omniture

Cik Chen Zhiping, Naib Presiden ZTE: Jalan Digital menuju Keneutralan Karbon

ZTE Corporation
2021-10-30 04:26 130

SHENZHEN, China, 30 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarbangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Cik Chen Zhiping, Naib Presiden dan Pengurus Besar Jabatan Penjenamaan di ZTE, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Jalan Digital menuju Keneutralan Karbon" dan berkongsi bagaimana ZTE dapat membantu syarikat-syarikat dalam pelbagai industri untuk menjimatkan tenaga, mengurangkan emisi dan akhirnya menggalakkan pencapaian matlamat keneutralan karbon masyarakat melalui inovasi teknologi digital ZTE.

Cik Chen Zhiping, Naib Presiden ZTE: Jalan Digital menuju Keneutralan Karbon
Cik Chen Zhiping, Naib Presiden ZTE: Jalan Digital menuju Keneutralan Karbon

"Bagi mencapai matlamat dan menyahut cabaran penjimatan tenaga dan pengurangan emisi dalam seluruh industri ini, kami percaya bahawa pendigitalisan akan dapat membantu industri-industri tradisional," kata Cik Chen.

Sebagai pemacu bagi ekonomi digital, ZTE menggunakan inovasi teknologi untuk membuka jalan yang mesra alam untuk ekonomi digital dan mendorong pencapaian bagi matlamat dwi-karbon melalui operasi mesra alam, rantaian bekalan mesra alam, Infrastruktur ICT mesra alam dan industri mesra alam.

Berikut merupakan kompilasi ucapan Cik Chen:

Pada tahun 2020, selain daripada COVID-19 yang menular di seluruh dunia, adakah anda merasakan bahawa suhu adalah sedikit berbeza? Pada Jun 2020, sebuah bandar Siberia di Lingkaran Artik mencecah suhu setinggi 38 darjah! Ini merupakan suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di lingkaran Artic. Sekiranya kenaikan suhu global ini dikawal dalam 1.5 darjah, sejumlah besar kerugian dan risiko yang disebabkan oleh perubahan iklim akan dapat dielakkan.

Ketika ini, keneutralan karbon telah menjadi satu konsensus global.

Menjelang Jun 2021, 137 negara telah mencadangkan sasaran peneutralan karbon dan lebih daripada 1200 perusahaan komited untuk menyertai SBTi, dengan syarikat-syarikat gergasi ICT global menjadi peneraju dalam menetapkan objektif-objektif karbon sifar yang strategik. China telah mengumumkan komitmen dan sasaran emisi karbon.

Teknologi digital memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat keneutralan karbon 

Sekiranya kita ingin mencapai matlamat keneutralan karbon global, industri-industri tradisional sedang menghadapi cabaran yang lebih besar untuk mengurangkan penggunaannya. Industri ICT menyumbang sebanyak 2% daripada emisi karbon keseluruhan di dunia setiap tahun. Dengan pertumbuhan dari segi penggunaan infrastruktur digital, pengurangan emisi ICT juga menghadapi cabaran yang cukup besar. ITU (Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa) mengumumkan bahawa industri ICT akan mengurangkan emisi sebanyak 45% menjelang tahun 2030.

Dengan pemecutan transformasi digital, teknologi yang diwakili oleh 5G, data raya, pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan bertambah baik secara berterusan dan teknologi digital digunakan dengan lebih luas dalam semua lapisan masyarakat. 

Kita dapat meningkatkan kecekapan peruntukan dan pengeluaran sumber serta kehidupan melalui sambungan, simpanan, pengiraan dan aplikasi data yang cekap. Banyak data kajian menunjukkan bahawa teknologi digital dapat membantu industri-industri lain mengurangkan emisi karbon sebanyak lebih daripada 10 kali ganda berbanding dengan emisi karbon indusri ICT ini sendiri. Dapat dilihat bahawa teknologi digital memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat keneutralan karbon.

Jadikan sebagai satu contoh, ZTE mengambil laluan pembangunan mesra alam dalam transformasi digital. 

Sebagai pengamal yang positif bagi pembangunan mesra alam, ZTE menggalakkan pengurusan perlindungan terhadap alam sekitar dalam operasi pejabat dan pengeluaran bagi mengurangkan penggunaan sumber alam semula jadi.

Syarikat ini telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan emisi karbon korporat seperti mengusahakan pengeluaran mesra alam dan memulihara sumber dan tenaga melalui transformasi proses pengeluaran yang berterusan.

Melalui pengoptimuman proses pengeluaran (penuaan suhu tinggi), penjimatan kuasa tahunan melebihi 30 juta kWj. Kami memulakan pengurusan pengesanan jejak karbon dalam seluruh kitaran hayat produk. Kami mempromosikan penyaman udara pintar dan lampu pintar untuk mengurangkan penggunaan kuasa elektrik sekali gus memastikan persekitaran kerja yang selesa untuk pekerja. Melalui penjanaan kuasa fotovolta mesra alam, output elektrik tahunan telah melebihi 3 juta kWj. Di samping itu, syarikat ini turut bekerjasama dengan lebih daripada 160 penyedia perkhidmatan alam sekitar global untuk membina rangkaian kitaran mesra alam global.

Sasaran karbon kami turut bergantung pada penyahkarbonan proses produk dan perkhidmatan huluan. Kami bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran untuk mencapai secara bersama penjimatan temaga dan pengurangan emisi dalam pemilihan bahan, pengitaran semula bahan dan logistik.

Setakat ini, lebih daripada 40 pembekal utama telah membangunkan rancangan strategik pengurangan karbon. Kebanyakan pembekal datangnya daripada kalangan rakan kongsi dengan komitmen bersasar dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Pengurusan perolehan menggalakkan secara aktif emisi karbon pihak pembekal dalam banyak cara. Ia terus meningkatkan daya saing pembangunan rendah karbon dan mampan untuk rantaian bekalan kami.

Infrastruktur digital mesra alam membantu pengendali membina rangkaian rendah karbon 

Bagi infrastruktur digital, tapak tanpa wayar dan pusat data menempati proposisi penggunaan tenaga yang terbesar. Emisi karbon dapat dikurangkan dengan memperkenalkan kuasa mesra alam, membina tapak mesra alam dan pusat data mesra alam.

Secara spesifik, dalam proses untuk membina infrastruktur tenaga rangkaian komunikasi, ZTE mencadangkan rangkaian tenaga "sifar-karbon" yang baharu dengan konsep "mesra alam, cekap, pintar dan andal" bagi meningkatkan proposisi penggunaan tenaga mesra alam.

Dengan peningkatan trafik komunikasi tahunan dan penggunaan 5G secara besar-besaran, proposisi penggunaan tenaga tapak kepada penggunaan tenaga seluruh rangkaian melebihi 45% yang merupakan kunci untuk mengurangkan emisi.

Sebagai pembekal peralatan ICT yang terkemuka, ZTE Corporation menerapkan konsep rendah karbon dan perlindungan terhadap alam sekitar ke dalam reka bentuk produk tapak dan pelaksanaan penyelesaian untuk terus menyampaikan nilai bagi penciptaan tapak mesra alam.

Dengan pembangunan pelbagai perkhidmatan data dan perkhidmatan awan, pusat data juga sangat besar dari segi penggunaan tenaganya termasuk peralatan IT, peralatan penyejukan, bekalan kuasa dan sistem pengedaran serta peralatan lampu dengan peralatan IT dan peralatan penyejukan sahaja menyumbang sebanyak 80% untuk penggunaan tenaga. Dilengkapi dengan penyelesaian ZEGO ZTE, ia dapat menyelesaikan masalah penggunaan tenaga peralatan.

Ketika ini, penyelesaian UniSite, PowerPilot dan iEnergy yang dicadangkan oleh ZTE melalui amalan digital telah digunakan secara meluas dalam rangkaian pengendali global bagi membantu mereka mencapai sasaran penjimatan tenaga dan pengurangan penggunaan.

