omniture

BondEvalue dan FinIQ tandatangani MOU tawar bon pecahan

BondEvalue
2021-10-26 08:39 133

SINGAPURA, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Bon pecahan kini akan disediakan di platform FinIQ. Bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang menggunakan FinIQ akan mendapat akses langsung kepada BondbloX Bond Exchange (BBX). Ini akan membolehkan bank-bank ini memperdagangkan pendapatan tetap secara langsung berdasarkan kepada penyelesaian bersyarat yang segera di BBX. Bank-bank juga boleh menawarkan akses langsung kepada pelanggan kekayaan mereka untuk perdagangan pendapatan tetap seperti mana untuk nota berstruktur di platform FinIQ.

BondEvalue dan FinIQ tandatangani MOU tawar bon pecahan
BondEvalue dan FinIQ tandatangani MOU tawar bon pecahan

Shodhan Shah, pengarah FinIQ, mengulas "Kerjasama kami dengan BondEvalue mengukuhkan lagi tawaran teras kami untuk menyediakan platform pelaksanaan dan pentadbiran (front-to-back) untuk pengurus kekayaan yang mendigitalkan proses penjualan dan pengedaran. Kami dapat melihat peningkatan permintaan untuk bon digital daripada pelanggan kami."

"Selangkah ke arah pendigitalisan, pendemokrasian dan akses langsung kepada pelaburan bon. Ini membawa kami lebih hampir kepada matlamat kami bagi membolehkan setiap pelabur ekuiti untuk turut membeli bon," kata Rajesh Johar, Pengasas Bersama BondEvalue.

"Kami gembira untuk berganding bahu dengan FinIQ dalam perjalanan kami untuk mendemokrasikan bon dagangan. Kira-kira 40 bank dan tempat menggunakan seni bina terbuka FinIQ untuk memberi sebut harga langsung dan tangkapan pesanan segera dengan satu klik butang untuk pelbagai produk kewangan. Menggunakan bondblox, bank-bank swasta akan berupaya untuk menawarkan portfolio bon yang lebih diperibadikan dan dibezakan."

Latar Belakang Bondevalue

BondbloX Bond Exchange ("BBX") ialah bursa bon pecahan pertama di dunia yang dilancarkan oleh BondEvalue. Dikawal selia sebagai Operator Pasaran Teriktiraf oleh Penguasa Kewangan Singapura, BondEvalue mentransformasikan pasaran bon dengan membolehkan pihak pelabur melakukan perdagangan bon elektronik terhadap bon pecahan ("BondbloX") melalui bank rakan kongsi dan broker. BBX telah berintegrasi dengan kustodian global Northern Trust dan Citibank.

Sebagai bursa, penyelesaian adalah bersyarat, harga adalah telus sepenuhya dan pelaksanaan dibuat melalui Buku Pesanan-Had-Pusat. Teknologi proprietari dan rantaian blok gred perusahaan BondEvalue membolehkan pihak pelabur membeli dan menjual bon dengan denominasi SGD/US$1,000, bukannya SGD 250,000/US$200,000 yang biasa.

Latar Belakang FinIQ

FinIQ ialah penyedia teknologi pasaran modal yang berpangkalan di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2001, hari ini FinIQ memenuhi keperluan pengurusan pesanan, pelaksanaan terbaik, pematuhan, kesesuaian, dokumentasi, penilaian dan kitaran hayat pasca-perdagangan lebih 40 institusi kewangan.

Platform ini digunakan oleh hampir 15,000 pemilik bank merentas 21 negara untuk memperdagangkan instrumen kewangan secara elektronik termasuk derivatif, produk berstruktur, swap, dana, bon, ekuiti tunai dan pertukaran asing (FX) tunai. Aplikasi Terus kepada Pelanggan (Direct to Client) dan API juga ditawarkan selain daripada platform perusahaan.

 

 

Source: BondEvalue
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology