omniture

Warwick Investment Group melengkapkan urus niaga di Belgravia

Warwick Investment Group
2021-10-22 09:37 1951

LONDON, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Warwick Investment Group telah mengambil alih pembangunan sembilan buah kediaman pegangan bebas peribadi berpagar di Belgravia London sebagai sebahagian daripada strategi kediamannya untuk menggabungkan hartanah kediaman di UK. 

St. Barnabas Mews merupakan suatu pelengkap yang kukuh terhadap strategi nilai tambah Warwick yang fokus ke arah mewujudkan kediaman yang sesuai untuk sewaan jangka panjang serta menyesuaikan hartanah untuk kehidupan pasca pandemik dengan ruang luar tambahan yang boleh dinikmati oleh para penghuni di sepanjang tahun.  Hartanah ini mempunyai penilaian alam sekitar yang terbaik dan Warwick telah meletakkan komitmen perbelanjaan modal masa hadapan bagi mencapai kecekapan tenaga yang paling tinggi menjelang akhir tahun 2022.

St. Barnabas Mews merupakan salah satu daripada tiga pengambilalihan Warwick yang baru-baru ini dipersetujui untuk dibeli, yang merangkumi 50 unit di Mayfair dan Belgravia. Firma ini percaya bahawa mereka kini merupakan salah satu daripada pemilik hartanah peribadi terbesar di Belgravia.

Pembangunan ini terdiri daripada sembilan buah kediaman pegangan bebas berpagar dengan tempat letak kenderaan bawah tanah di pusat bandar Belgravia yang telah dibangunkan pada tahun 2008.

Warwick akan menguruskan kediaman ini secara proaktif di bawah jenama sewaannya sendiri dan merancang untuk memanfaatkan peluang pengubahsuaian yang berterusan dalam seluruh portfolio.

Andrew Chrysostomou, Pengarah Urusan Kanan UK:

St. Barnabas Mews mempunyai kelebihan dari segi ruang luar dan tempat letak kenderaan bawah tanahnya yang selamat, dalam suasana kediaman peribadi berpagar. Digabungkan dengan lokasinya yang strategik di Belgravia dan jarak berjalan kaki ke Elizabeth Street dan King's Road, kami percaya bahawa aset ini mempunyai potensi untuk meningkatkan permintaan sewaan susulan kelonggaran sekatan perjalanan dan kebenaran ke pejabat yang dijalankan secara berperingkat.

Kate Richard, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif:

St. Barnabas Mews ialah pelengkap yang sempurna kepada portfolio kami dari segi saiz, lokasi dan potensi peningkatannya. Hartanah ini sesuai dengan apa yang ingin kami gabungkan dalam platform kediaman kami di UK.  Kami teruja untuk menambah portfolio pegangan bebas yang belum pernah didagangkan sejak lebih 300 tahun ini ke dalam platform pelbagai rangkaian kami apabila kami menyatukan produk hartanah di tengah-tengah kota London di bawah jenama kediaman sewaan kami.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/897718/Warwick_Group_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Warwick Investment Group
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Real estate transactions