  • Di Sepanyol, ZTE menggunakan penyelesaian UniSite+ yang merupakan penyelesaian tapak paling mudah dalam industri semasa. Ia dapat mengurangkan unit radio sebanyak 60% dan menjimatkan penggunaan kuasa sebanyak 30% berbanding dengan penyelesaian tradisional.
  • Di Malaysia, penyelesaian penjimatan tenaga AI PowerPilot dilancarkan dengan jayanya, menjimatkan 7 juta kWj kuasa setiap tahun.
  • Dengan kerjasama bersama pelanggannya, ZTE membina pusat data pintar mikro-modul yang terbesar di Asia di Daerah Pingshan Shenzhen dengan penjimatan kuasa melebihi 60 juta kWj setiap tahun.

Bersama pelanggan dan rakan kongsi memperkasa pelbagai industri untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi 

Sepanjang dua tahun yang lalu, ZTE telah bekerjasama dengan pengendali-pengendali dan syarikat-syarikat yang terkemuka dalam industri bagi meneroka senario aplikasi mesra alam dan menjimatkan tenaga dalam pelbagai industri dan memperoleh aplikasi inovatif yang boleh direplikasi secara besar-besaran.

  • Bagi memperkenalkan tenaga mesra alam, China Southern Power Grid, bersama China Mobile dan ZTE, membina zon demonstrasi yang terbesar untuk grid pintar 5G di China di Daerah Nansha, Guangzhou. Perkhidmatan mengurangkan impak akses tenaga baharu ke atas grid kuasa dengan ketara. Keandalan penghantaran tenaga boleh diperbaharui akan ditingkatkan sebanyak empat kali ganda pada masa akan datang.
  • Dalam industri peleburan intensif-tenaga, ZTE dan Aluminum Corporation of China berjaya meneroka aplikasi 5G, menjimatkan lebih daripada 90 juta kWj kuasa elektrik setiap tahun.
  • Bagi industri pengangkutan, ZTE dan Guangzhou Mobile memperkenalkan bandar demonstrasi pengangkutan pintar 5G yang pertama di dunia termasuk kereta api berkelajuan tinggi pintar, kereta api bawah tanah pintar, barisan penghantaran bas 5G, pautan rangkaian pintar 5G dan pemeriksaan dasar jalan raya 5G. Kecekapan penghantaran keseluruhan meningkat sebanyak 10%.

Di samping itu, dalam industri pembuatan, ZTE membina sebuah kilang pintar 5G global di Binjiang, Nanjing yang merupakan kilang demonstrasi untuk "Pembuatan Pintar Dikuasakan oleh 5G". Ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 40%, mewujudkan sampel demonstrasi penjimatan tenaga dan pengurangan emisi untuk pembuatan termaju.

Ketika ini, ZTE dan rakan-rakan kongsinya terus menjalankan amalan mesra alam inovatif 5G+ secara meluas dan telah melaksanakan lebih daripada 60 projek demonstrasi di seluruh dunia.

ZTE melaksanakan dengan aktif strategi peneutralan karbon, menggalakkan penjimatan tenaga dan pengurangan emisi dalam pengeluaran dan operasi perusahaan, membantu pengendali dalam membina rangkaian rendah karbon mesra alam hujung-ke-hujung dan memperkasa dengan aktif industri-industri vertikal bagi mencapai matlamat penjimatan tenaga dan pengurangan emisi. Setakat ini, ZTE telah menggunakan lebih daripada 500 paten inovasi 5G mesra alam, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan penggunaan melalui inovasi teknologi serta membina rangkaian mesra alam.

Pada masa akan datang, ZTE akan terus menyelidiki tenaga baharu, bahan baharu dan komponen baharu untuk melakar kejayaan dalam teknologi penting, meletakkan asas teknikal yang kukuh untuk Infrastruktur ICT Mesra Alam dan meningkatkan kedalaman serta keluasan teknologi digital untuk industri-industri tenaga tinggi tradisional. Di samping it, ZTE akan menyumbang untuk meningkatkan kecekapan, menjimatkan tenaga dan mengurangkan penggunaan dalam pelbagai industri serta membantu mencapai matlamat peneutralan karbon dalam seluruh masyarakat.

Usaha mencapai matlamat keneutralan karbon memerlukan proses dalam tempoh jangka panjang dan usaha bersama daripada semua sektor dalam industri ini. ZTE, dengan kerjasama rakan-rakan kongsi global, komited untuk membina jalan digital yang mesra alam dengan inovasi teknologi ICT demi masa depan yang membawa harapan.

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Trade show news