omniture

Tivian Mengambil Alih GuideSpark Untuk Merevolusikan Pengalaman Pekerja Melalui Platform Pengurusan Pengalaman Pintar Yang Pertama Untuk Sumber Manusia

Tivian
2021-11-05 00:19 66

Pengambilalihan strategik berkenaan mengubah cara syarikat berkomunikasi dan melibatkan tenaga kerja mereka melalui penyelesaian sumber manusia serba lengkap yang menjadikan perniagaan lebih baik

NEW YORK, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Tivian, syarikat peneraju dalam pengurusan pengalaman pekerja, hari ini mengumumkan pengambilalihan strategik GuideSpark yang merupakan peneraju dalam komunikasi perubahan.  Gabungan keupayaan ini membolehkan kedua-dua syarikat menyelaraskan maklum balas daripada tenaga kerja mereka dan memacu perubahan melalui komunikasi yang lancar dan maklumat yang betul disampaikan kepada pekerja yang betul pada masa yang tepat.

Kategori pengurusan pengalaman telah banyak menumpukan pada mencapai dan mengoptimumkan interaksi pelanggan. Namun, pendekatan yang tertumpu kepada pelanggan secara tunggal ini terlepas pandang aset paling penting yang dimiliki syarikat: para pekerja mereka. Dengan pengambilalihan GuideSpark ini, Tivian akan menjadi syarikat pertama yang menawarkan pengurusan pengalaman pekerja pintar menggunakan teknologi yang menyampaikan mesej tersuai dan melibatkan pekerja.

"Syarikat yang menyediakan komunikasi peribadi kepada tenaga kerja mereka dengan tumpuan untuk meningkatkan pengalaman mereka, bakal menjadi peneraju masa depan," kata Frank Møllerop, Ketua Pegawai Eksekutif Tivian. "Komunikasi pekerja yang berkesan adalah prasyarat keberkesanan korporat bagi mana-mana syarikat, oleh itu, kami telah mewujudkan penyelesaian serba lengkap yang membawa prinsip teknologi pemasaran pelanggan kepada sumber manusia. Perang pencarian bakat telah berakhir - bakat telah menang - dan syarikat-syarikat yang mengabaikan keutamaan pekerja mereka kini terdesak menggunakan pelbagai cara untuk melibatkan mereka. Organisasi perlu meletakkan tenaga kerja sebagai agenda utama mereka bagi menarik dan mengekalkan bakat."

"Kemajuan pesat transformasi digital dan peralihan kepada kerja jarak jauh sejak beberapa tahun yang lalu telah mewujudkan jumlah komunikasi pekerja dan suasana hingar yang amat besar," kata Keith Kitani, Ketua Pegawai Eksekutif GuideSpark. "Para pekerja bertungkus-lumus untuk turut serta dan kekal terlibat, maka menyampaikan mesej yang berkesan, relevan dan tepat pada masanya demi mendorong tingkah laku yang betul adalah penting. Dengan menggabungkan komunikasi dengan platform pengalaman Tivian, kami akan menyediakan penyelesaian pekerja menyeluruh yang pertama yang membolehkan organisasi sumber manusia memacu hasil perniagaan yang sebenar."

Menerusi platform Tivian, syarikat boleh memahami dan bertindak balas terhadap keperluan khusus, keutamaan dan kebimbangan kumpulan pekerja dalam dunia sebenar melalui komunikasi peribadi yang mendorong perubahan yang diperlukan demi mewujudkan pengalaman pekerja bertaraf dunia.

Tivian beribu pejabat di New York, dengan beberapa lokasi pejabat di Houston, Redwood City, Portland, London, Berlin, Oslo dan Cologne.

Tentang Tivian
Tivian ialah pencipta platform sumber manusia yang serba lengkap dan bertumpukan pekerja yang pertama yang membolehkan syarikat menyampaikan komunikasi dan pengalaman peribadi kepada tenaga kerja mereka. Melalui analitik termaju dan teknologi kecerdasan buatan yang canggih, Tivian membantu organisasi hebat memanfaatkan data pengalaman bagi memperoleh pemahaman perniagaan yang lebih mendalam dan menggunakan komunikasi tersuai untuk melibatkan para pekerja mereka. Platform pengurusan pengalaman pintar Tivian meningkatkan keberkesanan korporat dan mendorong dunia perniagaan yang lebih pintar yang diperkasakan oleh pemahaman. Ditubuhkan berdasarkan pengalaman selama 20 tahun dalam pengurusan maklum balas perusahaan, Tivian menyediakan keupayaan mengambil tindakan dan mencapai objektif kepada lebih 400 pelanggan di 35 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tivian.com atau ikuti kami melalui Twitter, Facebook atau LinkedIn.

Hubungi: press@tivian.com 

Source: Tivian
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics