omniture

RS Components umum pelancaran Penyelesaian Penyelenggaraan Kemudahan RS PRO

Pilihan komprehensif produk penyelenggaraan kemudahan yang berkualiti tinggi dan dengan harga kompetitif untuk pelbagai persekitaran dan aplikasi kini boleh didapati di Asia Tenggara
RS Components
2021-10-20 09:00 38

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), penyedia omnisaluran bertaraf global untuk penyelesaian produk dan perkhidmatan, mengumumkan pelancaran portfolio penyelesaian Penyelenggaraan Kemudahan RS PRO (RS PRO Facilities Maintenance) yang merangkumi produk yang diuji kualitinya untuk pelbagai industri dan persekitaran kerja.

Menyasarkan seleksi luas pelanggan di Asia Tenggara, rangkaian ini menyokong keperluan penyelenggaraan dalam pembuatan proses, pembuatan peralatan, utiliti dan tenaga, perkhidmatan kejuruteraan, agregat perlombongan dan pembinaan, sektor borong dan pengagihan, pengangkutan dan pertahanan serta makmal reka bentuk dan pembangunan.

Rangkaian yang diperluas ini memperkenalkan lebih 1,000 produk untuk menawarkan pilihan produk berkualiti yang komprehensif termasuk eletrikal and electronik, penyelesaian keselamatan dan pencahayaan tapak, kit alatan, tugas penjagaan & pembersihan, ujian & pengukuran, pakaian kerja & peralatan pelindung diri (PPE) dan banyak lagi.

Semua produk dalam rangkaian Penyelenggaraan Kemudahan RS PRO mempunyai ketersediaan dalam-stok yang tinggi dan telah melalui proses pengujian yang ketat bagi menjamin keandalan demi memenuhi spesifikasi reka bentuk dan pematuhan. Ia dilindungi oleh Meterai Kelulusan RS PRO dan didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun.

"Rangkaian RS PRO ini meningkatkan keluasan dan kedalaman pilihan untuk pelanggan yang mencari produk penyelenggaraan kemudahan yang memenuhi spesifikasi reka bentuk dan pematuhan pada harga yang kompetitif," kata Sean Er Lim, Pengurus Besar,Malaysia, RS Components. "Kami menawarkan pelbagai jenis produk untuk aplikasi yang berbeza bagi memastikan kemudahan dan bangunan beroperasi dengan cekap dan selamat serta membantu memastikan perniagaan berjalan dengan lancar."

Rangkaian produk Penyelenggaraan Kemudahan RS PRO yang diperluas kini dihantar ke Malaysia.

Source: RS Components
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Semiconductors New products/services