omniture

Huawei umum rancangan untuk sokongan pembangun tambahan dan keupayaan HMS baharu di HDC 2021

Kemas kini HMS Core terkini akan membantu pembangun global membina ekosistem untuk dunia pintar
Huawei
2021-10-25 12:25 126

DONGGUAN, China, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini di Persidangan Pembangun Huawei 2021 (HDC 2021) tahunannya, Huawei mengumumkan rancangan untuk menggiatkan sokongan pembangun menerusi kemas kini untuk keupayaan Huawei Mobile Services (HMS). Alat-alat dikemas kini yang ditawarkan akan memperhebatkan pembangun untuk mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik dan menawarkan pilihan perkhidmatan yang jauh lebih baik serta lebih kompetitif kepada pengguna.

Sebagai sebahagian daripada ucapan dasar yang disampaikan oleh Zhang Ping'an, Presiden Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Consumer Business Group, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud BU, yang bertajuk "Bersama-sama Membina Ekosistem HMS Baharu", beliau berkongsi bahawa kini terdapat 5.1 juta pembangun global yang berdaftar dengan HMS yang telah mengintegrasikan lebih 173,000 aplikasi dengan HMS Core. HMS kini menampung lebih 580 juta pengguna aktif bulanan dengan lebih 1 bilion peranti dihubungkan. Beliau turut memperkenalkan kit HMS Core 6 yang terkini dan kemas kini untuk lima perkhidmatan enjin teras HMS bagi membantu pembangun memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap fungsi-fungsi aplikasi pintar.

"Inovasi merupakan kunci untuk membina ekosistem masa depan dan pembangun merupakan tumpuan utamanya. Huawei berharap dapat menggabungkan kedua-dua keupayaannya yang terbuka dan inovatif serta minda pembangun yang hebat bagi mempercepatkan perjalanan kita ke arah masa depan semua-senario yang saling terhubung," kata Zhang Ping'an.

Keupayaan HMS terus dibangunkan dengan kelajuan sepantas kilat menerusi sokongan pembangun global

Pada tahun 2018 apabila AppGallery dan HUAWEI Music mula-mula disediakan di luar negara, HMS hanya memiliki 560,000 pembangun berdaftar di peringkat global. Dengan HMS Core 4 disediakan pada tahun 2019 ketika Huawei mengumumkan rancangannya untuk membina ekosistem mudah alih global, seramai 1.3 juta pembangun berganding bahu dengan HMS dan memanfaatkan 14 keupayaan terasnya. Menjelang tahun 2020, HMS Core 5 membawakan kira-kira 56 keupayaan dalam 7 kategori serta lima perkhidmatan enjin teras kepada 2.3 juta pembangun berdaftar di seluruh dunia. Kini, ekosistem HMS terus meraih kedudukan kukuh sebagai ekosistem mudah alih yang ketiga terbesar di dunia.

Dalam tiga suku pertama tahun ini, AppGallery mengedarkan lebih 332.2 bilion aplikasi ke seluruh dunia kepada 730 juta pengguna akhir Huawei – satu peningkatan sebanyak 13% berbanding tahun sebelumnya. Pengedaran Quick Apps juga melangkaui 11.5 bilion, memperlihatkan peningkatan 188% berbanding tahun sebelumnya.

Keupayaan rentas platform HMS Core 6 memperhebatkan pembangun meningkatkan aplikasi mereka

HMS Core 6 telah mengumumkan beberapa kit baharu untuk pembangun bagi membantu mereka mencipta fungsi-fungsi yang lebih kompetitif untuk aplikasi mereka susulan pelancarannya pada bulan Julai. Ia menawarkan sejumlah 69 Kit dan 21,738 API. Dibandingkan dengan HMS Core 5, keluaran terkini ini menampilkan 13 keupayaan terbuka sistem operasi silang dan 8,747 API baharu.

AV Pipeline Kit, 3D Modelling Kit, Video Editor Kit, Audio Editor Kit dan 5G Modem Kit merupakan antara beberapa Kit yang dilancarkan baru-baru ini yang disediakan kepada pembangun, bagi menyokong mereka yang terlibat dalam domain media, grafik, kecerdasan buatan (AI), perlindungan hak cipta dan sistem. Huawei turut menaik taraf perkhidmatan sedia ada seperti Computer Graphics Kit dan Network Kit, bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap fungsi-fungsi aplikasi pintar dan memperhebatkan lagi rakan kongsinya.

Dalam domain media, HMS Core 6 membuka 11 keupayaan secara keseluruhan, menambah keupayaan penyuntingan video dan audio baharu. Kit Editor Video ialah kit alatan sehenti yang dapat disepadukan dengan mudah ke dalam aplikasi, melengkapkannya dengan fungsi-fungsi penyuntingan video serba guna seperti import/eksport video, penyuntingan, persembahan dan pengurusan sumber media. APInya yang hebat, intuitif dan serasi membolehkan pembangun mencipta aplikasi penyuntingan video dengan mudah untuk pelbagai senario. Audio Editor Kit pula menyediakan pelbagai jenis keupayaan penyuntingan audio termasuk pemisahan sumber audio, audio ruang, pengubah video, pengurangan hingar dan kesan bunyi. Ini berperanan sebagai penyelesaian sehenti untuk pembangun mencipta fungsi-fungsi berkaitan audio dalam aplikasi mereka dengan kos lebih rendah dengan mudah.

