omniture

Ni Fei, Presiden ZTE Mobile Devices: Perkukuh "InnovAction" dan bina ekosistem terminal 5G senario-penuh

ZTE Corporation
2021-10-28 09:39 234

SHENZHEN, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Ni Fei, Naib Presiden Kanan ZTE dan Presiden ZTE Mobile Devices telah menyampaikan ucapan dasar mengenai "Mencapai Kejayaan Baharu dengan InnovAction" di Persidangan Penganalisis ZTE 2021, berkongsi sasaran pembangunan masa depan dan langkah-langkah strategik oleh ZTE Mobile Devices.

Ni Fei, Presiden ZTE Mobile Devices: Perkukuh "InnovAction" dan bina ekosistem terminal 5G senario-penuh
Ni Fei, Presiden ZTE Mobile Devices: Perkukuh "InnovAction" dan bina ekosistem terminal 5G senario-penuh

Beliau berkata: ZTE Mobile Devices akan menuju "Semua dalam 5G" dalam pasaran China, mengukuhkan lagi kedudukan teras telefon mudah alih dalam Internet mudah alih dan terus membina ekosistem terminal 5G senario-penuh. Sementara itu, ZTE akan mengukuhkan kedudukan "InnovActor", memacu pengkomersialan teknologi termaju dengan "inovasi + tindakan", menyepadukan jenama, saluran dan pasaran untuk melakukan usaha bersepadu dan menyokong perniagaan terminal dengan komprehensif bagi mencapai kejayaan baharu.

Dengan pengumpulan teknologi yang mendalam dan keupayaan inovasi, peningkatan yang signifikan telah dicapai dalam perniagaan ZTE Mobile Devices pada separuh pertama tahun 2021. Antaranya, kadar pertumbuhan pendapatan domestik mencecah 150% manakala kadar pertumbuhan pendapatan pasaran antarabangsa mencecah 50%. SoM 5G CPE menduduki tempat pertama di dunia. Lebih 100 juta unit peranti terminal ZTE akan dihantar sepanjang tahun yang mana lebih 50% akan mengguna pakai cipset rekaan dalaman. Di bawah sasaran keseluruhan ZTE untuk memasuki senarai 500 terbaik dunia dalam dua hingga tiga tahun, sasaran kadar pertumbuhan tahunan yang baharu sebanyak lebih daripada 200% untuk pasaran domestik dan lebih daripada 50% untuk pasaran luar negara dibangunkan untuk perniagaan Peranti Mudah Alih.

Menuju "Semua dalam 5G" dalam Pasaran China dan terus membina pengalaman pintar senario-penuh 

Hari ini, industri elektronik pengguna berada dalam era baharu evolusi yang dipercepatkan, belahan berterusan dan inovasi bersepadu. Trend 5G melanda seluruh dunia, senario penggunaan terus berkembang dan pasaran pulih secara beransur-ansur dalam era pasca-epidemik. Dalam menghadapi peluang baharu untuk pembangunan pasaran telefon pintar 5G dan produk Internet mudah alih, ZTE Mobile Devices akan menuju semua dalam 5G pada masa akan datang, terus mengukuhkan strategi produk "terminal besar" dan membina masa depan yang baharu untuk 5G dengan pengalaman pintar senario-penuh.

Dari segi pembinaan ekosistem, ZTE Mobile Devices akan terus meningkatkan sistem produk pintar "1+2+N", menggalakkan transformasi dan evolusi "ekologi-perkhidmatan-perisian-perkakasan", menyepadukan telefon pintar, data peribadi dan data keluarga serta memberikan pengalaman pintar 5G menyeluruh yang berkisarkan empat senario iaitu sukan & kesihatan, perjalanan perniagaan, rumah & pendidikan serta hiburan audio-visual. Berdasarkan kepada seni bina ekologi keseluruhan, ZTE Mobile Devices akan mengukuhkan lagi peranan utama telefon pintar dalam Internet mudah alih, terus meningkatkan keupayaan produk dalam empat bidang utama iaitu reka bentuk, fotografi, telekomunikasi dan interaksi OS serta mencipta interaksi dan sambungan berbilang skrin agar dapat mencapai IoT yang bertumpukan kepada telefon pintar.

