omniture

Kereta Api Mega China: "Tiket Anda Menuju Masa Depan"

iChongqing
2021-10-21 07:49 132

CHONGQING, China, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing:

The 6 minutes video brings you to the fancy railway networks in Chongqing, SW. China.
The 6 minutes video brings you to the fancy railway networks in Chongqing, SW. China.

Terletak di Barat Daya China, Chongqing ialah salah satu kawasan perbandaran yang terbesar di dunia dengan penduduknya seramai lebih 20 juta di kawasan metropolitan, yang pastinya cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja memberi perhatian segera. Rangkaian kereta api Chongqing menghubungkan berjuta-juta penumpang harian, mewujudkan bandar-bandar baharu di sekitar stesennya yang merupakan cerita biasa mengenai pembangunan bandar di China.

Grid pengangkutan 3D ini mengikut laluan siku-sika merentas landskap pergunungan Chongqing. Perencana di sebalik laluan kereta api bawah tanah yang bersimpang siur ini perlu berdepan dengan gunung-ganang, sungai dan banyak rupa bentuk bumi yang mencabar. Tempat di mana gunung-ganang yang besar pernah menghalang laluan, orang ramai kini telah dapat menembusinya dengan terowong yang dalam dan laluan atas yang tinggi sepanjang landskap yang luas.

Chongqing memiliki tapak pembuatan peralatan monorel yang terbesar di dunia. Line 3 merupakan laluan monorel yang terpanjang di dunia dengan panjang sejauh 67.09KM. Laluan monorel yang sukar dibayangkan dan paling terkenal di Chongqing ialah Line 2 yang terkenal di dunia manakala Stesen Liziba di Line 2 merupakan satu ciptaan agung kejuruteraan, yang mana monorel menembusi bangunan setinggi 19 tingkat. Bahkan, bangunan dan stesen dibina secara serentak. Teknologi monorel Chongqing tidak lagi memerlukan sebarang kepakaran luar. Ia 95% dipatenkan di kawasan setempat.

Kereta api bawah tanah Jenis AS juga merupakan ciri setempat Chongqing yang memenuhi keperluan mendaki gunung dan radius putaran kecil dengan kapasiti 2322, sesetengah kereta api jenis AS memiliki dwi-pantograf AC/DC yang dapat menandingi sistem bekalan kuasa laluan yang berbeza dan mencapai kelajuan 140Km/j.

Dari segi kecekapan, Express Train juga merupakan aplikasi yang pertama di negara ini yang dapat melintasi antara beberapa laluan yang ditentukan melalui sistem saling hubung.

Prasarana transit aliran Chongqing dilaksanakan terutamanya di kawasan metropolitan Chongqing. Kawasan metropolitan ini meliputi kawasan seluas 28,700 kilometer persegi, dengan penduduknya seramai 20.27 juta dan agregat ekonomi mencecah 1.8 trilion yuan, yang merupakan pembawa teras Chongqing sebagai bandar pusat kebangsaan.

Chongqing membina "lingkaran komuter satu-jam" termasuk kereta api pinggir bandar, kereta api antara bandar dan kereta api nasional selain daripada monorel dan kereta api bawah tanah yang berjumlah lebih 6,000 kilometer.

Chongqing dan China membelanjakan wangnya bagi memberi sokongan dan melabur sebanyak berbilion-bilion terhadap masa depan dan rakyatnya. Baik Chongqing mahupun China mengakui kelebihan yang sangat besar daripada pelaburan infrastruktur.

(Pautan video: https://youtu.be/_tEDrpptbug)

https://www.ichongqing.info/2021/10/17/chongqings-rail-your-ticket-to-the-future/

Source: iChongqing
Keywords: Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel