omniture

Geberit Bawakan Pengubahsuaian Rumah Lebih Pantas dengan Monolith Puro yang Licin Berkilat dan Bergaya

Geberit North and South East Asia
2021-10-28 08:00 1822

SINGAPURA, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan semakin ramai pemilik rumah di serata dunia berusaha untuk menghias semula rumah dan bilik mandi mereka, Geberit, peneraju pasaran bagi produk sanitari, menonjolkan Monolith Puro yang licin berkilat dan bergaya sebagai penyelesaian untuk pengubahsuaian segera terhadap mana-mana bilik mandi. Dengan reka bentuknya yang fleksibel dan mampan, Monolith Puro direka bentuk untuk merevolusikan wajah dan prestasi bilik mandi demi kualiti hidup yang lebih baik.

Melihatkan orang ramai yang meluangkan lebih banyak masa di rumah semasa COVID-19, pemilik rumah menyedari akan keperluan terhadap barangan hiasan dan reka bentuk untuk memastikan ruang mereka lebih menarik. Hasilnya, ini mendorong lonjakan dalam pengubahsuaian rumah. Menurut satu laporan, pasaran hiasan rumah Asia Pasifik dijangka meningkat sebanyak 5.8% CAGR antara tahun 2019 dan 2025 dan sebahagian besar daripada pertumbuhan ini dapat dikaitkan dengan peningkatan dalam projek-projek pengubahsuaian dapur dan bilik mandi.

"Monolith Puro mempunyai reka bentuk yang benar-benar mengagumkan dengan gaya abadi demi lebih kemudahan dan kelestarian. Kombinasi reka bentuk dan fungsi yang menarik ini mendorong pemilik rumah untuk mendapatkan sentuhan keanggunan tanpa perlu melabur dalam pengubahsuaian yang mahal dan memakan masa," kata David Lee, Ketua Sistem Sanitari Geberit Asia Utara dan Tenggara.

Monolith Puro: Lebih kefleksibelan, gaya dan fungsian

Secara konvensional, pemasangan tangki baharu memerlukan modifikasi struktur terhadap reka bentuk bilik mandi sedia ada. Namun begitu, Monolith Puro menawarkan kaedah alternatif yang dapat dipasang dengan cepat menggunakan sambungan dan saliran sedia ada. Menampilkan reka bentuk modular dan tangki yang disepadukan, modul-modul ini serasi dengan hampir semua perkakas seramik tandas dirian di lantai yang standard.

Dinding tidak perlu dipecahkan dan sambungan air dan saliran sedia ada dapat digunakan, maka tugas dikekalkan pada tahap minimum. Selepas pemasangan, tandas dapat digunakan lagi dalam masa beberapa jam sahaja. Di samping itu, pemasangan Monolith Puro menyebabkan terdapatnya sedikit bunyi yang bererti sedikit gangguan dan kurang pembersihan.

Dengan reka bentuk yang langsing, Monolith Puro dapat membantu menjimatkan ruang dalam bilik mandi apabila ia menggantikan reka bentuk besar tandas ganding rapat konvensional. Dalam masa yang sama, dwi-pancur yang menjimatkan air dan bahan-bahan kelas pertama memastikan modul-modul sanitari dapat memenuhi malah permintaan yang tertinggi.

Monolith Puro didatangkan dengan pilihan warna Putih atau Hitam klasik serta Deep Sea, Ocean Breeze dan Merah terang. Selain daripada warna-warna kontemporari ini, pengguna boleh memilih cetakan Buluh yang mewah — memastikan modul-modul sesuai dengan hampir setiap persekitaran sekali gus meningkatkan reka bentuk kawasan tersebut.

Warna-warna baharu diperkenalkan untuk siri Monolith dinding gantung

Selain daripada Monolith Puro baharu, Geberit juga memperkenalkan pelbagai warna baharu untuk siri Monolith dinding gantung sedia adanya yang menawarkan ciri-ciri yang serupa dengan Monolith Puro. Dengan jenis modul sanitari yang berbeza dan kombinasi warna yang kontemporari, rangkaian Monolith menyediakan lebih banyak pilihan reka bentuk bilik mandi kepada pelanggan.

Geberit telah melancarkan tiga warna salutan permukaan mengikut perkembangan yang baharu untuk Monolith dinding gantung: Lava, Sand Grey dan Mint yang menyertai pilihan warna Hitam dan Putih klasik sedia ada. Dua kesan salutan tambahan iaitu Konkrit Tembikar Batu dan Batu Loh Tembikar Batu turut disediakan.

Rangkaian Monolith Puro yang terkini boleh didapati sekarang di semua negara di Asia Pasifik termasuk Singapura, Filipina, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Sementara itu, versi dinding gantung Monolith juga disediakan di negara-negara yang sama di seluruh Asia Pasifik, kecuali Singapura.

Untuk maklumat lanjut dan untuk membeli, sila kunjungi https://www.geberit.com.sg/products/bathroom-products/geberit-monolith/

Latar Belakang Geberit 

Geberit Group yang beroperasi di seluruh dunia merupakan peneraju Eropah dalam bidang sistem dan teknologi bilik mandi. Geberit beroperasi dengan kehadiran tempatan yang kukuh di kebanyakan negara Eropah, menyediakan nilai tambahan unik apabila melibatkan teknologi sanitari dan seramik bilik mandi. Jaringan pengeluarannya mencakupi 29 kemudahan pengeluaran, yang mana 6 daripadanya terletak di luar negara. Kumpulan ini beribu pejabat di Rapperswil-Jona, Switzerland. Dengan sekitar 12,000 pekerja kira-kira di 50 negara, Geberit menjana jualan sebanyak CHF 3.0 bilion pada tahun 2020. Saham Geberit disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan telah dimasukkan ke dalam SMI (Swiss Market Index) sejak tahun 2012.

 

Source: Geberit North and South East Asia
Keywords: Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics Real Estate New products/services