omniture

CGTN: China berjanji buka lebih luas, kongsi peluang pembangunan bersama dunia

CGTN
2021-11-08 15:55 123

BEIJING, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, China menegaskan semula komitmennya untuk pembukaan yang lebih luas dan perkongsian peluang pembangunan bersama dunia. Ia berikrar untuk meluaskan lagi import dan "mengusahakan pembangunan perdagangan yang seimbang."

Negara ini juga menyeru komuniti antarabangsa untuk menggalakkan dan meningkatkan globalisasi ekonomi dan dalam masa yang sama menolak unilateralisme dan fahaman perlindungan.

"Kami tidak akan mengubah azam kami untuk membuka dengan lebih luas pada standard yang tinggi; kami tidak akan mengubah kesungguhan kami untuk berkongsi peluang pembangunan dengan seluruh pelosok dunia; dan kami tidak akan mengubah komitmen kami kepada globalisasi ekonomi yang lebih bersifat terbuka, inklusif, seimbang dan bermanfaat untuk semua," kata Presiden Cina Xi Jinping semasa menyampaikan ucapan dasar melalui video di Ekspo Import Antarabangsa China ke-4 (CIIE).

Dilancarkan pada tahun 2018, CIIE tahunan ini merupakan pameran import khusus pertama di dunia. Ekspo tahun ini djadualkan berlangsung mulai hari Jumaat hingga Rabu berikutnya di Shanghai, timur China.

Ulang tahun ke-20 kemasukan WTO China

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 kemasukan China dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Xi meninjau perkembangan negara ini dalam memperdalam pembaharuan dan memperluas keterbukaan sejak dua dekad yang lalu.

"China menyampaikan sepenuhnya komitmen kemasukannya," kata beliau. "Kadar tarif keseluruhannya telah dipotong daripada 15.3 peratus kepada 7.4 peratus, lebih rendah daripada 9.8 peratus komitmen kemasukan."

Kerajaan pusat China telah meninjau dan menyemak lebih 2,300 undang-undang dan peraturan sementara kerajaan tempatan meninjau dan menyemak 190,000 undang-undang dan peraturan, tambah beliau.

Bagi memudahkan perjuangan global dalam memerangi COVID-19, China menyediakan kira-kira 350 bilion pelitup muka dan lebih 1.6 bilion dos vaksin kepada komuniti antarabangsa, ujar beliau.

China telah berkembang daripada ekonomi keenam terbesar di dunia kepada ekonomi kedua terbesar di dunia sepanjang dua dekad yang lalu; sementara itu, perdagangan barangannya berkembang daripada keenam kepada yang terbesar di dunia manakala perdagangan dalam perkhidmatan meningkat daripada ke-11 kepada tempat kedua, menurut Xi.

"20 tahun yang lalu telah menyaksikan China memperdalam pembaharuan dan mengusahakan pembukaan yang menyeluruh, China yang merebut peluang dan menyahut cabaran dan China yang menggalas tanggungjawabnya dan memberi manfaat kepada seluruh dunia," kata beliau, menyifatkan pembukaan ini sebagai "ciri khas China kontemporari."

China akan 'memberi lebih penekanan kepada peluasan import' 

CIIE ialah platform penting untuk menggalakkan perdagangan bebas global dan kerjasama antarabangsa. Dari tahun 2018 hingga 2020, pusing ganti yang dihasratkan daripada tiga ekspo terdahulu mencecah kira-kira $201.6 bilion. CIIE ke-4 dijangka menarik minat hampir 3,000 perniagaan dari 127 negara dan wilayah.

China telah menjadi pengimport kedua terbesar di dunia selama 11 tahun berturut-turut menurut Kementerian Perdagangan. Xi juga berkata bahawa negara ini akan lebih berusaha untuk meningkatkan import.

"China akan membuka lebih banyak zon demonstrasi untuk promosi perdagangan import yang kreatif, mengoptimumkan katalog import runcit melalui e-dagang rentas sempadan, menggalakkan pemprosesan barangan import di lapangan daripada perdagangan antara penduduk sempadan dan meningkatkan import dari negara-negara jiran," umum beliau.

Jumlah import dan eksport China meningkat 22.7 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 28.33 trilion yuan (kira-kira $4.38 trilion) dalam tiga suku pertama tahun 2021, seperti yang ditunjukkan oleh data daripada Pentadbiran Am Kastam. Baik eksport mahupun import meneruskan pertumbuhan dua digit dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, masing-masing melonjak 22.7 peratus dan 22.6 peratus daripada setahun sebelumnya.

"Menuju ke hadapan, China akan memberi lebih penekanan untuk memperluaskan import dan mengusahakan pembangunan perdagangan yang seimbang," kata Xi.

Negara ini akan melindungi multilateralisme sebenar dengan bersungguh-sungguh, berkongsi peluang pasaran dengan seluruh pelosok dunia, menggalakkan pembukaan standard tinggi dan menjunjung kepentingan bersama seluruh dunia, tegas beliau.

China akan memendekkan senarai negatif untuk pelaburan asing serta menyemak dan memperbesar katalog industri yang digalakkan untuk membimbing lebih banyak pelaburan asing ke arah sektor-sektor seperti pembuatan termaju, perkhidmatan moden, teknologi tinggi dan baharu, penjimatan tenaga dan perlindungan terhadap alam sekitar, kata beliau.

China akan "berusaha dengan aktif untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP)," kata beliau. Negara ini telah memohon secara rasminya untuk menyertai CPTPP, satu perjanjian perdagangan bebas antara 11 negara, termasuk Australia, Kanada, New Zealand, Singapura dan Vietnam.

Xi menambah bahawa China akan mendorong kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi untuk membawa lebih banyak manfaat kepada negara-negara yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.

"China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan semua negara bagi membangunkan ekonomi dunia yang terbuka agar bayu keterbukaan musim bunga akan membawa kehangatan kepada seluruh pelosok dunia," kata beliau.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-04/Xi-Jinping-addresses-opening-ceremony-of-CIIE-14V5bYl3lny/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service