Dalam bidang produk Internet mudah alih, ZTE Mobile Devices akan mengukuhkan lagi kedudukan utamanya dalam pasaran global. Ketika ini, produk Internet mudah alih ZTE meliputi terminal data peribadi dan keluarga, terminal saling sambung industri dan terminal IoV. Penghala 5G menduduki tempat pertama dalam pasaran pengendali global. Dari segi SoM, ZTE Mobile Devices akan berusaha untuk terus menduduki tempat pertama dalam pasaran produk MBB yang berkualiti tinggi dan dari segi kapasiti teknikal, ia akan mengekalkan paten 5G dan prestasi produk di kedudukan yang utama. Dalam masa yang sama, ia akan meluaskan produk IoT secara komprehensif kepada kenderaan, industri dan sebagainya, lalu menjadi No.1 dalam perniagaan Internet mudah alih global.

Mengukuhkan "InnovAction" dan membawakan cipset rekaan dalaman ke tahap baharu

Di bawah strategi produk "terminal besar", ZTE Mobile Devices akan mengukuhkan lagi "InnovAction" dalam bidang teknikal, terus menggalakkan inovasi teknologi termaju dan mengukuhkan "kuasa tindakan" untuk pendaratan komersial pada masa depan. Dari segi teknologi teras yang mendasari, ZTE Mobile Devices akan menggabungkan cipset rekaan dalaman ke dalam perancangan pembangunan yang bersungguh-sungguh dan berusaha untuk meningkatkan keupayaan bebasnya dan juga tahap inovasi. Ketika ini, ZTE telah memohon 4,400 paten untuk cipset dan memiliki kira-kira 1,950 paten yang dibenarkan. Antaranya, cipset rekaan dalaman terminal telah meliputi komunikasi peribadi, rumah, IoV, pemantauan industri dan bidang-bidang lain. Pada masa akan datang, ZTE Mobile Devices merancang untuk terus meningkatkan keupayaan platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta meluaskan lagi proposisi aplikasi cipset rekaan dalaman.

Dalam bidang telefon pintar, ZTE Mobile Devices, sebagai perintis bagi kamera bawah-paparan dan fotografi pengkomputeran gabungan akan terus mempromosikan kemas kini dan lelaran teknologi yang relevan, menerajui laluan yang serba baharu dalam industri telefon pintar. Sementara itu, bergantung pada produk terminal "1+2+N" dengan ekosistem yang lengkap, ia akan mencipta komunikasi pintar AI berasaskan senario dengan lebih lanjut dan mencipta penyelesaian rangkaian terminal yang pintar dan profesional sebagai respons kepada keperluan melibatkan keandalan tinggi, keselamatan tinggi, kependaman rendah dan lebar jalur tinggi dalam senario berbeza menerusi bidang aplikasi yang popular seperti pejabat bergerak, e-sukan dan penstriman langsung.

Dalam pasaran IOV yang terus meningkat, ZTE Mobile Devices akan meneroka model perniagaan dan inovasi senario untuk menggalakkan pembangunan industri C-V2X dan pembinaan pengangkutan pintar secara komprehensif. Menggunakan 5G dan C-V2X untuk membentuk sistem penyelarasan menyeluruh melibatkan individu, kenderaan, infrastruktur, rangkaian dan awan, kami dapat mencipta hubungan komunikasi dengan kependaman rendah dan keandalan tinggi serta merealisasikan rangkaian pengangkutan pintar yang lebih cekap, lebih pintar dan lebih selamat. Ketika ini, ZTE Mobile Devices telah menjalin kerjasama strategik yang mendalam dengan beberapa perusahaan automotif kelas pertama dan jumlah produk penghantaran kumulatif produknya mencecah paras satu juta.

