omniture

American Capital Energy & Infrastructure Lantik Abhay Pande sebagai Pengarah Urusan

American Capital Energy & Infrastructure
2013-08-15 12:39 101

ANNAPOLIS, Maryland, 15 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure hari ini mengumumkan ia telah melantik Abhay Pande sebagai Pengarah Urusan yang bertanggungjawab untuk penyumberan, penajaan jamin dan menguruskan pelaburan tenaga dan prasarana di Asia. En. Pande mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam perbankan pelaburan dan perundingan dan telah menjadi penasihat pelbagai syarikat dalam sektor tenaga tentang penggabungan dan pemerolehan, tawaran awam permulaan, pendanaan LBO dan ekuiti serta tawaran hutang.

"Kami gembira dapat mengalu-alukan Abhay ke American Capital Energy & Infrastructure ketika kami terus membina platform kami di Asia dan berusaha untuk mengenalpasti peluang pelaburan menarik dan membina perhubungan dengan rakan kongsi rantau ini," kata Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif American Capital Energy & Infrastructure. "Abhay membawa bersama pengalaman yang bernilai dengannya, setelah bekerja dengan banyak syarikat dan pasukan pengurusan dalam sektor tenaga dan perindustrian serata Asia. Penyertaan beliau ke dalam pasukan American Capital Energy & Infrastructure merupakan kemajuan penting bagi usaha kami dalam rantau ini."

Sebelum menyertai American Capital Energy & Infrastructure, En. Pande berkhidmat dalam pelbagai jawatan perbankan pelaburan di divisyen perbankan pelaburan Citigroup, termasuk sebagai Ketua Bersama Asian Energy Group dan Ketua South East Asia Industrials.  Di Citigroup, beliau bertanggungjawab untuk menasihati unsur sektor tenaga tentang penggabungan dan pemerolehan serta aktiviti pasaran modal. Sebelum menyertai Citigroup, En. Pande merupakan Ketua di A.T. Kearney, firma perundingan pengurusan, menasihati beberapa lembaga pengarah dan pasukan pengurusan eksekutif tentang penggabungan dan pemerolehan serta penyahlaburan dalam sektor pengangkutan dan prasarana.

TENTANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE 
American Capital Energy & Infrastructure melabur dalam aset prasarana tenaga global, termasuk fasiliti penjanaan kuasa, penyebaran kuasa dan rangkaian transmisi, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api dan produk serta syarikat perkhidmatan yang bertumpu terhadap sektor kuasa dan tenaga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

TENTANG AMERICAN CAPITAL
American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) ialah firma ekuiti swasta dagangan awam dan pengurus aset global. American Capital, secara langsungnya dan melalui perniagaan pengurusan asetnya, mencetuskan, menaja jamin dan menguruskan pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran tengah, kewangan berkeumpilan, hartanah, tenaga dan prasarana serta produk berstruktur. American Capital menguruskan aset bernilai $21 bilion, termasuk aset kunci kira-kiranya dan aset yang mendapat fi di bawah pengurusan pengurus bersekutu, dengan jumlah aset bernilai $119 bilion di bawah pengurusannya (termasuk aset berkeumpilan). Melalui rakan sekutu, American Capital menguruskan American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC) dagangan awam dengan nilai buku bersih kira-kira $10 bilion dan American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dengan nilai buku bersih kira-kira $1 bilion. Daripada lapan pejabatnya di AS dan Eropah, American Capital serta sekutunya, European Capital, akan mempertimbangkan peluang pelaburan daripada $10 juta hingga $750 juta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com.

Hubungi: +1 (443) 214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif 
Richard Santoroski, Pengarah Urusan
Rajeev Garside, Naib Presiden

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Oil/Energy Utilities Personnel announcements