omniture

TCL Mini LED TV Perbaharui Pengalaman Permainan dengan Teknologi AMD FreeSync™ Premium

TCL Electronics
2021-11-01 13:10 123

TCL Mini LED 4K TV C825 Baharu Menyampaikan Corak Permainan Lebih Imersif yang Lebih Lancar 

HONG KONG, 1 November 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang terkemuka dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna utama hari ini mengumumkan bahawa ia merangkumkan Teknologi AMD FreeSync™ Premium dalam TCL Mini LED 4K TV C825 bagi memastikan pemain menikmati pengalaman permainan visual yang unggul, tanpa koyakan, kerlipan rendah dan kependaman rendah.

"Kami berusaha untuk mencipta pengalaman permainan terbaik untuk pelanggan kami dengan mengenal pasti masalah yang mengecewakan pemain - kependaman input, koyakan skrin dan kelambatan semasa permainan dan main balik video – kemudian kami menemui penyelesaiannya. Melalui inovasi yang berterusan, kami mencipta pengalaman imersif yang unggul – TCL Mini LED 4K TV C825 TV baharu menyampaikan corak permainan yang luar biasa lancar dan mempunyai pensijilan AMD FreeSync™ Premium," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics.


AMD FreeSync™ Premium memenuhi keperluan pemain serius yang menginginkan pengalaman permainan kadar segar semula tinggi yang premium. Pensijilan ini membolehkan pemain untuk mengenal pasti dengan mudah dan memilih produk yang tepat serta mengesahkan bahawa TCL Mini LED 4K TV C825 dapat menyampaikan prestasi imejan tanpa artifak dan lancar.

C825 menampilkan paparan Mini LED berprestasi tinggi yang memberi kecerahan luar biasa, untuk sorotan dramatik serta prestasi HDR yang lebih beraneka dan lebih tampak hidup, manakala teknologi Quantum Dot memastikan 100% jumlah warna yang mencakupi lebih satu bilion warna dan rona warna. Digabungkan dengan Kadar Segar Semula Boleh Ubah, Mod Kependaman Rendah Auto dan eARC. C825 kini menyampaikan pengalaman audiovisual yang sangat baik untuk permainan dan menjadikan rancangan TV serta filem lebih menghiburkan.

Penyokong sekian lama untuk komuniti permainan TCL ialah Rakan Kongsi TV Rasmi Call of Duty: Vanguard. Menerusi teknologi paparan yang canggih dan televisyen yang memenangi anugerah, TCL mendorong paparan permainan bagi menjamin pengalaman imersif yang tiada tandingan dengan penanda aras setinggi mungkin. Kini dengan pensijilan AMD FreeSync™ Premium, pemain boleh memilih TCL Mini LED 4K TV C825 dan mengharapkan pengalaman permainan yang premium.

*Penampilan dan fungsian produk berbeza mengikut negara/wilayah. 

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki kedudukan No.2 global dalam bahagian pasaran TV LCD jenama TCL pada tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services