Menyelaraskan jenama dan saluran dengan sepenuhnya, mencapai pertumbuhan perniagaan global yang berterusan  

Menerusi keupayaan produk dan inovasi teknologi sebagai asas kukuh, ZTE Mobile Devices akan turut menyelaraskan sepenuhnya strategi jenama, saluran dan pasaran pada masa akan datang agar dapat mengekalkan pembangunan yang pesat di China dan pertumbuhan mantap di dunia. Dari segi susun atur jenama, ZTE Mobile Devices akan membuat penyepaduan seterusnya bagi tiga jenama utama khususnya ZTE, Nubia dan Red Magic serta meluaskan segmen pasaran domestik. Melalui penyusunan jenama-jenama yang berkesan, imej telefon pintar ZTE yang serba baharu dengan teknologi yang boleh dikenali, kualiti yang tinggi dan keremajaan telahpun dicipta. Antaranya, Axon memfokuskan kepada ahli perniagaan, menyokong pencapaian kuasa keusahawanan sosial manakala Nubia merupakan jenama fesyen untuk pengguna muda bagi mencipta ciri keindividuan sementara Red Magic memfokuskan kepada bidang e-sukan, mengukuhkan label jenama tegar, keghairahan dan kesegaran agar dapat meliputi populasi yang dibezakan.

Dari segi pembinaan saluran, ZTE Mobile Devices akan memberi tumpuan untuk meluaskan operasi yang diperbaharui dan menggunakan sistem digital untuk menggalakkan pemerkasaan komprehensif saluran terminal. Antaranya, kedai pengalaman 5G akan memfokuskan untuk mencipta pengalaman imersif sebagai kedudukan yang penting dan penghubung untuk interaksi bersama pengguna dan peminat. Sementara itu, saluran pengedaran akan diperluas dan pembinaan sistem runcit luar talian akan ditingkatkan bergantung pada model pembinaan bersama saluran. ZTE Mobile Devices merancang untuk membina 5,000 saluran jualan luar talian pada tahun 2021 dan sehingga kini, 4,000 saluran jualan luar talian telahpun dibangunkan dan skala sistem runcit mula terbentuk. Di samping itu, ZTE Mobile Devices akan membawa kelebihan ZTE yang konsisten dalam kalangan pelanggan kerajaan dan korporat, terus membangunkan saluran politik dan komersial serta membangunkan sistem jualan berbilang peringkat dengan liputan penuh.

Dalam pasaran luar negara, ZTE Mobile Devices akan melaksanakan dasar khusus-negara, mengguna pakai strategi yang berbeza berdasarkan kepada perbezaan dalam persekitaran pasaran dan pembangunan 5G di pelbagai negara dan memfokuskan kepada negara-negara utama untuk meningkatkan keupayaan dalam operasi yang intensif dan pembangunan mampan. Ketika ini, jualan ZTE Mobile Devices meliputi lebih daripada 160 negara dan wilayah serta terdapat lebih daripada 100 juta pengguna telefon pintar yang aktif di seluruh dunia. ZTE Mobile Devices mengekalkan kerjasama yang erat bersama lebih daripada 3,000 rakan saluran di dunia dan menjalin hubungan kerjasama yang strategik dengan 50 pengendali terunggul. Dalam bidang E-dagang, ZTE Mobile Devices akan terus menyepadukan E-dagang miliknya dan platform E-dagang pihak ketiga agar dapat meningkatkan liputan pasaran dan keupayaan perkhidmatan.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian komunikasi lengkap hujung-ke-hujung, perniagaan terminal merupakan salah satu hala tuju yang menyokong pertumbuhan perniagaan ZTE pada masa akan datang. Berdepan dengan peluang dan cabaran baharu, ZTE Mobile Devices dipandu oleh sasaran baharu jenama ini akan menuju semua dalam 5G dengan bantuan pembangunan 5G, berusaha sedaya upaya untuk "InnovAction". Ia komited untuk mengubah impian menjadi kenyataan dengan teknologi dan terus berusaha melalui penyelarasan dengan jenama, produk dan saluran, menjangkakan untuk mencapai kuasa teknologi yang penting demi pembangunan industri terminal pintar.

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news