omniture

Huawei Jalin Kerjasama dengan Pengusaha Industri Transformasikan Peruncitan Digital Dan Tingkatkan Pengalaman Pelanggan

HUAWEI CLOUD
2021-10-25 09:35 144

SINGAPURA, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dalam misi untuk memberi nafas baharu kepada pemulihan dan pembaharuan industri peruncitan, HUAWEI CLOUD bekerjasama dengan pengusaha industri antarabangsa USEA Global, Advocado, 4Paradigm dan YonYou di bawah inisiatif Smart Retail 360 untuk memacu usaha transformasi digital dan kedai runcit bangunan fizikal di Singapura.

Sejak berlakunya pandemik Covid-19, jenama-jenama runcit telah menyaksikan pelbagai cabaran bagi memenuhi keperluan pelanggan dan semakin memahami kepentingan untuk membangunkan strategi penukaran luar talian kepada dalam talian yang kukuh bukan sahaja untuk bertahan tetapi juga untuk berkembang. Jenama-jenama telah menyebut mengenai pemisahan dari segi fungsi-fungsi segmen-segmen penting seperti kekurangan data automatik dan komunikasi yang lemah dan tidak cekap antara operasi bahagian depan dan bahagian belakang. Bagi mengatasi cabaran runcit ini. kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan transformasi digital kedai-kedai runcit tempatan dan meningkatkan pengalaman pelanggan melalui pilihan dan teknologi penyelesaian yang sudahpun tersedia daripada rakan-rakan kongsi.

Daya penggerak di sebalik inisiatif ini, USEA Global, memfokuskan kepada elemen bertumpukan pelanggan dalam pengalaman runcit. USEA Global, subsidiari USEN-Next Holdings serta peneraju industri dalam pemasaran sensori, memiliki kedudukan kukuh yang utama dalam muzik latar belakang yang berasaskan kepada penyelidikan. Ini membolehkan penyesuaian pintar terhadap unsur-unsur sensori seperti muzik dalam-kedai melalui analisis data waktu sebenar seperti trafik kedai dan corak membeli-belah untuk menyesuaikan suasana agar menepati sifat pelanggan.

Bagi membantu menyusun dan mengautomasikan data dengan cekap, peruncit di platform CRM Advocado dapat menikmati penyelesaian pengalaman pelanggan berpandukan data dan pintar, didayakan oleh sistem AI dan pembelajaran mesin 4Paradigm. Perkhidmatan data pelanggan dan AI yang automatik sepenuhnya dan bersepadu daripada 4Paradigm ini akan mengurangkan kos pemerolehan pelanggan dan meningkatkan jumlah nilai sepanjang hayat pelanggan untuk jenama-jenama yang terlibat.

Begitu juga dengan penyelesaian awan-ERP inovatif daripada Yonyou yang mengautomasikan kitaran hayat perniagaan dan operasi sebuah syarikat melalui teknologi digital yang canggih bagi mencipta platform pengurusan perusahaan semua-dalam-satu, mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kewangan, rantaian bekalan, operasi, pelaporan dan sumber manusia syarikat dengan mudah. Penyelesaian ini bersama-sama membentuk satu "perbualan" antara fungsi-fungsi bagi memberi kebolehlihatan dan komunikasi kolaboratif bagi memberi hasil terbaik demi membantu pengalaman membeli-belah pelanggan, bermula daripada deria mereka kepada peranti mudah alih mereka.

HUAWEI CLOUD turut bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang utama dalam industri untuk membangunkan penyelesaian runcit pintar yang berbeza bagi membina penyelesaian dalam talian dan luar talian omnisaluran, mengintegrasikan aplikasi runcit dengan data raya, AI dan perkhidmatan awan.

"Sedang kami terus berkembang dan meningkat maju dalam dunia yang semakin bercirikan digital ini, kami perlu membantu perniagaan bangunan fizikal beradaptasi dengan mencipta semula perniagaan mereka untuk terus kekal relevan buat audiens mereka dalam era digital ini. Dengan industri peruncitan yang tekal berkembang, Huawei teruja bersama-sama rakan kongsi kami untuk memacu inovasi, berinteraksi dengan pelanggan dan memperkasa perniagaan kecil-kecilan tempatan serta PKS untuk membentuk industri peruncitan yang baharu," kata Nicole Lu, Naib Presiden, Ekosistem Rakan Kongsi APAC HUAWEI CLOUD.

Jerry Chen, Pengarah Urusan USEA GLOBAL mengulangi hal di atas dengan menekankan bahawa inisiatif Smart Retail 360 berpotensi untuk bertindak sebagai persekitaran ujian (sandbox) revolusioner bagi membolehkan pengusaha runcit mengambil bahagian dalam pelbagai bukti konsep, yang seterusnya melancarkan Singapura sebagai hab yang sedang meningkat untuk penyediaan penyelesaian runcit pintar.

Inisiatif Smart Retail 360 bermula pada 22 Oktober 2021 ini dan menyeru semua peneraju industri peruncitan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam latihan tapak uji ini.

Latar Belakang HUAWEI CLOUD 

HUAWEI CLOUD ialah penyedia perkhidmatan awan terkemuka yang membawa pengalaman kepakaran Huawei selama lebih 30 tahun bersama-sama dalam produk dan penyelesaian infrastruktur ICT. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang andal, terjamin dan berkesan kos untuk memperkasa aplikasi, memanfaatkan kuasa data dan membantu organisasi daripada semua saiz berkembang dalam dunia pintar hari ini. HUAWEI CLOUD juga komited untuk membawakan perkhidmatan awan dan AI yang berpatutan, berkesan dan andal melalui inovasi teknologi.

Laman Sesawang: https://www.huaweicloud.com/intl/en-us/partners/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/huaweicloudapac/
Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiCloudAPAC/
Twitter: https://twitter.com/huaweiapac

Latar Belakang USEA Global 

USEA Global ialah sebuah syarikat Asia Tenggara dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura dan pejabat-pejabat di Malaysia dan Vietnam. USEA mengkhusus dalam muzik latar belakang untuk sektor peruncitan, hospitaliti serta makanan dan minuman (F&B) di samping turut menyediakan penyelesaian sensori yang lain kepada pelanggannya seperti haruman berasaskan produk dan papan tanda digital yang interaktif. USEA ialah subsidiari USEN-Next Holdings Japan, sebuah syarikat yang disenaraikan di Tokyo Stock Exchange dengan sekitar 750,000 mata secara global dan 5,000 jenama terlibat dalam portfolionya.

Laman Sesawang: https://www.usea.global
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/usea-global/

Untuk memuat turun imej, sila klik di sini: https://drive.google.com/drive/mobile/folders/18dbZgVGsjTEHDcDwVl_Np6S0AS4t4wSJ?usp=sharing .

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Retail Licensing/marketing agreements