omniture

GS4 dan GA6 Serba Baharu Menghiasi Bahagian Sisi Burj Khalifa

GAC MOTOR
2021-10-25 12:27 59

GUANGZHOU, China, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- GAC MOTOR dengan gembiranya mengumumkan pelancaran yang bakal berlangsung utuk GS4 Serba Baharu dan GA6 Serba Baharu di Timur Tengah. Pada 20 Oktober, iklan video GO AND CHANGE (MARA DAN UBAH) GAC MOTOR dipaparkan di Burj Khalifa Dubai sebagai penghormatan kepada pelancaran model-model baharu ini.

 

Pada 21 Oktober di Arab Saudi, kenderaan-kenderaan yang hebat ini sedia untuk dipesan dan tidak lama lagi akan disediakan di UAE dan Kuwait.

GS4 Serba Baharu

Bahagian luar yang direka bentuk semula menampilkan konsep reka bentuk yang cahaya & bayang-bayang yang diukir selain reka bentuk bumbung 'terapung', menjadikan kereta ini lebih bergaya tanpa menjejaskan keselesaan.

Di bahagian dalam, bahannya telah dinaik taraf untuk keselesaan tertinggi, dengan bahan tempat duduk yang berkualiti lebih tinggi, ruang kabin 1570mm yang sangat luas dan paparan papan pemuka dwi-skrin yang baharu.

Di bawah hud ialah enjin 270T yang besar, serta teknologi E-turbo BOSCH dan Reka Bentuk Senyap Menyeluruh (All-Round Silent Design, ASD) yang dapat memberi pengalaman pemanduan yang lancar, namun berkuasa dan amat responsif.

Ciri-ciri keselamatan yang canggih merangkumi sistem bantuan pemanduan pintar, beg udara berkualiti terbaik dan badan kereta keselamatan keluli dengan kekuatan tinggi turut menjadikan GS4 Serba Baharu ini pilihan yang mantap sebagai sebuah kereta keluarga.

GA6 Serba Baharu

Kereta sedan GA6 Serba Baharu yang dinaik taraf ini turut menampilkan reka bentuk baharu yang bergaya, dengan garis bahu tunggal yang luas merentasi seluruh panjang kereta ini. Lampu belakang LED selanjar dan paparan depan yang disatukan turut memberi nafas baharu kepada penampilannya.

Di bahagian dalam, bahan dan teknologi kesemuanya telah dinaik taraf. Penumpang akan turut mendapati bahawa ia mempunyai ruang kaki yang luas dan juga ruang simpanan yang besar, dengan banyak kompartmen bijak serta isipadu ruang barang sehingga 500L.

GA6 Serba Baharu ini memperkenalkan masa depan pemanduan kepada pengguna menerusi Sistem Pandu Auto L2 GAC MOTOR. Sistem ini mengoptimumkan pemanduan dengan mencadangkan pertukaran lorong dan membuat penyesuaian mengikut lalu lintas; ia akan disediakan dalam masa terdekat menerusi pasaran Timur Tengah.

Pelancaran dua model yang baharu ini merupakan bahagian yang penting untuk pembangunan GAC MOTOR yang berterusan bagi menjadi jenama antarabangsa yang mantap.

Semangat ketukangan Cina dibawa dalam seluruh kenderaan GAC MOTOR. GAC MOTOR yakin bahawa pelancaran GS4 Serba Baharu dan GA6 Serba Baharu yang berprestasi tinggi ini akan menyokong pertumbuhan jenama yang kukuh dalam pasaran luar negara yang penting ini, bagi membantu mencipta kehidupan bergerak yang lebih baik buat pelanggan di serata dunia.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Advertising Auto Computer/Electronics Transportation New products/services