omniture

CGTN: 50 tahun berlalu, kisah PBB China diteruskan dengan harapan untuk keamanan, multilateralisme, kerjasama

CGTN
2021-10-27 03:44 158

BEIJING, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Lima puluh tahun yang lalu, pada 25 Oktober, kerusi sah Republik Rakyat China (PRC) telah dikembalikan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah pertubuhan antarabangsa ini.

Memulakan perjalanan baharu kisah PBB China pada tahun ini, negara ini telah berikrar bahawa ia akan tetap berpegang kepada aspirasi asalnya selepas mengalami jatuh bangun sejak setengah abad yang lalu, lantas menyeru usaha bersama untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama buat umat manusia.

China sentiasa menjadi pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global dan pembela keharmonian antarabangsa, kata Presiden Xi Jinping dalam ucapan beliau di mesyuarat peringatan yang menandakan peristiwa bersejarah ini pada hari Isnin.

Lima dekad yang luar biasa 

Melihat kembali sepintas lalu mengenai perjalanan gemilang China bersama PBB, Presiden menyifatkan pengembalian kerusi PRC di PBB ini sebagai satu kemenangan buat rakyat China serta dunia.

Ia tercapai hasil daripada usaha bersama daripada kesemua negara yang cintakan keamanan yang membela keadilan di dunia ini dan melambangkan kembalinya rakyat Cina atau kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia ke pentas PBB yang mempunyai kepentingan yang cukup luas buat China dan dunia, kata beliau.

50 tahun yang lalu telah menyaksikan pembangunan China yang aman dan komitmennya terhadap kebajikan semua umat manusia, tambah beliau.

Tahun ini, China mencapai kemenangan penuh dalam perjuangannya membasmi kemiskinan mutlak, merealisasikan matlamat untuk membina sebuah masyarakat yang sederhana makmur dalam segenap aspek dan memulakan perjalanan baharu ke arah membina sebuah negara sosialis moden.

Sejak pengembalian kerusi sahnya di PBB pada tahun 1971, China telah memainkan peranan yang lebih aktif dalam hal ehwal antarabangsa.

Sebagai contoh, sebagai negara sedang membangun yang terbesar di dunia dan salah satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China telah menghantar lebih 50,000 pasukan pengaman untuk operasi pengaman PBB dan kini merupakan penyumbang kewangan kedua terbesar untuk PBB dan juga operasi pengaman PBB.

Perjalanan baharu ke arah dunia yang lebih baik 

Menyeru semua pihak untuk mengikuti aliran sejarah yang berlaku ketika ini, Presiden Xi menegaskan kepentingan untuk menentang segala bentuk hegemoni, politik kuasa, unilateralisme dan fahaman perlindungan.

"Kita harus bersungguh-sungguh memperjuangkan keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan yang merupakan nilai bersama umat manusia dan saling bekerjasama untuk menyediakan falsafah panduan yang betul bagi membina dunia yang lebih baik," kata beliau.

Kemudian beliau menekankan mengenai pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia – visi utama negara ini untuk bersama-sama menangani cabaran global semasa. Penduduk di seluruh dunia menjalani kehidupan dalam "komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama," ujar Xi kepada dunia buat kali pertama dalam ucapan beliau di Moscow, Rusia pada 23 Mac 2013.

Pada hari Isnin, beliau menghuraikan bahawa pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia bukan bererti menggantikan satu sistem atau tamadun dengan sistem atau tamadun yang lain. "Sebaliknya, ia mengenai negara-negara yang mempunyai sistem sosial, ideologi, sejarah, budaya, tahap pembangunan berbeza yang bersatu demi kepentingan bersama, hak bersama dan tanggungjawab bersama dalam hal ehwal global serta mewujudkan sinergi yang terbesar untuk membina dunia yang lebih baik," kata beliau.

Menonjolkan mengenai keperluan adanya faedah bersama dan hasil yang saling menguntungkan, beliau berkata pembangunan memberi makna hanya apabila pembangunan tersebut adalah demi kesejahteraan rakyat dan dapat bertahan hanya apabila ia didorong oleh rakyat.

Dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui pautan video di Perbahasan Umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB pada bulan September, Xi mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global untuk memandu pembangunan di serata dunia ke arah pertumbuhan yang lebih seimbang, terselaras dan inklusif dalam menghadapi kejutan teruk akibat COVID-19.

Menyimpulkan ucapan beliau, beliau menegaskan mengenai peranan PBB dan menyeru semua negara untuk menghormati PBB, menjaga keluarga PBB dengan baik dan mengelakkan daripada mengeksploitasi keluarga ini.

"Ayuh kita bergandingan tangan, berada di pihak yang benar dalam sejarah dan juga di sisi kemajuan manusia dan berusaha tanpa mengenal penat lelah demi pembangunan dunia yang berkekalan dan aman serta bagi membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia," kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-25/Xi-attends-event-marking-restoration-of-PRC-s-lawful-seat-in-UN-14DOanrXxcs/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion