sebelah utara Garden Expo Park.

Selepas pertandingan yang sengit, Guan Yousheng memenangi acara maraton penuh kategori lelaki dengan catatan masa 2:14:59, manakala Chen Liqin membawa pulang anugerah dalam kategori wanita apabila beliau melintasi garis penamat pada 2:40:02. Dalam acara separuh maraton, Xie Jie dan Yin Xiaoyu masing-masing dinamakan sebagai pemenang bagi acara kategori lelaki dan wanita, dengan catatan masa 1:10:47 dan 1:18:40.

Maraton Tasik Hengshui yang pertama berlangsung pada tahun 2012, menjadikan perlumbaan tahun ini sebagai perlumbaan ke-10 acara ini. Kejayaan penganjuran acara oleh bandar ini setiap tahun sepanjang tempoh sedekad memberi banyak peluang kepada Hengshui dari segi pengalaman yang beraneka dan berharga di samping meningkatkan secara besar-besaran keterlihatan dan kedudukan tinggi bandar ini dari segi arena kebangsaan mahupun antarabangsa. Maraton Tasik Hengshui telah ditetapkan sebagai perlumbaan Pingat Emas Chinese Athletic Association (CAA) dan Perlumbaan Label Emas IAAF. Ia merupakan satu-satunya acara di wilayah Hebei yang memperoleh dua designasi.

Acara ini tetap setia dengan misi penubuhannya, dengan menunjukkan pencapaian baharu setiap tahun dan memberi keyakinan yang semakin meningkat terhadap kemampanan jangka panjangnya. Memandang ke hadapan ke arah satu lagi dekad yang membuahkan hasil, pihak penganjur acara ini menyatakan bahawa mereka kekal komited untuk terus melaksanakan peningkatan kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada maraton dan para pelari, mempromosikan budaya tempatan sekali gus meningkatkan lagi keterlihatan Hengshui dalam arena antarabangsa dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi, tadbir urus, budaya, daya hidup, karisma serta keselamatan bandar Hengshui.

Hubungan media:
Jia'nan Xu
15010902769@163.com
+86-15010902769

Source: Hengshui Lake International Marathon Organizing Committee
Keywords: Health Care/Hospital Sporting Events Sports Travel Awards