Dalam domain grafik, HMS Core 6 telah menambah atau meningkatkan 7 keupayaan terbuka dengan 3D Modelling Kit menjadi sorotan. Kit berasaskan AI ini menyokong koleksi foto satu-klik dan penghasilan model 3D automatik yang dapat meningkatkan kecekapan penghasilan model dengan pengalaman profesional yang minimum diperlukan. Selain itu, Computer Graphics Kit memperkenalkan buat julung kali teknik persembahan "kabut volumetrik". Ciri grafik yang baharu ini menggunakan ciri pengesanan sinar waktu sebenar Scene Kit untuk menjadikan pantulan dinamik objek-objek permainan mudah alih lebih realistik. Penjejakan cahaya persekitaran AR Engine menyokong cahaya Ambien waktu sebenar bagi meningkatkan kesan kabut bayangan, sesuatu yang berguna terutamanya untuk permainan gaya 'cyberpunk'. 

Untuk AI, Huawei memperkenalkan SignPal Kit. Kit ini menukarkan teks kepada gerak isyarat bahasa isyarat dan mimik muka pada waktu sebenar dengan ketepatan lebih 90%, memberi manfaat kepada mereka yang hilang pendengaran dan menjadikan komunikasi tanpa halangan buat mereka.

Rangkaian penuh keupayaan HMS Core memperhebatkan pembangun untuk mencipta aplikasi berkualiti dengan penyelesaian kecerdasan, kontekstual dan berasaskan senario merentas pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet, TV pintar, peranti boleh pakai dan produk audio. Keupayaan yang terbuka ini juga dapat digunakan untuk mencipta aplikasi yang beroperasi menggunakan Android, HarmonyOS dan iOS dengan menggunakan kerangka pembangunan rentas platform seperti React Native dan Cordova.

Kemas kini untuk perkhidmatan enjin teras HMS menggalakkan fungsi-fungsi aplikasi pintar 

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna dan pembangunnya dan untuk terus menerobos sempadan fungsi-fungsi aplikasi pintar, Huawei mengumumkan kemas kini baharu untuk perkhidmatan enjin HMS Core melalui perkhidmatan aPaaS Huawei Cloud.

Zhang Ping'an menambah, "Matlamat kami adalah untuk mengemas kini enjin teras ini kepada perkhidmatan awan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembangun global."

Kedua-dua Petal Search dan Petal Maps Platform akan menerima kemas kini sepanjang bulan-bulan akan datang dan akan disediakan kepada pembangun sebagai perkhidmatan awan, seraya menunjukkan komitmen untuk menyediakan alatan yang paling inovatif kepada pembangun.

Huawei membawakan kemas kini termaju kepada Petal Search yang disukai ramai; Petal Search 2.0 akan menjadi enjin gelintar berbilang mod AI generasi seterusnya, menawarkan pengalaman carian yang inovatif dalam lebih 20 industri yang berbeza termasuk berita, video, membeli-belah, penerbangan, perniagaan tempatan dan banyak lagi. Selain menyokong lebih 70 bahasa, Petal Search boleh didapati di 170 negara serata dunia.

Dengan Carian sebagai satu Perkhidmatan, Huawei membuka sepenuhnya keupayaan Petal Search melalui SDK sisi-peranti dan API sisi-awan, membolehkan rakan kongsi ekosistem menyediakan dengan pantas pengalaman carian aplikasi mudah alih yang optimum. Dengan purata 8 bilion carian setiap hari, Petal Search membolehkan rakan kongsi untuk mengedarkan kandungan dengan cekap kepada pengguna melalui platform pengurusan UniBox proprietari Huawei.

Petal Maps merupakan satu lagi contoh teknologi Huawei yang membantu pembangun memenuhi standard pengguna Huawei yang tinggi. Persidangan hari ini memperlihatkan bagaimana Petal Maps telah mengumpul lebih daripada 260 juta unit maklumat POI (meningkat daripada 180 juta) dan 690 juta alamat (meningkat daripada 470 juta), lalu membantu pembangun memenuhi keperluan penentududukan dalam senario baharu. Boleh didapati di lebih 140 negara dan wilayah, Petal Maps dianugerahkan dengan Red Dot Design Award untuk pengalaman interaktifnya dan kini mempunyai anggaran 10 juta pengguna kumulatif.

Penaiktarafan Petal Maps akan menyaksikan platform ini dilengkapi dengan lebih banyak keupayaan termasuk penentududukan berketepatan tinggi, paparan peta topografi, pengalaman interaktif peta terpelbagai, carian data mendalam, panduan peringkat lorong yang berkualiti tinggi dan Map Studio. Bagi menjadikan platform ini lebih baik buat pembangun, Petal Maps Platform merangkumkan flyTo kepada paparan petanya agar pembangun dapat menyesuaikan peta mereka yang diperlukan oleh pengguna untuk menikmati pengalaman carian yang lebih realistik dan imersif. Map Studio kini disediakan untuk pembangun luar negara agar mereka dapat menyesuaikan peta dengan templat tersuai dan alatan penyunting gaya. Platform ini turut menawarkan ciri-ciri privasi yang baharu dan lebih baik dengan Huawei komited untuk melindungi data penggunanya.

Hari ini, HDC 2021 tahunan memberi peluang kepada Huawei untuk mengukuhkan semula komitmen terhadap pembangunnya, menunjukkan penyesuaian yang dapat dilakukan olehnya untuk memastikan perkhidmatannya kekal inovatif dan menarik.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services